Bagaimana mahu ku telan
sedang di sana kelaparan
bagaimana mahu ke lelap
sedang di sana kesejukan
bagaimana mahu gembira
sedang di sana kedukaan
bagaimana mahu berlenang
sedang di sana bergundah
Mata yang memandang
tiada sama yang melihat
Berat mereka memikul
derita itu
kesakitan itu
kegelisahan itu
air yang dilihat tenang
semakin mengganas
semakin menggila
merobek segala harta
membawa deras jiwa
arusnya tidak tertahan
hancur hati melihat
segala usaha dikumpul
pergi dibawa arus
nyawa hampir tergadai
kelaparan
kesejukan
kedinginan
Hanya padaMu
aku memohon
supaya menerima
musibah ini sebagai ujian
Tiada apa yang didunia
milik kita
semua ini pinjaman
28 disember 2014
Sunday, 28 December 2014
Saturday, 20 December 2014
Detik melangkah
Aku tetap tegar di sini
Melorek kenangan
Bagaimana aku mahu melangkah
Kakiku kaku
Sayapku patah
Airmata peneman pipi
Cintaku terbang tinggal
Kasihku berkecai lumat
Sayangku makin menipis
Tiada lagi tugu ketahanan
Untuk apa aku masih di sini
Renung rembulan dilangit
Cuba gapai bintang di awan tinggi
Ya Allah.....
Bantulah aku
Keluarkan aku dari
Daerah kegelisahan ini
Aku tetap tegar di sini
Melorek kenangan
Bagaimana aku mahu melangkah
Kakiku kaku
Sayapku patah
Airmata peneman pipi
Cintaku terbang tinggal
Kasihku berkecai lumat
Sayangku makin menipis
Tiada lagi tugu ketahanan
Untuk apa aku masih di sini
Renung rembulan dilangit
Cuba gapai bintang di awan tinggi
Ya Allah.....
Bantulah aku
Keluarkan aku dari
Daerah kegelisahan ini
Wednesday, 12 November 2014
Waktu tiada berulang
Hari tinggal sejarah
Memori lalu tidak mampu dipadam
Detik yang pergi
Hanya mampu dilukis
Tiada pamitan
Tiada gamitan
Sejarah yang berlalu
Biarkan ia pergi
Usah berpaling lagi
Majulah menuju ke depan
Masa tiada kembali
Coretlah memori indah
Buat hiasan perjalanan
Gantunglah di awan lalu
Moga hati terawat
Langkahlah dengan pasti
Menuju jalan yang satu
Hari tinggal sejarah
Memori lalu tidak mampu dipadam
Detik yang pergi
Hanya mampu dilukis
Tiada pamitan
Tiada gamitan
Sejarah yang berlalu
Biarkan ia pergi
Usah berpaling lagi
Majulah menuju ke depan
Masa tiada kembali
Coretlah memori indah
Buat hiasan perjalanan
Gantunglah di awan lalu
Moga hati terawat
Langkahlah dengan pasti
Menuju jalan yang satu
Monday, 29 September 2014
Sinarnya sebuah cinta - ingin ku dakap bahagia
Bab 3- Ingin ku dakap bahagia
“Puan, saya ingin merasai
bahagia. Bagaimana ye?”soal Fatin apabila dia datang bertamu di bilik
pejabatku.
Aku merenung anak matanya,
memerhatikan dirinya yang asyik memusingkan pen yang berada di tangannya. Fatin
kelihatan agak resah menanti jawapan dariku.
“Apa maksud bahagia?” aku biarkan
soalan itu tidak terjawab tetapi aku menyoalnya kembali.
“Bahagia apabila dapat bersama
dengan orang yang kita sayangi,”ungkapnya dengan laju.
“Adakah Fatin mengharapkan
keajaiban berlaku? “ cuba menyelidiki kehendak hati Fatin.
“Sejujurnya saya mengharapkan
papa dan mama kembali bersatu. Tapi itu semua mustahil kerana mereka
masing-masing ada keluarga,” perlahan Fatin membalas. Ada nada kendur di situ
menandakan dia kecewa.
“Takkan saya nak doakan agar
kedua ibu bapa saya bercerai dan kembali bersama. Kejam kan saya jika mementingkan
diri saya sahaja tanpa mempedulikan hati adik-adik saya. Tapi hati saya siapa
yang peduli?” Fatin meneruskan bicara apabila melihat aku diam.
“Apa harapan Fatin dalam
kehidupan ini?” tanyaku lembut. Kedengaran Fatin mendengus kerana dia masih tidak
mendapat jawapan dalam setiap persoalan yang dilontarkan.
“Puan boleh bantu saya ke tak
ni?” Fatin mula menaikkan suaranya apabila dia merasakan bahawa aku tidak
memainkan peranan seperti yang dia impikan.
“Fatin, setiap kehidupan ini
tidak pernah terlepas daripada ujian. Allah sangat sayangkan Fatin dengan
memberikan sedikit ujian bagi menguji keimanan Fatin. Fatin selalu solat lima
waktu kan?” lembut tutur bicaraku, cuba mengambil hatinya yang sudah terusik.
Anggukan lemah membuatkan aku
mengumpulkan kekuatan untuk menjawab segala pertanyaannya lagi.
“Fatin selalu tak berdoa?” aku
ajukan lagi persoalan.
“Jarang sebab saya rasa doa saya
selalu tidak dimakbulkan,” Fatin resah membalasnya.
“Fatin silap…..Allah tak
makbulkan bukan sebab tidak sayangkan Fatin tetapi Dia mahu berikan yang
terbaik untuk Fatin. Kita tidak tahu mana yang terbaik untuk diri kita,”
jelasku ringkas dengan nada memujuk.
“Tapi kenapa Allah pisahkan kami
semua? Kenapa kami tidak sama dengan orang lain?” Fatin mempersoalkan lagi.
“Fatin…..setiap manusia telah
ditetapkan kehidupannya. Belajarlah menerima dengan redha apa yang telah
ditetapkan dalam kehidupan ini, pastinya Fatin akan rasa tenang,” aku menarik
nafas panjang sebelum menuturnya.
“Cuba Fatin lihat diri Fatin dan
bandingkan orang yang berada di bawah. Sekurang-kurangnya Fatin masih mempunyai
kedua ibu bapa yang mengasihi Fatin. Bandingkan dengan mereka yang yatim sejak
dari kecil, susah pula tu. Ada di luar sana, keseorangan dalam kehidupannya,
mungkin kita fikir kenapa Allah nak uji dia sebegitu rupa, tiadakah rasa
kasihan padanya. Kita siapa untuk menilai setiap ketentuan yang Allah telah
tetapkan.” Syarahku lanjut.
Aku lihat muka Fatin agak
berkerut. Mesti cuba menghadamkan apa yang aku tuturkan. Syukurlah kerana dia
cuba menerima apa yang aku katakan.
Sunday, 28 September 2014
Sinarnya sebuah cinta ep.02
Bab 2
“Sekarang senaraikan 10 orang
yang awak sayang dalam kehidupan awak,”arah penceramah pertama dalam Kem
Motivasi. Titipan Kasih adalah untuk melihat sejauh mana kasih sayang sesame manusia.
Mahu diterapkan ukhuwwah fillah, semoga segala onak ditempuh dan dirempuh
bersama.
Aku meninjau-ninjau senarai yang
dikemukakan oleh Fatin, namun tidak jelas kerana tulisan agak kecil. Encik
Haslan menyuruh pelajar memadam nama yang disayangi sehinggalah tinggal seorang
sahaja. Aku makin tertarik seperti magnet untuk mengetahui siapakah yang
menjadi keutamaan dalam senarai Fatin. Lantas aku menghampirinya.
“Boleh saya tengok nama siapa
yang awak tidak padam?”desakku tanpa rasa sabar.
“Mana boleh,” Fatin tidak mahu
memandangku.
“Agak-agak siapalah pilihan utama
awak ye,” cuba menelurusi bagi memujuknya.
Fatin hanya membalas dengan
senyuman sahaja. Aku membiarkan dia mendengar ceramah Encik Haslan selanjutnya,
namun mataku masih melilau ke arah Fatin. Tanpa disangka, aku ternampak coretan
tersebut. Nama yang tinggal adalah Abdullah Fahmi, kawan sekelasnya. Aku cuba
mengawal rasa terkejut itu.
“Sekarang mari kita tulis sepucuk
surat kepada kedua ibu bapa kita. Bayangkan ini bagaikan surat terakhir kita…,”
penceramah sessi kedua Encik Suhaimi cuba menarik perhatian pelajar semua bagi
menyedarkan mereka siapakah ibu bapa mereka di sisi mereka.
Mataku melirik memerhatikan
Fatin. Agaknya ada isi kandungan surat tersebut. Rasa ingin itu menarik-narik
diriku mendekati dirinya.
“Boleh saya baca surat yang awak
tulis?” tanyaku lembut.
Fatin menyerahkan surat tersebut
yang hanya beberapa baris sahaja dan isinya hanya biasa sahaja.
|
Kepada Encik Ghazali dan Puan
Rozita,
Maafkan angah jika ada
perbuatan dan perkataan yang salah telah angah keluarkan.
Sekian terima kasih.
Angah
|
“Puan, walaupun saya masih
mempunyai kedua ibu bapa saya tapi kasih sayang dan cinta itu telah lama terkubur, sejak mereka mengumumkan bahawa
mereka ingin berpisah. Kalau saya tidak selesa tinggal dengan papa, saya akan
pergi ke rumah mama. Apabila saya jemu berada di rumah mama, saya akan kembali
ke rumah papa. Apa yang penting sekarang adalah duit. Papa selalu memberikan
duit tanpa mempersoalkannya, mama agak susah sikit. Papa berikan saya sebuah
kereta untuk memudahkan saya datang ke kelas dan dia memberikan saya pilihan
untuk saya memilih jalan saya sendiri. Mama walaupun nampak macam mengongkong
tetapi adakalanya dia membenarkan saya memilih jalan saya sendiri.”
“Saya tidak pernah kenal erti
cinta. Saya tak tahu apa maksud kasih. Sebab itu saya tak pandai nak tulis
surat kepada kedua ibu bapa saya. Saya tidak merasai nikmat itu. Adakalanya saya
sedih sebab saya tidak berpeluang menyatakan ia. Saya cuba mencari sinar cinta
dan sayang itu tetapi saya tidak menjumpainya. Mana mungkin saya menulis surat
itu,”luah Fatin panjang lebar sambil mengesat airmata yang lalu di pipinya.
“Saya tidak pandai menangis….airmata
saya susah keluar sebenarnya. Tapi tak tahu kenapa malam ini lebat pula airmata
saya,” Fatin menyeka airmata yang masih laju membasahi pipinya.
“Siapa kawan rapat awak?” Aku
menyoalnya.
“Alya dan Sarah,” jawabnya jujur.
“Selalu kalau ada masalah, kepada
siapa awak adukan?”tanyaku lembut sambil memandang muka Fatin.
“Tiada siapa.” Fatin hanya
menjungkit bahunya.
“Awak ada kakak atau abang?”tanyaku
lanjut.
“Saya ada kakak,” Fatin membalas
tulus.
“Agaknya kalau Fatin kehilangan
kakak, sedih tak?”aku cuba memancing rasa.
“Sedih kot,”jawapan yang tulus.
Aku melihat muka Fatin bersahaja
apabila menuturnya. Aku tidak tahu reaksi sebenarnya.
“Ada boyfriend tak?”soalku lagi.
“Ada….tu dia,”sambil tangannya
menunjukkan Abdullah Fahmi di hujung sebelah kirinya. Mukanya ada sedikit
berubah, tersipu-sipu malu gamaknya.
“Katakan kalau Fatin tiada
jodohnya dengannya, Fatin sedih tak?” tanyaku lanjut.
“Sedih.” Jawapan yang aku teka.
“Maksudnya Fatin tahu erti
sayang,” aku menamatkan perbualan kerana penceramah Encik Suhaimi menyambung
ceramah tersebut.
Aku nampak Fatin merenung jauh
memandang ke depan. Entah apa yang berada di fikirannya sekarang.
Ahli Kelab
“Achik mahu pelamin yang
bertemakan warna perak, ungu dan sedikit percikan marah jambu,” adik
kesayanganku yang bakal menamatkan zaman daranya tidak lama lagi ghairah
menceritakan persiapakan perkahwinanannya.
Aku hanya mendengar separuh
sahaja cerita kegembiraannya kerana aku asyik membelek telefon bimbitku melayan
whats App ahli kelab single. Aku tersengih sendirian menyebabkan mak longku
melihatku dengan kerutan di dahinya.
Cepat-cepat aku berlalu ke bilik
Sebelum ini memang aku liat untuk
menjawab pasal jodoh aku walaupun usia aku sudah melewati 30-an. Ada pelbagai
alasan yang akan aku kemukakan. Sebenarnya aku masih tidak dapat melupakan
kisah silamku yang menjadi duri dalam hati ini. Namun aku gagahi mendatangi
kehidupan dengan mencorakkan kegembiraan palsu di mata orang ramai.
Selama dua tahun aku boikot
majlis perkahwinan tak kira siapa, kawan baik ataupun kawan sepejabat, pelbagai
alasan yang aku rekak sehingga Asma sudah jelak dengan alasannya. Dan dia telah
menyebabkan aku tidak lagi memboikot kenduri perkahwinan.
Kalau diingatkan memang aku malas
nak pergi ke kenduri Asma tetapi disebabkan ugutannya yang mengetahui
kebanyakan rahsiaku, aku terpaksa melangkah. Masaklah aku kerana aku terpaksa
menghadiri dua kenduri iaitu ketika majlis akad nikah dan kenduri persandingan
pada keesokannya. Paling aku tidak gemari, dia bersungguh meminta aku menjadi
pengapit aku. Seribu satu alasan dia tidak terima dan dia ugut jika aku enggan,
maka persahabatan kami akan terputus. Ada ke buat main-main pulak tentang persahabatan,
dia je fikir pasal perasaan dia, dia fikir tak pasal perasaan aku ini. Sungguh
aku tertekan desakan yang diajukan oleh Asma tetapi aku relakan ia demi sebuah
persahabatan yang sudah lama termeterai.
Getaran telefonku menanda ada
mesej baru masuk. Mesej dari kelab single yang berkongsi rasa. Matlamat kelab
ini agar dibubarkan bukan untuk diteruskan. Bukan mahu mendokong supaya
perempuan hidup single tetapi mendorong supaya meneruskan sunnah Rasululallah
saw. Telah ada bebearapa ahli kelab single yang mula mengorak langkah
meninggalkan kelab ini untuk memasuki kelab yang lain. Kami raikan pemergian
mereka dengan penuh kegembiraan sambil mengesyorkan mereka menitipkan
kebahagiaan itu bersama.
Pada hari yang dinanti oleh Asma,
aku dengan langkah lemah mengajak sepupuku Hajar menemaniku. Rasa segan itu
masih bertapak walaupun berpuluh walimah aku kunjungi. Keadaan sangat sibuk
dihalaman dan di dalam rumah Asma. Selepas aku memberikan salam terus aku ke
bilik utama iaitu bilik pengantin. Aku lihat Asma dikerumuni oleh
sepupu-sepupunya yang sedang menginaikan jarinya.
Asma memanggilku dan mengarahkan
aku membuat sedikit persiapan yang masih belum siap. Aku menyibukkan diri dan
membantu mana yang mampu. Perjalanan akad nikahnya berjalan lancar pada
keesokan harinya. Aku tidak berenggang dengan Asma selaku pengapitnya.
Sebulan usai perkahwinan
tersebut, Asma menjemput aku ke rumah barunya di sekitar Shah Alam. Rupanya suaminya
terpaksa ke luar negara menguruskan syarikat mertuanya. Asma mencadangkan agar
aku menemaninya pada malam itu. Aku keberatan namun memandangkan aku ingin
mendengar cerita jelajahnya aku bersetuju.
“Tengok ni,”Asma menghulurkan
sebuah album perkahwinan padaku.
Aku tergelak apabila melihat
gambarku yang telah menjatuhkan bunga pelamin dan telah menyebabkan kekecohan
berlaku. Usah diceritakan bagaimana aku mahu mengawal air mukaku tika itu. Rasa
mahu lari pecut 100 meter untuk mencari tempat perlindungan. Serba benda yang
aku pegang akan menjadi sejarah. Sejarah itulah yang membuka kembali aku untuk
terus pergi ke kenduri perkahwinan samada menguji adakah aku mempunyai badi
perkahwinan sehingga segala apa yang aku lakukan akan menjadi serba tidak kena.
Tika walimah itu aku terserempak
dengan Husna dan Nabilah. Mereka mengungkit kerana aku tidak hadir ketika
mereka berdua melangsungkan perkahwinan. Tahukah mereka bahawa tika dan saat
itu hati ini bagaikan disayat dan ditoreh, mana mungkin aku mengagahi hingga
membuatkan aku terluka. Aku tidak mampu bangkit dan tersenyum kepuraan. Lama masa
untuk aku pulihkan keadaan diriku. Lukanya mendalam.
Selepas peristiwa aku putus tunang
pada saat 3 hari sebelum aku diijabkabul, aku terus mendaftar diri dalam kelab
single bersama rakan-rakan seuniversiti aku. Saat itu aku tidak boleh mendengar
perkataan-perkataan yang berkaitan dengan walimah, tanpa aku sedari airmataku
akan terus menemani pipiku. Aku cuba hiburkan hatiku dengan pelbagai aktiviti
dalam kelab single. Memang matlamat kelab single mencari pasangan tetapi
tidaklah terdesak cuma memasang beberapa strategi yang dibenarkan dalam
syariah. Kelab single ahlinya hanya terhad tidak boleh lebih daripada 10 orang
dan mestilah terdiri daripada yang tidak mempunyai sesiapa pun lagi. Setiap sebulan
sekali kami menganjurkan aktiviti sihat bagi menghilangkan kegusaran hati.
Dua tahun lamanya aku tidak
pernah menghadiri reunioan sekolah, matrikulasi dan universiti. Dua tahun
lamanya aku menyepi dari pandangan mereka. Sengaja aku limitkan facebook dan
twitter daripada dijejaki mereka. Ingin aku tidak aktifkan tetapi ditegur oleh
Halimah , Presiden Kelab Single. Matlamat kami semua menjejaki bahagia dan
mestilah berani mendepani cabaran yang mendatang.
“Reen, ahli kelab kita akan
berkurangan lagi bulan depan,” bicara Halimah dalam telefon pada hujung minggu
lepas. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata itu. Sekarang ini ahli kelab
single hanya tinggal tiga orang sahaja lagi. Buat masa ini kelab ini tidak mahu
mencari pelapis. Hanya aku, Halimah dan Mastura.
“Mas sudah dipinang ker?” aku
menutup kekecewaan itu dengan gelak-gelak ketawa.
“Bukan Mas la, tapi Imah,” tutur
Halimah lembut.
“Tahniah!” apa lagi bicara yang
baik tika ini. Aku terpempan seketika, masih dalam ingatan bahawa Halimah
antara orang yang boleh dikategorikan anti lelaki. Dia agak alergik apabila
berbicara pasal kaum adam namun akhirnya dia menerima takdir dan ketentuan yang
bukan milik kita.
“Mas, apa strategi kita ni?”
soalku apabila kami berdua keluar makan bersama.
“Lupa Mas nak bagitahu, Mas pun
ada berita gembira juga. Rasanya kita kena raikan untuk pembubaran kelab ini,”
Mas laju menutur bicaranya.
Mereka lupakah yang aku masih
lagi single. Berani mereka ingin membubarkan tanpa bertanyakan aku. Aku rasa
marah membijar dalam diri. Aku diamkan sahaja demi menjaga sebuah persahabatan.
Kepada siapa aku akan luahkan ini? Terpacul soalan dalam fikiranku. Kacau betul
apabila menjadi orang akhir.
“Apa?” Serentak Mas dan Imah
menjerit apabila aku membentangkan strategi aku untuk meneruskan tradisi kelab
single ini. Mereka berdua sungguh tidak bersetuju dan beria-ia memujukku
membubarkan kelab ini. Katanya tidak perlu diteruskan. Mereka lupa agaknya
kelab ini yang menghiburkan hati mereka dikala mereka kesunyian dulu. Kelab ini
juga banyak membantu mereka-mereka yang pernah mendaftar ahli. Mereka semua
perlu diingatkan dengan objektif, visi dan misi kelab ini.
“Kita panggil semua bekas ahli
kelab ini untuk mendapatkan undi,”aku mencadangkan. Nampaknya aku kena aturkan
strategi supaya semua bekas ahli kelab ini menyokong tindakanku. Aku mengumpul
maklumat tentang pencapaian ahli kelab ini dan kejayaan kelab ini.
“Maaf Reen, kami semua sebulat
suara menyokong cadangan Mas dan Imah,” bicara rakan-rakan bekas kelab single
tika perjumpaan lewat petang semalam. Aku terpana, nampaknya aku lemah kerana
tidak mendapat sokongan padu dari mereka. Yang mulanya menyokong aku akhirnya
beralah demi kesejahteraan sahabat yang lain. Aku akur dengan keputusan mereka.
Akhirnya dengan rasminya kelab single dibubarkan.
“Reen, terimalah lamaran Hadi tu,”pujuk
Mas bersungguh apabila melihat aku sedih dengan keputusan yang dibuat. Mereka terpaksa
berbuat demikian demi aku. Mereka mengetahui bahawa Hadi sanggup menunggu
mengubati jiwaku yang terluka ini. Mereka menanti dengan sabar bilakah aku
sanggup membuka pintu hatiku ini untuk menerima lamaran Hadi yang sanggup
mengenepikan wanita di luar sana. Mereka melihat kesungguhan Hadi dan merasai
bahawa Hadi adalah anugerah yang patut aku miliki.
Bukan aku sombong dan angkuh
dalam menimbangkan keputusan itu tetapi aku gusar dan takut untuk melangkah kea
lam itu. Fobia itu masih ada, tipu jika aku bagitahu yang aku sudah sembuh
100%. Kebimbangan itu masih melanda.
Aku berjanji untuk membuka ruang
dan menyerahkan urusan ini pada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan ini.
Rata-rata kawanku gembira dengan keputusan yang aku ambil ini. Terima kasih
semua kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diriku. Doakan agar
dipermudahkan urusan ini.
Saturday, 27 September 2014
Sinarnya sebuah cinta
Aku melihat airmatanya mengalir perlahan dan dia menyapunya.
Dia yang kehilangan kasih ayah dan ibu walaupun mereka masih ada lagi. Dia yang
bernama Fatin Ameera binti Ghazali adalah salah seorang pelajarku yang
menyertai Kem Wawasan 2014 yang julung-julung kali diadakan luar daripada
kampus.
Sejak hari pertama aku melangkah ke kelas Pengenalan Ekonomi
Islam, aku sudah ternampak dia di sudut kelas merenung papan putih. Usai kelas,
dia datang berjumpa denganku, menyatakan bahawa dia amat berminat dengan subjek
ini. Aku hanya mengangguk sahaja.
Selepas itu hubungan aku akrab dengannya, dia selalu datang
berjumpa denganku, adakalanya terlanjur dia bercerita tentang ibu bapanya,
tentang masalah keluarganya, gelodak hatinya. Dia menganggap aku bagaikan
pengganti ibunya, menangis tersedu pabila menceritakan buat kali pertama
bagaimana dia keliru dalam memilih ibu ataupun ayah. Dia tidak suka ayah
tirinya yang dikatakan suka mengawal segala pergerakannya dan ibunya. Dia juga
turut membenci ibu tirinya yang selalu mencari salah dirinya. Dia tersepit,
siapa yang dia harus pilih antara mereka berdua. Dia tersedu bercerita bahawa
ibu bapanya hanya mementingkan diri mereka, tidak pernah mendengar derita
hatinya.
Pada umur yang masih jagung, sembilan tahun ibu bapanya
mengambil jalan yang amat memeritkan dirinya, berpisah. Di situlah bermula
kehidupannya yang kehilangan kasih sayang. Seminggu di rumah ibu dan seminggu
di rumah ayah. Lama kelamaan dia jemu kerana apa yang dia cari hanya satu,
kasih. Namun dia hanya dihamburkan dengan segala kemewahan, wang ringgit. Wang
ringgit tidak mampu membeli kasih, tidak mampu memberikan dambaan yang dia
mahu, cinta, sayang dan gembira.
“Papa, hujung minggu ini kita jalan-jalan,”Fatin pernah
mengajak ayahnya menemaninya keluar membeli belah.
“Papa sibuk. Ajaklah kawan-kawan Fatin,” jawab Encik Ghazali
tanpa rasa bersalah.
Tubir matanya basah, dia cuba menahan, kuatkan diri. Dia rasa
cemburu melihat Ashiqa dan Farah yang selalu ditemani ibu bapanya apabila
keluar berjalan-jalan ataupu bersiar-siar dihujung minggu.
“Bukan papa tak boleh temankan Fatin, tapi Fatin kena faham
kerja papa. Papa kerja kuat untuk kesenangan Fatin juga,” Papa cuba memujuk
apabila melihat anaknya menyapu air mata.
Hujung minggu bagaikan neraka baginya, apabila papanya sibuk
keluar bekerja, dia akan menyendiri di dalam bilik. Ibu tirinya hanya
memberikan arahan dan akan membebel setiap saat menyatakan kesalahan demi
kesalahan yang membuatkan lama kelamaan dia mencari kebebasan di luar. Papa
tidak kisah dia keluar asalkan dia balik pada malam. Adakalanya dia berani
menipu papanya dengan menyatakan bahawa dia tidur di rumah mama sedangkan dia
tidur di rumah Alya ataupun Sarah. Mujur dia masih terkawal, tidak menjadi kutu
malam dan berpelesaran tanpa tujuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)