Tuesday, 4 August 2009

Pesan Ibu

Ibu pesan kuatkan hati, jangan menangis jika putus cinta tapi aku tewas dalam pesanan itu. IBu kata cinta itu datang dan pergi tanpa mengenal usia dan waktu. Jadilah setabah wanita-wanita Islam, cabaran mendatang ditempuhi secara redha, merelaikan pemergian orang yang disayangi untuk Allah SWT.
Bekal ibu walau disemat tapi aku tak mampu menahan tangisan ini. Aku harus kuat menahan mehnah kerana aku sendiri yang memilih jalan ini. Memilih dirinya dan membiarkan aku dan dia hanyut dalam dunia percintaan dan jalan ini yang dipilih olehnya membuatkan aku harus terima. Memilih dirinya bukan jawapan terbaik yang ku dapat dan berpisah dengan dia adalah jawapan yang terbaik yang ku dapat.
Ibuku yang tersayang, maafkah aku kerana aku masih menangis. Aku berjanji yang aku akan jadi setabah Khadijah yang diuji apabila ketiga2 anak lelakinya diambil kembali oleh Allah SWT. Ibu kata menangis menunjukkan kelemahan kita tapi jika airmata itu kerana Allah, itu tanda kita ini kerdil. Mampukah aku menangis kerana Allah selebat begini, mengenang dosa yang telah di tulis.

Friday, 31 July 2009

Alangkah susah memadamnya

Rawan dalam hatiku tiada siapa yang tahu, aku mohon agar kau mengerti hanya cintamu yang terbaik untukku. Menyebut namamu membuatkan aku terluka tapi itulah upaya aku untuk memadamkan namamu, menyapu ubat pada luka yang telah ditoreh

Aku berteleku lagi, mencari damai ku kira untuk hatiku yang semakin hancur ini. Dalam hati ini, aku semakin terdesak…bukan apa disebabkan aku merasakan aku semakin kesunyian yang cuba aku belahkan ia. Aku kira aku takut pada bayanganku sendiri.

Sejauh mana aku berlari, sejauh itu kenangan itu menghambat diriku ini, mengapa sukar aku melupakannya. Takkan hanya dia sahaja yang layak untukku. Berikanlah aku kekuatan melawan semua ini ya Allah! Sedarkan diriku yang kerdil ini, cinta kepada Allah lebih dari segala-galanya.

Alangkah susahnya perjalanan ini, semakin laluan sukar untuk kujumpai. Salahkah aku tetap menyayanginya, mengharap dia kembali ke sisiku walau aku rasakan ia mungkin sukar bagiku, kawanku dimanakah dikau sekarang.


Sepi adalah peneman setiaku, tapi aku tahu hanya kepada Allah tempat ku mengadu, mengapa aku masih mengelaknya, aku gagal dalam melaksanakannya.


Bagaimana aku akan aturkan hidupku jika aku belum mahu putus asa dalam meninggalkanmu, meminggirkan namamu dalam pahatan hati ini. Terkadang terdetik dalam hati mengapa cinta itu degil, mengapa cinta itu datang lagi mengapa cinta itu keras, atau aku yang sayang untuk melepaskan dia pergi. Kekadang hati aku sunyi dan sepi.

Thursday, 30 July 2009

Hidup yang sepi

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Bukan kita yang menentukan jodoh kita walaupun mungkin hakikatnya kita merasakan kita telah berjumpa pasangan yang terbaik kerana Allah lebih mengetahui tentang hakikat kehidupan kita. Seolah-olah kita meminta dengan keras kepada Tuhan agar memakbulkan doa kita itu dalam setiap kita berdoa.
Ustaz pernah menyebut sekiranya Allah memberikan apa-apa nikmat, maka tak selalu itu yang terbaik. Mungkin Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita telah dikotori.
Tersentak aku dari lamunan panjangku apabila menghabiskan ayat yang terakhir. Kau telah menyedari hakikat kehidupan yang tidak semestinya kita yang memilihnya tetapi kita mesti menerima ketentuan Allah.



Teringat aku kepada sebuah puisi yang pernah ku baca dan ingin aku kirimkan untukmu.

TERISTIMEWA UNTUKMU


Sahabatku di jalan Allah
pertemuan ini bukan milikmu
bukan jua milikku
inilah perancangan Allah Tuhan yang maha kuasa
Maha mengetahui segala rahsia
kerna dialah jua
aku kini mengenalimu
mengasihimu
menyintaimu
kerana perjuangan kita satu
kerana tujuan kita satu
dan kerana dia telah menetapkan
aku mempelajari sesuatu daripada mu di sini

Sahabatku yang dikasihi Allah
di sini akan berakhirnya
suatu pertemuan
yang terisi di dalamnya
kasih dan sayang
kerana perpisahan ini
usahlah membuat dirimu
memandang ke belakang
maralah ke hadapan
teruskan perjuangan
kerana hakikat pertemuan pasti ada perpisahan
namuan perjuangan suci
tiada penghujungnya
jika kau berhenti di sini
kau akan tercicir
di jalan dakwah ini
semarakkanlah semangat
perjuangan ini
hingga bersua kembali
di negeri abadi
andai tiada lagi
tercipta pertemuan untuk kita
di pentas dunia ini.

Sunday, 19 April 2009

Sejenak aku

Hati ini sayu, terasa kehadirannya menemaniku semalam rasa hangat lagi. Tiba-tiba hari ini aku tidak sanggup kehilangannya, aku serasakan dia tetap hadir menemaniku. Apa yang mampu aku lakukan....apa yang patut aku lakukan. Tuhan..tolonglah daku, berilah kekuatan pada diriku ini.

Sedetik masa berlalu aku tidak mampu menahannya tapi aku rasakan bagaikan panjangnya waktu tanpa ditemanimu. Aku kekalkan segala kenangan yang pernah kita ciptakan. Aku gagal menyembungikan rasa resahku, mempamerkan rasa resahku di depan kakakku, Nabilah
“As, kenapa ni? Ada apa-apa yang berlaku ker? Tanpa nya setelah melihat aku keresahan.
“Tiada,” cepat2 aku berlalu ke bilik, empangan airmataku tidak dapat ditahan lagi, air mata mencurah-curah. Aku kesedihan.

Emel yang cuba kufahami setelah berkali-kali aku membacanya. Ternyata diriku yang tidak mengerti tentang erti persahabatan ini. Aku yang tersalah anggap menganggap bagaikan ia kasih suci sedangkan kau hanya membataskannya sebagai satu persahabatan. Buaian lagi samson, bukan diriku menghanyutkan aku, menyedarkan aku yang aku tidak bisa mendampinginya kerana dia sudah memilih sesorang yang lain untuk menjadi surinya. Aku tidak layak untuk menjadi surinya, aku ini hanyalah kaca sedangkan aku menilainya ia bagaikan permata bagiku.
Aku kini perlu berdiri walau hakikatnya pasti kan melukai. Aku harus bergerak ke depan dengan sisa kekuatan yang masih ada dalam diriku ini.

Seusai membaca novel Justeru Impian di Jaring aku terlena sekejap. Aku terfikir walau pahit aku mesti lalui, jangan tewas pada ujian dunia kerana aku mesti mencapai falah untuk ukhrawi.
Terkenang bapaku yanguzur, walau badai melanbung dia ibarat seperti seteguh karang tetap kukuh di situ, walau sakit dia tetap mengerjakan yang fardu dan sunat manghambakan dirinya kepada Allah SWT.

Perpisahan ini bukan kerana dia membenci tapi kasih yang pernah ku hulurkan tidak bersambut dan bersulam. Seringkali aku terlihat dirimu dan impian yang ternyata telah disulam bersama. Ku harungi hari demi hari bersama wajah yang takkan kembali tapi hati masih tidak menerima kerana aku merasa kesengsaraan. Perasaan hati masih lagi rindu. Tercari-cari bayangan dan jawapan yang muktamad darimu. Tidak sanggup aku kehilangan. Masih tercari-cari, apakah yang patut aku lakukan dan tindakan yang tidak melukakan hatiku.

Relaku menunggumu walau ke akhir hayatku ini tapi adakah hidupku boleh ku tentukan dengan sederas putaran yang telah meninggalkan diriku ini terkapai-kapai. Adakah aku akan berputus harapan. Relaku mengejarmu walau seribu kali kau melangkah. Akanku cuba panjangkan langkahku agar seiring dengan dirimu. Bodohkah aku jika aku terus setia kepadamu, mengharapkan kau datang kembali kepada diriku ini. Apa tindakan yang perlu aku lakukan jika aku inginkan kau kembali ke sisiku ini? Relakah ku menunggu dirimu yang telah mengembara ke duniamu yang aku sendiri tidak mengetahui di mana dirimu itu. Adakah aku akan putus harapan ....perkataan setia itulah akan aku jadikan dalam kamus hidupku.

Sunday, 12 April 2009

Fahamilah daku

Di saat aku memerlukan rakan-rakan sebagai pendegar aku, tiada siapa kelibat yang kelihatan, mungkin jua sibuk seperti diriku. Aku tahu, masalah aku hanyalah kecil sahaja. Aku kalut dan takut dengan keputusanku ini. Cuma aku yang tidak berani mengambil risikonya. Aku sebenarnya faham bahawa akulah yang berdegil ingin terus mencuba sedangkan aku sudah ketahui jawapannya. Hanya hati ini yang enggan mengerti dengan keputusan yang kita telah ambil. Walau apapun yang terjadi kita tetap akan menjadi kawan, kata-kata itu sentiasa mencuri masuk ke dalam hatiku. Tapi kata-kata ini bagaikan angin lalu sahaja, aku hanya mengakui nya secara lisan tidak di dalam hatiku. Semangat untuk menghabiskan kerjaku terbengkalai begitu sahaja. Pandanganku terarah kepada emelnya, mengulangi lagi emelnya yang terakhir yang kuterima, sukar untuk melupakan tulisan yang dicatatnya.
Aku cuba memasuki YM mencari atie kawanku untuk mendengar komen darinya dan juga izan, namun agaknya mereka ada hal , tidak pula online disaat aku memerlukannya. Timbunan kertas kerja yang perlu kuhabiskan ku biarkan berselerak. Handphone ku genggam, ingin mendail nombornya tapi apa bualan yang ingin aku ketengahkan. Ish…kenapa ni? Hatiku mula cuak dengan diriku yang tidak memberikan jawapan.

Monday, 30 March 2009

Sisa kenangan yang lalu

Nyanyian unggas mengingatkanku
Deruan ombak mengembalikanku
Desiran bayu memancarkanku
Nostalgia lama
Sisa kenangan lalu menerjah minda
Biarpun kehadirannya tidak diundang
Ku kutip helaian rindu
Ku tuai benih-benih kasih
Ku tatap potret kenangan
Ku laungkan rinduku
Ku bisikkan bicaraku pada angin lalu
Ku kesepian diuliti resah
Terdampar aku di sini keseorangan
Tanpa tawa riang teman sepermainan
Gurau senda rakan-rakan
Aku pernah tewas dalam percaturan hidup
Dalam memburu kejayaan
Tapi aku pasrah dalam hidup ini

Hatiku berkocak lagi

Jika kita mencintai orang itu, kita takkan melepaskan.....kata-kata yang diulangi oleh Rosma benar-benar mengalih pandangan dan mencuri tumpuanku.
Aku mengangkat mukaku memandangnya meminta simpati agar jangan diulangi lagi kata-kata itu.
Rosma memandangku dengan pandangan tanda tanya membuatkan aku terus tunduk menatap kembali buku La tahzan.
Kenapa? Hati aku berkocak lagi, setelah sekian lama ia tenang tanpa gangguan. Mukanya silih berganti terlayang di wajahku. Mengapa di saat ini bayangan kau hadir sedang aku cuba melupakan dirimu, aku cuba berhenti berharap supaya aku tidak kecewa di kemudian hari.
Sedang hati berkocak, aku mengambil keputusan berjalan di Kota sementara menanti maghrib menjelma sambil otakku masih ligat berfikir.
Wajahnya muncul kembali selepas sepurnama aku tidak mengingatinya.
Kenangan bersamanya muncul kembali, indahnya saat itu tak dapat ku bayangkan tetapi ia hadir seketika cuma dan aku tak tahu nak kata apa.
Aku fikir yang aku terlalu sukakan dirinya, aku tahu yang mencintainya adalah satu perkara yang menyakitkan, satu perkara yang perlu dipertimbangkan dalam kehidupan ini.
Adakah secebis harapan kehadiranku ini di dalam tapak hatimu itu? Masih adakah harapan untuk kita bersama?
Sayu hati ini apabila mengenangkan hati yang rawan ini, bagai dinginnya malam yang suram begitulah diriku ini diibaratkan. Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau biar pun payah ku teruskan, sesiapa yang memandang tidak akan ku hirau biarpun pedih ku tahankan.