Sunday, 5 January 2014

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun #JodohBerdua

Detik bahagia muncul



Gibran, nama yang sudah lama As tidak lafazkan. Bukan kerana As membencinya tetapi As tidak pernah mendengar kisahnya setelah peristiwa yang memalukan itu. Kata Intan, Gibran telah pergi membawa diri. Pabila As tanya, adakah puncanya daripada As? Semua orang tidak dapat mengiyakan ataupun menafikannya. Lama kelamaan As melupakan kisahnya yang pernah hadir dalam diari kamus hidup As.

Sekali As tertoleh As tidak pasti adakah itu Gibran kerana wajahnya agak cengkung daripada dulu. As samar-samar tentang dirinya. Segan pula jika As ingin menegurnya dan As biarkan dia berlalu pergi. Pertemuan yang disangka tidak disusuli dengan pertemuan kedua rupanya tidak. Kali ini lebih dekat lagi dan Gibran menyapa As. As membalas senyuman yang diberikannya. Dia ingin cepat beredar memandangkan ada beberapa orang teman bersamanya. Hati As ingin bertanya lanjut tentang dirinya.

Tiga hari berturut-turut As bermimpi tentang Gibran. As tidak dapat meneka kerana hadirnya dalam mimpi seketika cuma, namun begitu mukanya jelas untuk As kenali. As cuba meneka, adakah As akan bertemu dengannya lagi. Adakah As masih mempunyai hutang dengannya.  As hairan kenapa terbit rasa rindu untuk berjumpa dengannya sedangkan As tidak mengetahui tentang kedudukan dirinya kini.

Tidak lama kemudian, Gibran memberanikan diri berjumpa dengan As dan tanpa As sangka pertemuan itu adalah detik kebahagiaan kami berdua. Gibran melamar As dan membuatkan As terperanjat. Gibran yang As kenali sememangnya penuh dengan kejutan. Dua minggu kemudian kami bertunang untuk tempoh tiga bulan sahaja. Rasa masa betul-betul mengejar kami kerana banyak yang perlu disediakan. Kawan yang paling terkejut adalah Ima kerana dia masih tidak percaya yang As boleh menerima pinangan Gibran. Ima ingat As masih setia pada Eddy berdasarkan emel yang As selalu kirimkan.

Jodoh Berdua

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita

Saturday, 4 January 2014

Mana yang menyakitkan?

Which one is harder, forgetting the past or thinking about the future?

Melupakan yang lalu adalah pahit
Berfikir ke depan tanpa merancang masa depan juga menyakitkan
Apa akan jadi jika masa depan itu gelap
Itu yang menyesakkan dada

Kesakitan mana yang lebih pahit?
Menanam memori silam
Atau membayang kegagalan akan datang

Memaku sejarah lalu
Atau melangkah pada yang tidak pasti

Melontar kenangan lampau
Atau berlari dalam kegelapan

Kenangan 2000

"Bagaimana mungkin aku melupakanmu, sedangkan bagaimana caranya untuk melupakanmu pun aku tak tahu."
Tiba-tiba As terjumpa kata-kata itu yang menyebabkan kenangan melayang kembali berputar dalam ingatan ini. Intan cakap cinta As tak kuat sebab itu cepat terkubur. Cinta antara kami belum kuat malah rapuh mudah dibengkok dan dipatahkan.

Masih  As ingat sekitar tahun 2000, kita semua sama-sama bersemangat ingin menghabiskan kuliah terakhir untuk digraduasikan sebagai graduan yang cemerlang dan terbilang. Segala tenaga dicurahkan sebaik mungkin. Seperti biasa As akan berjumpa dengan Ina, Siti, Naim dan rakan-rakan yang lain bagi membincangkan tajuk Isu-isu ekonomi yang masih lagi buntu untuk dibuat tajuk projek ini. Pelbagai idea dicurahkan maklumlah dulu bukan macam zaman sekarang, hanya di hujung jari sahaja.

Ketika khusyuk berbincang, As menerima nota kecil maklumlah zaman dulu zaman penggunaan telefon bimbit yang dikatakan barang mewah, belum mampu As milikinya. Terus As senyum apabila membaca nota kecil itu. Nota pendorong untuk melangkah ke peperiksaan akhir nanti. As rasa hati ini bagaikan taman dipenuhi bunga yang harumannya wangi. Indahnya saat dan tika itu mendapat dorongan yang orang yang As sayangi.

Selepas habis berbincang, cepat-cepat As ke perpustakaan dan mencari kelibatnya. As sudah hafal di mana dia akan belajar di level mana dan di sudut mana, semua itu sudah menjadi kebiasaan kami berdua. As tersenyum apabila melihat dia khusyuk belajar di sudut kegemarannya.

As berdiri lebih kurang 50 meter daripadanya teragak-agak ingin menegurnya. Dia bingkas berpaling apabila merasakan kehadiranku dan melemparkan senyuman padaku. Kami hanya berhubung melalui isyarat mata sebelum usai bersurai supaya tidak menimbulkan fitnah yang berpanjangan, perlu menjaga keperibadian kami berdua.

Bahagianya usah digambarkan saat itu....As rasa itulah kenangan manis antara yang masih As kekalkan dalam ingatan ini. Setiap hari kami akan berbalas nota, siapa lagi posmennya jika bukan adik Hasnol, Haslina. Merekalah yang sentiasa menghubungkan kami berdua.

Habis belajar masing-masing berusaha untuk mencari kerja dan gigih mengumpul duit bersama impian yang ingin di bina bersama. Tetapi sampai tikanya...hajat kita tidak kesampaian kerana rupanya masih banyak halangan yang kita tidak pernah fikirkan akan berlaku. Itulah kelemahan kita, tidak memikirkan apa yang bakal berlaku. Dan episod sedih itu yang mahu As padamkan dalam kamus diari hidup ini, selamanya.....

Friday, 3 January 2014

kenangan itu

Bersama menghalau nostalgia
Yang membunuh ketenangan jiwaku
Yang meragut tangkai kebahagiaanku
Yang menodai kesucian hatiku
Yang menghalang detik kegembiraan

Andai ,
Masa lampau tidak dikenang
Pasti kepahitan takkan terasa
Penderitaan tidak bertandang
Kepedihan tidak tergambar
Kekecewaan tidak melanda
Kesengsaraan tidak digamit

Biarkan ia berlalu
tanpa ada pamitan 
ia bertapak kembali
namun memori itu
masih menghantui
walau puas ku lontar
tidak pernah sekali
ku sirami ia,
tapi ia tetap subur
kekal dalam ingatan

Akan ku teruskan hidup
Bersama linangan airmata
Yang setia menemani pipi
Sehingga akhir nanti
Jika tidak ku temui
Walau puas ku gali
Erti sebuah kebahagiaan
Ku tetap ratahi hidup ini

Ingatan itu terus merantai diri
Memenjara jiwa
Membelenggu hidup
Menyiksa hari-hari mendatang.

Sunday, 29 December 2013

waktu yang berlalu




Kenangan lalu
Masih lagi tertinggal
Walau kering air di kali
Yakinlah diri
Sejarah itu perlu dilupuskan

Waktu yang berlalu
Biarkan ia pergi
Campakkan memori duka
Tanamkan  kepahitan
Semikan rasa gundah

Usah dibayangi kegagalan lalu
Bangkit menuju puncak
Jangan biarkan kau lemas
Masih ada pohon untuk bergayut
Masih ada dahan untuk berteduh
Yakinlah Allah sentiasa bersama
Dia Maha Mendengar
Segala keluh kesah hambaNya

Tinggalkan kelazatan duniawi
Tanamkan kerinduan
Menuju perjalananMu