Sunday, 20 August 2017

HUTANG


“Izzudin, awak datang Kem Solat Bestari tak?” Ustazah Muhaya menaip laju di dalam whatsapp. Lima minit kemudian bergetar telefon Ustazah menanda ada mesej yang masuk.
“Saya datang ustazah. Kan Ustazah ada ambil gambar saya,” terang Izzudin.
“Tapi awak tak bayar yurannya RM50 kan?” tanya Ustazah Muhaya lanjut.
“Saya tak sempat bayar sebab saya tengah sesak sekarang ni. Kena bayar lagi ke selepas Kem tersebut?” tanya Izzudin lanjut.
“Hutang kena bayar walaupun tidak dituntut,”
“Nanti saya minta dengan ibu atau bapa saya. Nanti saya bank in pada ustazah segera,” janji Izzudin.

Selepas beberapa hari, Izzudin belum muncul untuk membayar hutang tersebut. Ustazah Muhaya pun tidak tahu bagaimana lagi mahu dia menjelaskan hutang tersebut. Walaupun sudah disyarah panjang tapi dia mengambil ringan sahaja. Begitulah pelajar sekarang yang tidak tahu membezakan mana yang halal dan mana yang haram. Sepatutnya hutang wajib di bayar walaupun tidak dituntut. 

TUHAN MAHA ADIL


“Ustazah, kenapa Allah ambil mak saya ketika saya memerlukan. Saya rasa Allah tidak adil kerana merampas mak saya di saat saya baru 18 tahun hidup membesar dengannya,” luah Ariana mengejutkan Ustazah Fadilah setelah bertanyakan latar belakang keluarga.
“Ariana, saya faham erti sebuah kehilangan,”Ustazah Fadilah memujuk seketika sambil cuba mengumpul kata-kata.
“Bagaimana ustazah kata ustazah faham sedangkan ustazah masih lagi mempunyai kedua ibu bapa,” bantah Ariana.
“Ariana……Ustazah baru sahaja kehilangan suami ustazah. Kami dah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang cahayamata. Anak sulung ustazah berusia empat tahun dan anak kedua berusia dua tahun. Mereka masih tidak mengerti erti sebuah kehilangan. Ustazah rasa gelapnya dunia ketika itu. Tapi ustazah kembali kepada Allah, semua ini ujian untuk kita untuk melihat sejauh mana ketabahan kita menanggung semua ini,” Ustazah bersuara sebak menahan duka di dalam dadanya.
Muka Ariana berubah, simpati dengan luahan ustazah Fadilah. Dia terdiam seketika mencari kata.
“Ariana, sebab itu kita mesti ada iman yang kuat supaya segala ujian dapat kita tepis. Ariana kena cari hikmah kenapa Allah uji Ariana. Ariana kena sentiasa solat, kirimkan doa, baca Quran dan menutup aurat dengan sempurna supaya ibu Ariana aman di sana,"”pesan Ustazah Fadilah mengakiri perbualan mereka.


 Image result for tuhan maha adil

Saturday, 15 July 2017

KHAYAL


“Ustazah, hari ini belum mula lagi ke kelas al-Quran?”Tanya Hafiz.
“Saya kan dah bagitahu tadi, kelas al-Quran akan bermula pada minggu depan,” jelas Ustazah Masni.
“Saya kena telefon mak saya untuk ambil saya sekarang,” katanya
“Nanti bagitahu mak, jangan kata kelas batal tapi belum bermula lagi,” pesan Ustazah, risau silap faham dan nanti jadi kes pula.
“Ustazah, kami dah bagitahu tapi dia tetap tak percaya,” Naim dan Mirza menjelaskan.
“Lain kali jangan main telefon dan bercakap ketika saya bercakap. Fokus dalam kelas ye,” Ustazah sempat titipkan pesanan.
“Baiklah ustazah. Saya janji lain kali saya akan berikan 100% tumpuan,” Hafiz berkata sambil tersenyum malu.



 Image result for khayal

Saturday, 17 June 2017

Ramadan semakin penghujung

"Syikin, hari ini awak berbuka puasa di mana?" Tanya Asyilah setelah melihat Syikin hanya memakai agak kasual datang ke pejabat, tidak seperti selalu, berbaju kurung dan bertudung sedondon dengan bajunya.
"Emm....," kedengaran agak serba salah mahu memberitahu tujuannya, bimbang didengari oleh Kak Hasni yang sentiasa busy body dalam kehidupannya.
Asyilah menyambung kerjanya dan membiarkan sahaja pertanyaannya.

Kak Hasni selalu memberikan tazkirah terutama pada bulan ramadan kareem ini. Kata Kak Hasni berdasarkan hadis Rasulullah  s.a.w ada menyebut

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan
عَنْ عَائِشـَة َ قـَالـَـتْ كـَانَ النـَّبـِي صلى الله عليه وسلم إذا دخلت العشر أحيا الليل وشد المئزر وأيقظ أهله
Maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya dan (yakni tidak bersama dengan isteri).
Rasulullah s.a.w melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Imam Muslim juga meriwayatkan:
 عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد في العَشـْرِ الأوَاخِرِ، مَا لا يَجـْتـَهـِدُ فِـْي غـَيْرِهِ Maksudnya: Aisyah r.a berkata: “ Bahawa Nabi s.a.w bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak sepertimana (di bulan) selainnya”. 

Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda s.a.w wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton tv atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah sahaja tapi memperbanyakkan ibadah kita.
Kak Hasni selalu mengajak Syikin, Asyilah, Mazni dan Jannah untuk menghidupkan malam 10 Ramadan. Kak Hasni selalu melihat mereka menganggap sama sahaja bulan ramadan dengan bulan yang lain. Tiada apa penambahan yang dilakukan kecuali berpuasa. Kak Hasni risau puasa dilakukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.



Namun, berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa kecuali haus dan lapar, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
رُبَّ صَاىِٔمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ
“Berapa banyak orang berpuasa yang tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja.” (HR. Ibnu Majah no.1690 dan Syaikh Albani berkata, ”Hasan Shahih.”)
Hal tersebut terjadi karena ia tidak berpuasa dari apa yang Allah Ta’ala haramkan, ia seakan menganggap bahwa puasa itu hanya menahan diri dari pembatal-pembatal puasa saja. Kerana itu ada kalangan yang berpuasa tapi tetap membuat perkara yang biasa di buat sebelum ini, tetap tidak menahan godaan telinga, mulut, mata, tangan dan kaki. Alangkah ruginya kita semua.
Kak Hasni tahu mereka suka menonton wayang , tetapi di bulan ramadan mereka tetap meneruskan aktiviti tersebut dan tidak memanfaatkan untuk memperbanyakkan ibadah seperti solat terawikh. Bayangkan solat terawikh banyak alasan yang diberikan tapi kalau keluar pergi tengok wayang, balik lewat pun tidak mengapa. Alangkah ruginya mereka yang begitu.
Kalau Kak Hasni ajak bertadarus, mereka buat kental sahaja sedangkan apabila di suruh, mereka masih merangkak-rangkak dan tidak lancar dalam bacaan mereka. Bagaimana mahu mendakwah mereka, bagaimana mahu mengajak mereka sama-sama berjuang dan bermujahadah supaya hati tidak mati, supaya hati sentiasa hidup dan mengingati mati.
Kak Hasni berdoa semoga pintu hati mereka di buka dan mereka merasa nikmat ramadan yang semakin menghampiri penghujung.
Image result for ramadan 2017

Friday, 9 June 2017

Pahitnya mujahadah

Senang diungkap tapi sukar dilaksana. Mujahadah dan istiqomah dalam perjuangan.
"Syu,  awak masih sukakan dia ke walaupun awak tahu yang dia sudah berkahwin? " Tanya Dilla apabila melihat Syu sentiasa stalker fb dan ig lelaki yang disukainya.
"Dilla,  saya tak boleh janji.  Setiap kali saya bertembung dengan dia,  hati saya akan berdebar dan akan teringat-ingat senyumannya.  Dia sememangnya mempunyai aura dan karisma yang tersendiri yang membuatkan saya berkali jatuh cinta pada dia, " akui Syu sambil melepaskan keluhan ringan.
"Syu,  belajarlah menerima redha dan takdir yang Allah tetapkan pada kita, " Dilla masih tidak berputus asa.
"Dilla,  bukan Syu tak cuba tapi setiap kali Syu cuba untuk padamkan ingatan pada dia,  tiap kali itulah tuah kami akan bertembung dijalanan yang akan membuatkan Syu hanyut dibuai angan, " luahan rasa kesal Syu kedengaran di telinga Dilla.
"Syu... "Dilla kehilangan kata,  jeda seketika.
"Dilla,  Syu janji lepas ni Syu akan cuba elak dari bertemu dengan dia,  Syu takkan ikut jalan yang dilaluinya,  Syu cuba hentikan jadi stalker fb dan ig dia.  Agaknya perlu tak Syu deactivatekan media sosial Syu buat seketika?  " nada Syu makin lemah.
"Dilla tahu Syu berusaha,  tapi Syu kena gigih dan kuat lagi.  Minta dengan Allah supaya Syu pasrah dan menerima segala ketentuanNya.  " Kata-kata semangat Dilla yang akan disematkan oleh Syu.
"Kalau Syu tak kuat,  dari dulu lagi Syu akan kacau rumahtangga dia kan? Tapi Dilla tengok Syu perhati dari jauh.  Maksudnya Syu masih waras dan ada perasaan malu. Itu Dilla bangga, "
"Dilla nanti tolong sokong usaha Syu ye,"

Sunday, 21 May 2017

Matahari


Matahari mampu di pandang, itulah saya. Mengapa saya mengejar matahari yang sangat panas dan membara sedangkan saya mampu menggapai bintang yang memberikan sinar.

Mengapa saya hanya mampu memandang. Kerana ia bukan milik saya dan kerana ia bukan tercipta untuk saya. Cukuplah tiga jawapan yang sudah saya ketemui dan apa janji saya?

Matahari katanya tak mampu saya pandang dengan telus kerana cahayanya mampu membakar jiwa ini. Sebab itu Allah suruh kita tundukkan pandangan. Kerana engkar, itulah akibatnya.

Letakkan masa depan kita di tangan Allah SWT. Yakinlah semua ketentuan yang Allah telah tetapkan.  Jangan runsingkan kerja Allah tetapi risaulah kerja kita yang asyik bertangguh dan tidak dapat disiapkan. Jangan risau belum diketemukan jodoh, jangan sedih jika tidak memiliki apa yang kita idamkan. Kita tidak tahu apa nasib kita semua dan serahkan semua masa depan itu di tangan Allah. Dan Allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat. 

Allah ada...jangan takut.