Diam tanpa bicara
Boleh membunuh ketenangan
Diam boleh memberi duka
Diam jua boleh memberi gembira
Diam membisu
Tanpa jawapan
Tanpa kata
Menghiris kalbu
Diam itu dipinta
Tetapi disesali
Diam itu sebagai simbolik
Bicara itu yang dimahukan
Diam
Memudahkan kerja
Meresahkan jiwa
Memurnikan hati
Membolak balikkan hati
Adakah diam itu jawapan?
Sunday, 25 August 2019
Saturday, 10 August 2019
Gelagat Pelajar
Gelagat pelajar dalam kelas semesterJun 2019.
"Kenapa tiada nota ataupun tidak ada inisiatif nak salin nota?" Tanya Ustazah Aina.
Gelagat pelajar Sains Biologi
Tarik muka dan menunjukkan rasa yang tidak puas hati. Ambil gambar nota kawan dan diam sahaja tanpa reaksi yang sepatutnya.
Gelagat pelajar Teknologi Maklumat
Sengih macam kerang busuk ataupun masih ada yang masih samar samar tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Gelagat pelajar Pentadbiran Perniagan.
Cuba melawak dan membuat kelakar dan ketawa dengan gelagat mereka. Ataupun cuba buat macam skestta maharaja lawak.
Itulah yang Ustazah Aina peluru hadapi, pelbagai ragam kan?

Tuesday, 30 July 2019
Kerja Part Time
“Mengapa awak selalu ponteng kelas ni?” Tanya Cik Aini pensyarah
muda kepada pelajarnya yang kelihatan lesu dan letih sahaja sepanjang kelas.
“Saya selalu terlajak tidur puan,” jawabnya lemah sambil
kepalanya tunduk memandang lantai.
“Puan, nanti saya nak jumpa,” dia bersuara perlahan sambil
meminta izin untuk pergi ke kelas seterusnya.
Dalam perjalanan balik ke fakultinya, Cik Aini ditahan oleh
pelajarnya yang lain.
“Puan, saya ingin bercakap dengan puan sekejap,” Suara
pelajar tersebut kedengaran takut-takut, bimbang dimarah oleh pensyarahnya
kerana tergesa-gesa menahan.
“Kenapa?” Tanya Cik Aini, sedikit terganggu kerana dia tergesa-gesa
mahu balik ke fakultinya, banyak kerja menimbun yang menantinya.
“Puan, pertamanya saya minta maaf kerana selalu datang lambat
dan adakalanya saya tidak datang ke kelas. Saya bekerja ‘part time’. Dan
macam-macam kerja yang saya lakukan agar saya boleh bayar yuran pengajian sem
ini,” terang Muna panjang lebar sambil matanya bergenang.
“Muna, saya bukannya tidak mahu memahami dan tidak
membenarkan awak bekerja tetapi awak tetap kena jaga pointer awak. Jangan pula,
yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran pula,” Puan Aini memulakan
bicara lembut.
“Saya faham puan. Kadang kala saya tak sempat mandi dan
sarapan, tapi saya berusaha datang ke kelas puan. Tugasan yang diberikan saya
akan pastikan saya buat dengan sempurna,” Muna menjelaskan lagi.
“Apa kerja yang awak lakukan?” Puan Aini nampak mula
berlembut.
“Saya buat macam-macam, saya jadi dropship, pemandu grab,
pekerja promoter dan apa sahaja asalkan halal puan,” Muna meneruskan bicara.
“Keluarga saya menhadapi masalah kewangan. Ayah saya telah
berhenti kerja, adik saya masih lagi belajar. Kakak saya terpaksa berhenti
untuk beri saya peluang belajar. Dulu saya belajar di kolej lain tetapi separuh
jalan kolej itu terpaksa ditutup. Saya tidak dapat pinjaman lagi dan dalam masa
yang sama saya kena selesaikan pinjaman yang dulu. Saya rasa ujian saya sangat
berat puan tapi saya cuba cekalkan hati. Saya bukan minta simpati puan tetapi
saya mahu puan faham dan memahami situasi saya. Saya berjanji saya cuba belajar
sendiri dan berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan saya,” tegasnya
mengakhiri perbualann.
Monday, 15 July 2019
Sakitnya
Sakitnya hati ini
Tiada siapa yang tahu
Sinar yang kau berikan dulu
Walau aku enggan menerimanya
Lama kelamaan aku tidak lagi menolaknya
Dan rindu mula menguasai hati ini
Mengharapkan kau datang ke pangkuan
Mendambakan setiap hari menemani
Sudah puas aku menangis
Kau datangkan kelam
Kau berikan aku mendung
Setelah semusim kau bahagiakan
Semua itu jadi memori sahaja
Dan taida siapa bisa merasakan
Sakitnya hati ini
Jika kau tak mahu lagi melihat aku tersenyum
Usahkan kau lemparkan kegembiraanku
Kan ku cari sinar baru
Saturday, 6 July 2019
Gelagat Pelajar
Rencah kehidupan ini sememangnya pelbagai warna terutama apabila berhadapan dengan 1001 orang pelajar. Mereka datang ke sini untuk mempelajari sesuatu yang baru. Disebabkan itulah kita mesti menambah ilmu buat mereka, bekalkan resepi kejayaan untuk mereka supaya mereka berjaya berjalan di jalan yang benar.
Dalam mendakap kebahagiaan hidup sememangnya banyak benda yang kita kena korbankan, terutama masa kita, dan adakala harta pun sama. Jangan pernah berkira untuk melihat kejayaan mereka semua.
Semester ini gelagat pelajar seperti yang dijangkakan ada yang masih remaja cuba-cuba mengaku nama orang lain, ada yang tidur di dalam kelas disebabkan kelas yang sangat sejuk dan nyaman sekali, ada yang berusaha keras menyiapkan tugasan yang diberikan, ada yang berwajah orang putih tetapi boleh berbahasa Melayu, ada yang bertemu 12 jam seminggu, ada yang takut-takut, ada yang suka ambil kesempatan dan pelbagai lagi.
Semester ini sebenarnya mencabar tetapi saya sudah bersedia daripada awal , jadi saya tidaklah kelam kabut seperti biasa. Sememangnya jadual agak padat pada hari Rabu membuatkan saya mengatur pelbagai strategi.
Sudah dua minggu kelas bermula tetapi saya masih gagal mengingati nama pelajar dan wajah pelajar. Ini amat membimbangkan saya.

Bagaimana saya mahu menghadapinya, kerana saya tahu dia bukan milik saya. Dan saya tidak mahu dikarakan perampas.
Pengharapan yang adakalanya turun naik disebabkan dia seolah mempermainkan dan mempergunakan kelebihan yang saya ada. Itulah sebab dan puncanya.
Saya percaya kalau itu yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui. Doakan yang baik-baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)