Sunday, 30 September 2012

Kenangan itu mengejar

Sejauh mana aku berlari bayangan mu jua yang ku nampak di mana sahaja. Sekuat mana ku mencuba memadam ingatan yang menghiasi layaran ini, aku tetap ternampak bayanganmu. Mengapa aku masih buntu dalam membuang kenangan yang mendalam itu. kenangan ini menyakitiku, kenangan ini akan membunuh jiwaku, kenangan ini akan menambahkan deritaku.
Aku percaya setiap perpisahan ini mempunyai banyak hikmahnya kerana aku yakin bahawa cinta tidak harus kita memiliki, cinta hanya kita rasa dan tidak semestinya mewajibkan kita memiliki. Cinta hadir dalam jiwa kita sebagai satu persinggahan sahaja, sebagai satu anugerah yang suci. Usah kau berdiri lagi, berpaling dan larilah dari cinta yang mengejar ini.
Dunia, mengertilah bahawa arah kami berbeza dan kami tidak mampu berlari beriringan lagi. Berilah aku kekuatan dalam meninggalkan jejak yang tidak mahu aku kutip kembali. Mengapa sukarnya membuang perasaan itu? Mengapa susahnya membuang ingatan itu?
Senyuman yang manis tinggal memori sahaja. Diam pula menjadi ikon diri ini. Mimpi-mimpi masih lagi bersatu dan cuba membawa aku menuju ke bintang untuk ku gantung dan pamerkan pada dunia tentang kebahagiaan yang pernah aku kecapi.
Pengharapan yang pernah aku tulis dalam memori ini telah lama aku padamkan ia, semenjak kau datang dan temui aku dengan wajah yang sayu dan melafazkan dari bibir mulusmu. Tak sanggup aku mendengarnya tetapi itulah hakikatnya, itulah realiti yang perlu aku hadapinya.
Menyendiri lagi…mengenang semua ini adalah pahit dan aku terpaksa menelannnya walau sepahit mana hempedu itu. Aku ingin hidup seperti rakan yang lain tapi aku tidak tahu kenapa aku diliputi kesedihan dan ia menghantui diri ini. Di mana aku harus mencari jawapan kebahagiaan ku itu?
Inilah cabaran yang perlu aku langkah sekarang ini. Membawa segala duka dan menghumbannya ke gaung dan memulakan hidup baru ini tanpa tangisan dan airmata lagi. Cukuplah derita yang aku lalui ini. Buanglah gelisah dan seksaan batin ini.

Wednesday, 18 July 2012

Semusim berlalu

Kau hanya tersenyum sahaja apabila aku mengatakan aku penat dan lelah dalam mengejar percaturan hidup kita. Kau bagaikan tahu bahawa kita berdua tidak akan ke mana tetapi mengapa kau memberikan aku sebuah harapan daripada sebesar nyalaan mancis sehingga ia marak bagaikan unggun api.
Tidak mahu kau mengerti walau sedikit tentang diriku yang cuba sedaya mungkin untuk menjejak langkahmu. Aku katakan padamu warna hidup ini selalunya ceria dan cubalah untuk menghargai apa yang ada di dunia ini. Aku mengerti kau lewat dalam mengejar cita membuatkan kau melangkah dan melangkah untuk menggengam jaya, namun jangan kau lupa aku selalu memberikan sokongan dan dorongan untuk kau mendaki puncak jaya.
Aku akan gembira jika kau pernah hargai kedatangan aku dalam hidupmu walaupun seminit. Mana mungkin aku memadam ingatan itu yang membuatkan sinar hatiku menjadi terus gemilang.

Andai kau tahu bahawa setiap malam apabila aku memandang ke bintang aku selalu mendoakan agar aku bermimpi mencapai bintang untuk kuhadiahkan buatmu. Mengapa bintang? Kerana bintang ini tinggi dan tidak tercemar, aku ingin hadiahkan sesuatu yang aku rasa begitu indah untuk orang yang aku sayangi.
Aku tahu bukan mudah perjalanan ini mengejar onak duri dalam semua aspek. Aku percaya aku berjaya melewati gunung yang tinggi dan mengharungi lautan yang luas itu kerana semua itu hanya halangan yang kecil tetapi untuk mendapatku mu , sememangnya sukar. Ntah mengapa aku tiada upaya untuk melelapkan namamu dalam pahat ingatan ini.

Mimpi-mimpi kita bersatu hanya angan yang tidak sudah sahaja. Pohonku padaYang Esa moga aku diberikan kekuatan untuk mengorak langkah pada hari esok.

Sebelum ini aku merasa aku mendapat cinta sempurna dan bersatu seperti yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay. Dimatamu aku amat berharga dan merasa amat dekat antara kita berdua. Tika itu aku merasa amat bahagia dan mendapat ruang di dalam hatimu. Masa itu aku rasa akulah orang yang paling bahagia dan terbuai dek angan itu menyebabkan aku lupa menyemai benih itu sehingga akhirnya perhubungan kita sampai ke akhirnya.

Sejauh aku berlari meninggalkan jejak itu, sejauh itu juga kenangan itu menghambatku. Bagaimana ku harus padamkan ia. Tuhan, berikan kekuatan padaku. Bayangmu ada di mana sahaja aku memandang. Aku tidak percaya bahawa perpisahan ini disebabkan hanya ada perbezaan. Aku enggan menerima ini semua. Bagiku cinta itu agung dan semestinya bersatu tetapi aku tahu tidak semua harus memilikinya, hanya orang yang bertuah sahaja.

Ke mana hala tujuku sekarang ini? Di mana aku mahu mencari ketenangan hati ini? Aku selalu mencari bayangmu kerana bukan mudah aku menghalaunya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Semakin aku berfikir semakin aku terluka menghadapi hidup ini. Aku melangkah dan terus melangkah bersama duka di hati ini sehingga aku tidak tahu aku di mana.

Sunday, 10 June 2012

Semua isi hatimu

Kau katakan padaku
bBetapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Sunday, 20 May 2012

Biar sampai ke bintang

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Friday, 18 May 2012

cinta bersatu

Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Cukup Sudah

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sunday, 6 May 2012

Mampukah aku menahannya

Dalam perjalanan aku, kiranya aku telah terpaku di dalam langkahku apabila aku berjumpa denganmu. Aku terlekat kerana aku kira kau memberikan aku jalan yang indah dalam hidupku. Aku berhenti daripada kelelahan selepas kau memberikan aku bantuan untuk terus menghirup udara segar. Betapa untungnya diriku di saat itu. Sebenarnya sebelum aku terhenti di sini aku sebaiknya bertanya terhadap hatiku, kerana aku takut kehilangan sebuah perasaan indah yang sudah mula tumbuh ini. Aku cuba titipkan cahaya terang, tidak mahu padam di dera perasaan dan masa. Namun sedetik pernah timbul, dapatkah selamanya kita bersama dan menyatukan perasaan kau dan aku. Aku tidak mahu menghancur hatiku ini selepas aku mengkhabarkan gembira padanya. Namun aku masih tetap mencuba mempertahankan rasa itu, tidak mahu kaki hampa melangkah. Aku cuba menanti matahari keluar dengan perlahan untuk ku temui jawapannya. Hadirnya cinta dalam hatiku adalah suatu perasaan yang termahal kerana cinta ini bukan senang dating dan pergi. Haruskah aku menyesali atas apa yang terjadi pada kisah kita yang telah kita sulamnya pada citra pagi. Mampukah aku menaham dugaan yang bertandang tanpa rasa simpati. Cuba kau dengar bisikan hati ini, bisikan rindu ini, bicara kasih kita yang masih lagi berlandaskan syariat. Apa yang ku dambakan hanyalah kebahagiaan seperti masa dulu, mengharapkan langit sentiasa cerah dalam perjalanan hidup kita. Bukan tidak mahu onak duri guruh petir yang kadang kala amat jua diperlukan. Ketika rasa bahagia mekar bersemi, dating kilat menyambar rasa itu pergi dan aku terkaku sendirian meratapnya. Percayalah bahawa sekelumitpun tidak pernah hilang rasa itu, yang ada makin mendalam. Kesedihan dan kesunyian sentiasa melanda dalam diriku ini. Entah mengapa semuanya ini terjadi kerana aku tidak sempat mencari punca setelah kau menghilangkan setelah kau hadiahkan aku matahari dan bulan. Setiap orang aka nada salah dan silap, mana mungkin kita sempurna. Oh Tuhan tolonglah diriku ini, beri aku jalan agar menggapai sesuatu dalam hidup ku ini. Aku ingin bahagia dan damai singgah di hatiku ini. Aku ingin seperti yang lain tapi apa kan daya ku diliputi kesedihan. Aku tidak ingin mengeluh dengan mengatakan bahawa sampai bila semua ini menghantui hidupku , tetapi adakalanya hati ini nakal menerbitkan rasa itu. Dimanakah semuanya liku-liku semua ini . Aku harus segera mencari jawapannya. Aku ingin ubati kesedihan dan kesunyian yang melanda dalam diriku ini. Hatiku terdetik, mengapa kau pergi di saat aku mulai mencintaimu. Aku berharap engkau jadi peneman hidupku sepanjang hayat kita tetapi apakan daya makin ku serum akin jauh kau meninggalkan diriku ini. Sekali lagi aku menyendiri lagi. Di saat kau tinggalkan diriku pergi, tidak pernah ada lai hati-hariku dihiasi mawar yang wangi.