Berlarutan rindu ini membunuhku
Hingga aku jadi tak daya begini
Mekar lagi bunga yang engkau berikan
Apakah masih ada jawapannya
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Segalanya kembali segar semula
Hingga aku sukar melupakan semua
Berlarutan wajahmu sering di mata
Apakah kau masih seperti dulu
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Ku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula
Hati ini
Hati ini
Moga kita berdua kan mengerti
Segala yang telah terjadi
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Aku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula
Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Hati ini
Hati ini
Lagu & Lirik: Ajai
Friday, 10 March 2017
Sunday, 5 March 2017
Gelagat Pelajar
Situasi 1
“Miss Mazni, ingat saya tak?”
Suara garau lelaki kerbaju seragam hijau mengejutkan Mazni yang sedang merenung
ke muka pintu lif. Semasa dia memasuki lif, dia menyedari lelaki yang berbaju
seragam tetapi dia tidak mengendahkannya.
‘“Bua apa kat sini?” Cuba
memulakan bicara singkat.
“Saya datang menziarahi, saja
bertanya khabar,” jawapannya ringkas.
Lif sudah sampai ke tingkat Sembilan
dan Mazni terpaksa meminta diri terlebih dahulu. Pamitan tanda perpisahan.
Di luar lif menuju ke pintu
masuk, Mazni tersenyum sendirian mengenangkan apabila bekas pelajar masih lagi
mengingati dirinya. Sememangnya dia terkenal dengan garang dan tegas di
kalangan pelajar. Bangga apabila masih ada yang mampu mengingatinya. Terima
kasih ucapannya di hati.
Situasi 2
Sebelum tidur telefon bimbit Mariani
bergetar tanda ada mesej whatsapp masuk. Tangan Mariani mencapainya dan membuka
telefon tersebut. Ucapan selamat malam daripada bekas pelajarnya, Shamini yang
sentiasa menemani malam nya sejak akhir-akhir ini.
“Selamat malam Cik Mariani,
semoga mimpi yang indah-indah,” ucapannya yang tidak pernah gagal masuk ke peti
pesanannya.
“Terima kasih Shamini, awak
sentiasa menceriakan saya,” balas Cik Mariani sambil tersenyum menaipnya.
Selalu Mariani sedang dalam berduka,
dia akan menerima kiriman kata-kata yang indah. Rupanya ada yang sentiasa
menceriakan hidupnya. Baginya Shamini menghargai dirinya adalah anugerah yang
terindah dalam hidupnya.
Situasi 3
“Kumar, awak dah dapat result?”
tanya Cik Maizan kepada bekas pelajarnya.
“Miss, terkejut saya sebab miss
tanya,” balasnya ringkas sambil meletakkan beberapa emoji yang berbentuk tanda
tanya.
“Bukan apa, saya tengok awak tak
update tentang result. Selalunya awak akan update dalam facebook dan berkongsi
dengan kenalan awak,” balas Cik Maizan.
“Hahaha…miss pun perasan. Miss ni
pemerhati yang baik,” balas Kumar.
“Saya selalu mengikuti
perkembangan awak, selalu berjalan dan makan-makan,” pantas tangan Maizan
mengusik pelajarnya.
“Miss, result saya belum keluar.
Katanya hari khamis ini. Doakan saya mendapat Dean List lagi ye Miss. Saya
ingin membuktika kepada kedua ibu bapa saya, yang saya tidak mengecewakan
harapan mereka,” panjang pula penerangannya.
“Saya sentiasa mendoakan yang
baik-baik untuk pelajar saya. Semga terus cemerlang ye” kata-kata penamat untuk
hari tersebut.
Sunday, 22 January 2017
Pergilah mimpi
Saat ini aku masih lagi berteleku
merenung mimpi semalam yang hadir setelah beberapa episod berlalu. Fikiranku
sedikit kacau tika ini. Cepat aku membuang keluh dan berlalu ke bilik air
mengambil wuduk dan mengalunkan beberapa baris ayat suci al-Quran. Tidak sempat
aku habiskan surah al-Mulk, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Pantas aku
mencapainya dan menekan butang hijau.
“Sal….kau menangis lagi ker?”
sayup suara Farah dihujung telefon kedengaran.
“Entahlah, tiba-tiba aku rasa
sebak sahaja. Aku sendiri tidak tahu mengapa dan usah ditanya ye,” jelasku
pendek, keliru dengan perasaan sendiri.
“Sal, tujuan aku telefon ini
disebabkan mahu mengajak kau hadir majlis reunion universiti kita pada hujung
minggu ini,” Farah mengharapkan jawapan yang diterima adalah positif.
“Aku rasa malas lah,” seperti
biasa aku akan mengelak diri.
“Sudah lebih setengah tahun kau
tidak mahu berjumpa sesiapa. Rasanya sudah tiba masanya kau keluar dan cuba apa
tu, orang putih kata …move on,” Farah tergelak kecil cuba menghiburkanku.
“Aku belum ada kekuatan,” cuba
mencari pelbagai alasan supaya tiada lagi pujukan ataupun desakan.
Telefon dimatikan setelah Farah
gagal memujukku dan aku dapat rasakan sekejap lagi pelbagai mesej samada
daripada whatsapp ataupun messenger akan menyinggahi kotak pesanan tersebut. Rimas
pulak aku tetapi apabila difikirkan aku bertuah kerana mempunyai rakan yang
sentiasa mengambil berat tentang diriku ini.
Hidupku menjadi sepi setelah aku
kehilangan orang yang aku sayang setelah lima tahun kami bersama. Allah hanya
pinjamkan dia seketika cuma buatku. Pemergian suamiku secara mengejut
membuatkan aku terpana dan rasa dunia bagaikan gelap. Pada mulanya aku hampir kalah
dengan pujukan syaitan yang meletakkan kesalahan pada dunia yang tidak adil
kerana mengambil nyawa dia dan zuriatku. Siang malam aku bertemankan airmata,
tiada sinar rasanya. Siang dan malam tidak ada erti buatku dan tiada beza
buatku. Nanar aku mencari diri dengan rapuhnya iman.
Setelah beberapa minggu aku
mengemas rumahku, aku terjumpa diari arwah suamiku. Di dalam itu dia menitipkan
kata-kata pembina semangat buat aku yang masih lagi bernyawa. Di situ aku
mendapat kekuatan, setiap hari aku aturkan hidup dengan membaca kata-kata dalam
diari tersebut. Seolah dia tahu yang dia akan meninggalkan aku keseorangan
terlebih dahulu.
“Bersabarlah ketika sayapmu patah
dan sekali lagi berjuanglah agar kamu dapat terbang jauh lebih tinggi dari
sebelumnya.”
“Jangan pernah ragu bahawa Tuhan
akan selalu memberikan yang terbaik untukmu, meski terkadang kamu harus
merasakan sakit.”
“Jangan pernah biarkan apa yang
telah terjadi di masa lalu merosakkan apa yang telah menunggumu di masa
hadapan.”
“Jangan takut akan perubahan, kita
mungin kehilangan sesuatu yang baik, namun kita akan peroleh sesuatu yang lebih
baik lagi.”
“Disebalik setiap kesedihan
terdapat kebahagiaan. Serahkan segala urusan kepada Tuhan, biarkan waktu dan
kehidupan berjalan.”
“Pertolongan Allah mungkin datang
tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat tetapi ianya selalu datang di
saat yang ditepati.”
Aku menerima pesanan daripada
Farah mengajak aku berjumpa dia dan beberapa rakan yang lain di Warong Kak Chek
yang katanya nasinya berhantu, sekali cuba akan datang berkali-kali. Mahu menghiburkan aku dengan
lawaknya. Aku membalasnya ya dan membuatkan dia terus menelefon aku, cuba
yakinkan dirinya yang akhirnya aku boleh sudah boleh melangkah ke hadapan.
Andainya takdir
Biarlah waktu yang menentukan bahawa segala janji dan pesan yang selama ini termeteri tetap utuh dan kukuh lagi di sini.
Sedaya mungkin aku memahatkan kenangan yang adakalanya mencuri keluar kerana aku tetap mengharapkan kepulangan, dambakan kenangan itu tetap terpahat berepisod sehingga ke akhirnya.
Kembalilah kepada yang setia menanti walau mimpi bersulam duka menghiasi malam ini kerana mahu ku bawa lari episod duka laraku itu.
Biarlah waktu ini aku terpenjara di sini, tidak mampu berlari walau selangkah cuma kerana arahku hilang entah ke mana, Seandai itu takdirnya, aku terima ia.
Masih terbayang detik memori itu, tergambar senyuman itu yang pernah membuatkan aku terpaku di situ. Kehilanganmu membuatkan aku nanar seketika. aku tidak mampu melebarkan sayapku kerana rapuhnya dan terus patah.
Rapuhnya aku berdiri di sini menanti sebuah sinar yang datang. Harapan ku hanya mampu menjadi embun yang bersinar pada pagi.
Satu hari pasti nanti ku mengharapkan semua orang memahami dan menerima seadanya kerana pastinya jawapan akan tertulis di situ.
Sedaya mungkin aku memahatkan kenangan yang adakalanya mencuri keluar kerana aku tetap mengharapkan kepulangan, dambakan kenangan itu tetap terpahat berepisod sehingga ke akhirnya.
Kembalilah kepada yang setia menanti walau mimpi bersulam duka menghiasi malam ini kerana mahu ku bawa lari episod duka laraku itu.
Biarlah waktu ini aku terpenjara di sini, tidak mampu berlari walau selangkah cuma kerana arahku hilang entah ke mana, Seandai itu takdirnya, aku terima ia.
Masih terbayang detik memori itu, tergambar senyuman itu yang pernah membuatkan aku terpaku di situ. Kehilanganmu membuatkan aku nanar seketika. aku tidak mampu melebarkan sayapku kerana rapuhnya dan terus patah.
Rapuhnya aku berdiri di sini menanti sebuah sinar yang datang. Harapan ku hanya mampu menjadi embun yang bersinar pada pagi.
Satu hari pasti nanti ku mengharapkan semua orang memahami dan menerima seadanya kerana pastinya jawapan akan tertulis di situ.
Monday, 2 January 2017
Peace Be Upon You
There’s
faith in my world
It comes back to your teachings and all your words
From your life I have learnt
To be patient and caring at every turn
The reason I’m strong
You’re where I belong
In a world spinning out of control
The reason for my pride
You are my guide
And I will always follow your way
Your way, your way, oh!
‘Alayka salla Allah O Muhammad
(May Allah’s salutations be upon you O Muhammad)
Peace & blessings on you every day
‘Alayka salla Allah O Muhammad
You inspire me in every way
I promise that wherever I go
Whenever I pray
I’ll be sending you praise
With the words that I say
Rasulallah (Messenger of Allah), O Muhammad
Peace & blessings on you every day
There’s light in my heart
Helps me find my way back when I've gone too far
When all my anger makes me blind
I remember you’re a mercy for all mankind
The reason I forgive as long as I live
In a world spinning out of control
The reason I love, I'll never give up
And I will always follow your way
Your way, your way, oh!
I know the only thing I want from this life
And it’s to follow all your footsteps to Paradise
So that’s the way I’m going to spend all my time
Yes I swear, by Allah I swear!
It comes back to your teachings and all your words
From your life I have learnt
To be patient and caring at every turn
The reason I’m strong
You’re where I belong
In a world spinning out of control
The reason for my pride
You are my guide
And I will always follow your way
Your way, your way, oh!
‘Alayka salla Allah O Muhammad
(May Allah’s salutations be upon you O Muhammad)
Peace & blessings on you every day
‘Alayka salla Allah O Muhammad
You inspire me in every way
I promise that wherever I go
Whenever I pray
I’ll be sending you praise
With the words that I say
Rasulallah (Messenger of Allah), O Muhammad
Peace & blessings on you every day
There’s light in my heart
Helps me find my way back when I've gone too far
When all my anger makes me blind
I remember you’re a mercy for all mankind
The reason I forgive as long as I live
In a world spinning out of control
The reason I love, I'll never give up
And I will always follow your way
Your way, your way, oh!
I know the only thing I want from this life
And it’s to follow all your footsteps to Paradise
So that’s the way I’m going to spend all my time
Yes I swear, by Allah I swear!
Subscribe to:
Posts (Atom)
