Sunday, 15 May 2016

Lewat


“Malini, kenapa awak selalu datang lambat ke kelas sekarang ni?” tanya Cik Mastura pensyarah Ekonomi selaku mentornya.
“Cik, saya tinggal di Pelabuhan Klang. Saya naik bas dan perjalanan saya mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke kolej ni,” terang Malini.
“Kalau ada peperiksaan jam 9 pagi, jam berapa awak akan turun dari rumah awak?” Cik Mastura masih belum berpuas hati dengan penjelasan yang ringkas.
“Saya selalunya akan ambil jam yang paling awal iaitu jam 7 pagi. Tapi jalan raya ni kan tak boleh diagak, adakalanya berlaku kesesakan, adakalanya lancar sahaja,” terangnya lagi dengan teragak-agak.
“Kenapa tak sewa rumah berdekatan kolej?” Cik Mastura masih lagi menyoal Malini.
“Mak saya memerlukan saya Cik Mas. Saya selalu kena balik tolong mak saya jaga adik-adik saya. Saya dah taka da ayah,” sayu sahaja Malini menuturnya.
Dalam keadaan sekarang, semua orang berkereta ataupun lebih tepat berkenderaan datang ke kolej tapi dia dengan penuh semangat masih lagi menaiki bas ataupun menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke kolej. Apabila dia lambat sampai di kolej dan tidak berkesempatan masuk ke kelas, dia akan mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh dan bertanyakan kawannya jika ada tugasan ataupun kerjarumah yang perlu dilakukan. Baginya pembelajaran penting dan tidak boleh disiakan dengan apa yang telah dikorbankan oleh ibunya.




Saturday, 14 May 2016

Sakit itu Ujian 2

Kisah 2
“Ustazah, Fara minta maaf kerana tidak dapat lagi meneruskan kelas tajwid tu,” tutur Fara ketika terserempak di CafĂ© Town.
“Fara ada masalah ker?” Ustazah Solehah menanya lembut.
“Ustazah ingat tak yang saya pernah ceritakan pada ustazah yang saya pernah jalani pembedahan disebabkan kanser?” Fara bersuara perlahan, cuba menahan rasa sedihnya.
“Kanser apa ye, lupa pula saya?”
“Kanser dibahagian muka ni, saya pun tak pasti namanya. Yang pastinya kanser itu menyerang kembali setelah dua tahun. Sekarang ini saya kena jalani kimoterapi untuk mematikan kembali kuman tersebut. Saya takut ustazah,”jelas suara Fara semakin bergetar menahan sendu.
“Ustazah doakan semoga Fara kembali sembuh seperti sediakala. Setiap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah kepada hambaNya. Fara kena kuatkan semangat dan jadikan itu sebagai cabaran dalam kehidupan. Allah sangat sayangkan Fara kerana memilih Fara untuk menjalani ujian ini,” nasihat Ustazah Solehah sambil memegang erat jari Fara, cuba mendamaikan rasa di hati Fara.
“Terima kasih ustazah. Doakan saya panjang umur ye,” Fara menamatkan bicara dan terus bergegas pergi setelah menyalami ustazah Solehah.

Ustazah Solehah memandang sehingga hilang kelibat Fara dari pandangannya. Betapa tabahnya hidupnya menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Fara merupakan pelajar yang cemerlang dan selalu bertanyakan persoalan agama dengan Ustazah Solehah. Ustazah Solehah terbayang-bayang gelagat Fara di dalam kelas yang suka menolong rakan-rakannya yang mempunyai masalah. Sememangnya Fara dikenali sebagai pelajar yang peramah dan disenangi oleh semua yang mengenalinya. 

SAKIT ITU UJIAN


Kisah 1
“Kenapa awak nak berhenti?”Tanya Puan Amalina kepada pelajarnya.
“Saya….saya….,”Matanya berkaca dan menangis.
Jari Amalina terhenti menaip selepas melihat Hanani pelajarnya menyeka airmata yang mengalir. Amalina menunggu sahaja Hanani menyambung kata-katanya itu.
“Saya sebenarnya telah disahkan mengidap Kanser Kolon tahap 2, puan,” selepas beberapa minit Hanani menyeka air matanya akhirnya dia memberitahu dengan lajunya. Airmatanya makin lebat membasahi pipinya.
Amalina kehilangan kata, dia sendiri tidak tahu apakah yang patut diperkatakan.
“Sabarlah Hanani, setiap ujian yang mendatang kita perlu tabah menghadapinya. Hanani ada anak kecil kan?” Amalina cuba mententeramkan keadaan yang semakin hiba.
“Ya puan. Anak saya baru berusia 8 bulan,” jelas Hanani.
“Ayah saya mahu membawa saya berubat ke luar negara, sebab itu saya terpaksa berhenti dulu. Sekiranya diizinkan oleh Allah, apabila sihat nanti saya mahu sambung belajar kembali,” suaranya sudah bersemangat kembali, seperti mana yang Amalina kenal dulu.
“Betul tu, saya sokong. Yang penting teruskan berdoa semoga disembuhkan penyakit tersebut dan awak boleh kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” Amalina terus memberikan semangat.
Amalina nampak muka Hanani kembali bercahaya, bagaikan mendapat suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan. Amalina mendoakan agar Hanani kembali pulih seperti sediakala.


Monday, 2 May 2016

Mahu ku bermimpi

Sedang aku mahu mengangankan kehidupan yang bahagia namun aku masih belum mampu menggapainya, selalu aku mengkhayalkan sahaja kehidupan itu, yang mampu memberikan aku sinar bahagianya. Aku bayangkan kau yang cukup sempurna dan mampu membimbingku aku ke jalan yang lurus dan benar.

Mengapa masih belum kau menghadirkan dalam diri ini walau cuma dalam mimpi. Aku selalu menjeritkan kerinduan dalam saat aku kesedihan. Pedihnya menahan dari rasa itu. Cukuplah aku rasa kalau kau dapat hadir dalam mimpiku seketika cuma. 

Image result for mimpi

Sunday, 24 April 2016

"Hingga Ke Jannah" - KRU (LIRIK)



Dalam beribu
Dosa yang dah tersalah laku
Mungkin adanya sepahala
Menganugerahkan kau bersama

Syukran Ilahi
Menjodohkan takdir bertemu
Sempurna lengkap sanubari
Menjadi pasanganmu

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Andai mengalir
Titis air mata menguji
Ku harap kau tabah bersabar
Harungi semua pancaroba

Akan ku janjikan
Senyuman di waktu yang sukar
Agar hanya detik yang indah
Tercoret dalam diari cinta

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah

Thursday, 17 March 2016

Surat untuk Nora

DERITA INI
Surat ini aku tulis buat saya baik ku Nora.
Sakitnya membahang terasa bagaikan dicucuk-cucuk apabila menahan getaran ini. Bagaimana mahu aku lakukan jika pagar berduri mahu aku rempuhi. Sudah aku jangkakan bahawa sakitnya terkena duri dan tajamnya ia.
Sekuat aku mencuba melupakan kenangan lalu tetapi kenapa aku tidak sanggup. Adakah waktu yang tidak berpihak ataupun ini jalan yang terbaik. Puas aku mencari alasan supaya luka itu tidak makin parah tetapi aku semakin terluka.
Naluriku mendesakku untuk terus dibuai mimpi walaupun ia amat menyakitkan aku. Mengapa semua ini terjadi, tidak pernah terdetik aku memintanya datang. Mengapa? Aku masih mempersoalkannya. Adakalanya aku kalah dengan ujian ini, aku tidak sekuatmu Nora. Aku lemah terutama apabila kau tiada di sisiku.
Sememangnya aku mempuyai prinsip untuk tidak mahu meruntuhkan istana yang dibina. Tapi bagaimana dengan istana impianku, hanya kaca berderai sahaja ker? Walaupun banyak pentunjuk diberikan tetapi kenapa aku gagal menerimanya. Kenapa aku enggan beranjak sehingga sakitnya kepedihan bagaikan sembilu menghiris, bagaikan pisau menikam, bagaikan duri mencucuk, aku tetap bertahan demi sebuah ikatan yang tidak tergambar.
Haruskan aku akhiri dan tanggalkan semua hiba ini? Sekali lagi aku persoalkan diri ini. Mengapa jalan ini yang aku pilih sedang aku ketahui penuh onak duri yang bisa melukakan hati ini.
Aku bagaikan kehilangan arah sejak dua menjak ini, Adakalanya terdetik rasa pilu apabila melihat kebahagiaan rakan-rakan. Aku cuba mengerti hikmah di sebuah perpisahan dan takdir yang tercipta tetapi aku sengaja melontarkannya.
Banyak yang nikmat Allah telah berikan padaku, cuma sebuah cinta murni belum lagi diputikkan untukku, dan aku tidak pernah mengecapinya lagi hingga saat dan detik ini. Mungkin ini hikmat supaya aku memburu cinta kepada Pencipta kita ini.
Aku harus meninggalkan mu yang sememangnya tidak ditakdirkan bersama

Sakitnya….

Sunday, 13 March 2016

SIKAP

"Miss Natalie ni mesra ataupun tidak?" Tanya seorang pelajar baru yang agak mengejutkan Natalie. Terkejut apabila ditanyakan tiba-tiba dan keberaniannya bertanyakan sedemikian.
"Miss, kawan saya beritahu bahawa Miss ni garang," seorang lagi kawannya memberitahu dengan nada yang rendah, bimbang Miss Natalie melenting tiba-tiba.

Balik daripada kelas, Miss Natalie mengambil cermin merenung diri, teruk sangatkah dia, garangkah dia? Tidak mesra sangat ke dia dengan pelajar dia? Sedangkan ada segelintir sampai sekarang masih bertegur sapa dengan dia, menyambung hubungan dalam facebook, twitter dan instagram. Natalie tersenyum sendiri, bukan bangga tetapi cuba mengambil pendekatan seterusnya, strategi mengubah diri.

"Naim, aku ni teruk sangat ker?" Natalie bertanya pada rakan sekerjanya.
"Aku ada juga mendengar dari beberapa pelajar yang menyatakan sedemikian," Fadzli menyampuk apabila melihat Natalie seakan keresahan.
"Apa yang patut aku lakukan?" Tanya Natalie sambil membetulkan tudungnya yang senget.
"Buat macam biasa sahaja, Kita kena ada karekter kita sendiri. Biar pelajar tahu," Fadzli menyambung lagi sedangkan Naim berkerut dahinya mungkin sedang memikirkan sesuatu ataupun menyusun ayat.
"Kita ni kena tegas bertempat, adakalanya kita boleh menjadi kawan rapatnya, kita kena cipta jurang antara mereka supaya mereka tetap hormat pada kita. Kitakan pelakon terhebat terutama dengan budak hingusan lagi, kena pandai ambil hati mereka supaya mereka ni berminat datang ke kelas kita dan mengikuti kelas kita sampai habis," akhirnya Naim mengemukakan pendapatnya.

"Aku paling pantang kalau pelajar datang lambat dan hantar lambat tugasan yang diberikan," Natalie cuba mempertahankan prinsip yang diamalkan.

"Kitakan kena ikut zaman sekarang ni, zaman abad ke 21 cuba memahami remaja generasi Y sekarang ni," Naim menambah lagi

Itulah yang Natalie suka, Naim dan Fadzli selalu memberikan pendapat dan sentiasa bersama susah senang bersama.