Thursday, 1 January 2009

Sambungan kedua

As, takkan sampai merajuk kau nak bawak diri jauh ke sana? Tegur mak lang kepadaku apabila aku menyatakan hajatku.
Mak lang, saya pergi sambung belajar bukannya merajuk,
Mak lang tahu As, tak payah As nak menyembunyikan kenyataan, duga Mak lang lagi sambil memandang tepat wajahku.
Aku tertunduk sambil tanganku membelek majalah Anis tanpa hala tujuan.

Aku dikejutkan dengan pengumuman bahawa perjalanan sekarang di India, jauh aku telah meninggalkan tanahair. Jauh kenangan yang tergambar tadi.
Aku memandang sebelah, perempuan Arab lena tertidur. Aku menyambung lagi penulisanku. Aku tidak mahu membuang masa yang meluncur pergi.
Imbasan semalam mendatang dalam lintasan mindaku. Lagu berhenti berharap menyesak dada seketika. Bagaimana aku mahu meninggalkan tanpa kesan atau luka, luka mengambil masa untuk sembuh. Kesan tetap ada parutnya. Bagaimana
Apa tindakan yang patut aku lakukan untuk membuatkan dia mengerti.

Wednesday, 31 December 2008

Masih tertinggal waktu

Beratnya beg ni, tegur Sulaiha kepada Asfarina ketika dia menghantar ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

Buku-buku, jawab Asfarina pendek sambil membetulkan kain tudungnya yang tersangkut di beg sandangnya.

Ramai juga manusia yang berurusan di kaunter MAS menyebabkan Sulaiha asyik memandang ke kanan dan kiri seolah-olah menantiku seseorang.

Tunggu seseorang ke? Tanya Asfarina apabila melihat kawannya agak resah berbanding dia yang akan menaiki penerbangan selama 10 jam.

Er…er…tak ada, tergagap seketika sambil matanya tunduk memandang lantai.

Masa berlalu bagaikan pantas, pengumuman telah dibuat menandakan Asfarina perlu meminta diri untuk masuk ke dalam. Mereka berpelukan seketika, akhirnya airmata mengalir di pipi mereka.

Doakan saya selamat sampai dan berjaya mencapai cita-cita, Asfarina cuba memujuk Sulaiha.

Di dalam penerbangan Asfarina mengambil peluang mengintai sekejap awan biru dan selepas itu dia mengeluarkan nota sakunya dan mula mencatat beberapa perkara yang dirasakannya penting

Selamat Tinggal

Permulaan pada tahun hadapan aku ingin menyambung kembali perjuanganku. Aku ingin meneruskan minat dan usahaku selama ini. Perjuanganku belum ternoktah dan aku ingin kembali mengasah bakatku di kala aku kesepian dan kesedihan. Ini adalah langkah yang baik.