Rasa itu membunuhku
Rasa itu makin menjauhkanku
dari rasa kegirangan
aku terkapai di sini
mengharap orang sudi menolongku
tiada yang menoleh
malah mereka terus berlari
aku makin kelemasan di sini
untuk ku gapai rasa itu
tangan tak sampai
untuk ku kecapi kemanisan itu
tiada huluran di berikan
untuk ku berlari ke sana
kakiku lemah di sini
Sunday, 15 June 2014
Thursday, 12 June 2014
Patah sayap
Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku
Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu
Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti
Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup
Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu
Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti
Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti
Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup
Saturday, 24 May 2014
Sirna
Sirna
Sudah seminggu aku menyanyikan
lagi Someonle like you nyanyian Adele sehingga Liza menegur aku. Katanya
kebelakangan ini aku agak aneh dan penuh misteri. Aku menghadikan senyuman
sahaja. Tidak mampu berkata apa-apa. Saat aku hampir hilang jejaknya saat itu
datang kembali, aku terkaku disini bagaikan menonton drama itu berulang
kembali. Cerita semalam yang hampir padam datang lagi menyinggahi kotak minda
ini. Aku kecelaruan.
Biar aku kongsikan cerita ini
dengan rakan-rakan semua, sememangnya aku mengetahui bahawa dia sudah berjumpa
gadis idaman dan sudah pun mendirikan rumahtangga lewat dua bulan lepas. Tika
itu aku selalu sibukkan diriku dengan kerja. Aku tidak mahu sekelumit pun
ingatan ada pada dirinya. Dan sememangnya itulah gadis idamannya yang dikatakan
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Dia dikatakan wanita sempurna
di kaca matanya. Wanita itu mampu memberikan apa yang tidak mampu aku berikan.
Aku terpempan seketika.
Namun dia tidak mahu memutuskan
persahabatan yang sudah lama terjalin, mungkin hampir menjangkau seabad. Aku
sememangnya benci mengingati detik demi detik tika kita sentiasa mengharungi
susah penat bersama. Mana mungkin kenangan itu hilang sekelip mata. Puas aku
padamkan ia namun ia masih lagi terukir.
Seperti yang kita telah janjikan,
aku tetap akan mencari seseorang yang hampir miripmu, bukan sahaja dari segi
rupa tapi juga dari segenap segi. Aku hanya mampu titipkan doakan buat dirimu
dan adakalanya aku bagaikan ingin merayu supaya jangan dibuang kenangan yang
indah itu. Biarlah ia layu terlebih dahulu sebelum kau kebumikannya. Terukkah aku
kerana terlalu memikirkan kesedihan diriku sedangkan sepatutnya aku mendoakan
kebahagiaanmu.
Sebenarnya aku keliru pada saat
ini, saat kau mendakap bahagia sedangkan aku mengulit derita dan air mata. Lukaku
semakin berdarah….mendalam dan terasa pedihnya. Jiwaku terus berkocak tiada
tanda ketenangan ingin berlabuh dalam hati ini.
Mona pernah pesan padaku,
berterus terang adalah kunci yang terbaik dalam sebuah perhubungan. Sedang aku
masih terkial untuk menjadi wanita sempurna di matanya. Banyak teguran yang aku
endahkan. Akhirnya aku yang terkulai layu di sini.
Hampir setiap malam aku dihiasi
mimpi ngeri….amat menakutkan.
Saturday, 8 March 2014
Abah
Suatu hari Nia menerima panggilan telefon dari abang
sulungnya Imran bahawa abah meracau-racau sejak akhir-akhir ini. Abang kedua
Idham dan abang ketiga Izhar tidak mahu mengambil endah sahaja tentang
perkembangan abah yang terbaru. Nia selalu menangis sendirian mengenangkan
nasib abah yang semakin teruk perkembangan kesihatannya.
Nia mengerti kenapa abang keduanya Idham marahkan abah. Abah
yang agak tegas dengan anak-anak dilihat sebagai yang kurang mesra dengan
anak-anak berbanding dengan abah kawan-kawan yang lain. Abah dikatakan selalu
marah-marahkan abang Idham berbanding dengan abang sulung Imran. Katanya apa
sahaja tindakannya dikatakan salah dan menyebabkan abang Idham kecil hati.
Abang Izhar pula tidak suka dengan sikap abah yang suka membebel dan selalu
tidak kena dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Mereka tidak endah dengan
abah walaupun sikap mereka itu telah melukakan hati abah dan ibu. Ibu selalu
memujuk mereka berdua supaya memahami sikap abah.
“Abang,” panggil Nia setelah melihat kelibat abang Izhar.
Abang Izhar seraya berpaling dan menunggu kata-kata yang
terbit dari mulut Nia.
“Abah semakin teruk racaunya. Ibu mohon abang Ngah dan abang
Chik balik menziarahi abah,” terang Nia perlahan.
“Bukan abang Chik tak nak balik tetapi kerja semakin
menimbun. Tambahan pula rakan sekerja abang Chik, Nazri baru sahaja berhenti
kerja dan tiada pengganti lagi,” selamba sahaja abang Izhar membalas tanpa rasa
bersalah.
“Kalau ye pun, cubalah telefon abah selalu. Sekurang-kurangnya
abah rasa anak-anaknya mengambil berat tentang dirinya,” Nia cuba memujuk
abang-abangnya.
“Tengoklah nanti,” acuh tak acuh sahaja abang Izhar
membalas.
Nia merasa cukup kecewa dengan
sikap abang-abangnya yang tidak mengambil endah dan membiarkan ibu sahaja yang
menjaga abah. Adakah mereka tidak sedar bahawa anak-anak lelaki tetap
bertanggungjawab menjaga kedua ibubapa mereka walaupun mereka sudah berkahwin. Bukan
mereka tidak mendengar ceramah-ceramah agama di surau ataupun masjid tetapi
mereka tidak mengendahkan apa yang mereka dengar.
Apa sahaja yang dipesan oleh
abang Imran hanya dipandang sepi sahaja. Mereka mempunyai pelbagai alasan yang
kadang kala rasanya hanya direkacipta sahaja. Nia merasa cukup tertekan dengan
sikap abang-abangnya.
“Nia, baliklah hujung minggu ini.
Kita bawa abah jalan-jalan,” ibu memohon apabila menghubungi Nia pada malam
itu.
Nia serba salah kerana Nia ada
tanggungjawab dengan syarikatnya. Nia perlu bertugas di luar daerah pada hujung
minggu ini. Mana mungkin Nia menolak tugasan tersebut kerana acap kali dia
menolak tugasan ke luar daerah beralasan abahnya yang kurang sihat. Permintaan
ibunya pun sukar untuk dia tolak tetapi amat sukar untuk dia bersetuju. Nia
kebingungan.
“Abang long, ibu minta Nia balik
hujung minggu ini tetapi Nia perlu pergi ke Johor. Kena melawat tempat projek.
Acap kali Nia menolak dan kali ini Nia tak dapat nak menolaknya lagi. Macam mana
ni bang?” Nia cuba memohon pertolongan dengan abang Imran.
“Usah risau Nia. Abang long akan
balik hujung minggu ini. Perkara kecil je Nia,” abang long selalu menjadi
penyelamat Nia.
Nia terkenang tika dulu, abah
sememangnya suka memarahi ibu tanpa sebab. Selalu ibu akan dihamburkan
kata-kata yang kurang enak didengar. Sebagai anak, Nia dan abang-abang akan
merasa abah tidak wajar memarahi ibu sedemikian rupa. Alasan yang remeh sahaja
ibu akan dimarahi. Adakalanya abah dengki apabila kami pulang ke rumah kerana
ibu akan melayani kami seharian dengan pelbagai juadah dan cerita-cerita yang
menarik sehingga ibu mengabaikan abah. Abah jarang berkongsi cerita dengan kami
semua. Abah suka bersendirian di dalam bilik sambil membelek kitab-kitab yang
dibelinya. Pabila di meja makan, dia hanya mahu anak-anak diam mendengar
ceramah agama yang berkumandang daripada radio yang menjadi penemannya. Selepas
makan, baru kami semua bercerita dengan ibu, pelbagai cerita yang kami
kongsikan bersama.
Nia dan abang-abang semua cuba
memahami abah tetapi adakalanya abah menjerkah cucu-cucunya iaitu anak abang
Ngah dan abang Chik yang selalu bising berkejaran di ruang tamu. Isteri abang
ngah selalu merajuk dan terus balik ke rumah ibubapanya apabila anak-anaknya
dimarahi. Ibu selalu menasihati kak ngah supaya jangan mudah berkecil hati
dengan abah.
Abah mempunyai disiplin yang amat
kuat. Abah paling pantang apabila anak cucunya membuat sepah di ruang tamu,
dapur dan persekitaran halamannya. Habis semua orang akan dimarahinya jika
hanya sedikit sampah sahaja berada di tangga ataupun ruang depan rumah.
Cuma satu sahaja yang kami suka
tentang abah. Abah tegas tentang penjagaan solat dan penutupan aurat. Abah akan
memanggil kami semua untuk sama-sama solat Jemaah jika abah tidak ke masjid.
Sekarang Nia merindui untuk solat Jemaah dengan abah. Sudah lama Nia tidak
berjemaah dengan abah, lebih kurang 6 bulan sejak abah sakit. Nia rindu abah.
Tika abah sakit yang menyebabkan
kakinya bengkak dan tidak dapat berjalan. Nia rindu untuk abah turun ke dapur
dan makan bersama. Kerusi abah kosong dan tiada siapa mahu duduk di kerusi itu.
Nia rindu bebelan abah apabila kami lambat menyapu di halaman rumah. Nia rindu
cara abah menyidai baju yang agak berlainan dengan orang lain. Nia rindu melihat
abah menunggang motorsikal. Nia rindu semua itu.
Abah jarang mahu bermesra dengan anak-anak
dan menantu. Cerita-cerita abah hanya cerita yang basi bagi kami. Tapi kami tahu
abah menyayangi kami semua dan tidak pernah sekali abah lupakan untuk mendoakan
kesejahteraan kami semua. Ibu pernah bercerita abah menangis apabila bercerita tentang
abang Idham dan abang Izhar. Nia amat sedih dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan
masalah itu.
“Abang, abah sebenarnya menyayangi
kita semua,” Nia cuba berbual-berbual dengan abang Idham dan abang Izhar ketika
Nia berkumpul di rumah abang Imran.
“Kami semua tahu Nia tapi kami juga
ada perasaan,” luahan abang Izhar mengejutkan Nia.
“Abah sebenarnya ingin benar jika
anak-anaknya bertelefonnya walaupun lima minit sahaja,” abang Imran menasihati kami
semua.
“Tapi abah tu suka bercerita yang
berjela dan adakalanya yang tiada kaitan dengan kita pun,” bantah abang Idham.
“Tak mengapa, sekurang-kurangnya kita
mengambil berat tentang dirinya,” tegas abang Imran.
“Apa kata, kita gilir-gilir telefon
abah,” cadang Nia.
“Telefon ni tak perlu dipaksa dik.
Cukuplah jika kita ikhlas melakukannya,” abang Imran bersuara lagi.
“Kita walaupun sudah berkeluarga tetapi
tetap syurga di bawah kaki ibu. Jika kita melukakan hati abah, ibu juga akan terasa,”
abang Imran meneruskan nasihatnya.
Nia melihat abang Idham dan abang
Izhar mengangguk-angguk tanda setuju. Nia sudah nampak cahaya yang bersinar di depan.
“Nia, tadi abang Izhar telefon. Petang
tadi abang Idham telefon bertanya khabar abah. Katanya dia mahu balik pada hujung
minggu depan,” ibu memberitahu berita gembira selepas dua minggu pertemuan di rumah
abang Imran berlalu. Khabar itu amat menggembirakan Nia. Mungkin doa ibu, abang
dan Nia terkabul. Terima kasih ya Allah SWT.
Friday, 7 February 2014
Setelah Kau Tiada
Tak sempat ku mengerti
Kau tunjukan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan angin
Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah aku hiraukan semuanya
Hingga kini pun kau tiada
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini
Sampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada
Kau tunjukan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan angin
Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah aku hiraukan semuanya
Hingga kini pun kau tiada
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini
Sampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada
Thursday, 30 January 2014
Jagalah dia
Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali
Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali
Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya
Sunday, 26 January 2014
Aku ingin lari
Aku ingin lari tetapi di mana arah yang patut aku tuju, aku sendiri tak tahu. Aku sudah bosan dengan kehidupan ini yang banyak membawa duka padaku. Aku letih dan penat dalam menghadapi situasi ini. Yang pasti aku yang banyak menderita dengan jalan yang aku pilih ini.
Aku ingin berlari selaju mungkin, aku tidak mahu lagi bergelut dengan resah dan pilu ini. Sakitnya tak mampu ku ceritakan pada semua orang. Meninggalkan kenangan memang menyakitkan tapi melangkah pergi sekurang-kurangnya menghilangkan rasa lemah itu.
Aku percaya bahawa apabila aku meninggalkan ruang ini, aku akan kembali mengecapi rasa bahagia itu. Benarkah? Jika mahu jawapan aku harus pergi dulu. Takut untuk melangkah? Mungkin perasaan aku sendiri berdolak dalih sekarang. Aku sendiri tidak tahu tujuan aku.
Aku mahu pergi, bawalah aku pergi....bawalah aku terbang. Tak sanggup lagi aku di sini menangisi hati ini yang selalu terluka. Aku sekarang merasa lemah yang bersangatan. Rasa bagaikan aku tidak mam
Aku ingin berlari selaju mungkin, aku tidak mahu lagi bergelut dengan resah dan pilu ini. Sakitnya tak mampu ku ceritakan pada semua orang. Meninggalkan kenangan memang menyakitkan tapi melangkah pergi sekurang-kurangnya menghilangkan rasa lemah itu.
Aku percaya bahawa apabila aku meninggalkan ruang ini, aku akan kembali mengecapi rasa bahagia itu. Benarkah? Jika mahu jawapan aku harus pergi dulu. Takut untuk melangkah? Mungkin perasaan aku sendiri berdolak dalih sekarang. Aku sendiri tidak tahu tujuan aku.
Aku mahu pergi, bawalah aku pergi....bawalah aku terbang. Tak sanggup lagi aku di sini menangisi hati ini yang selalu terluka. Aku sekarang merasa lemah yang bersangatan. Rasa bagaikan aku tidak mam
Subscribe to:
Posts (Atom)