Kasih itu tetap hadir walau dalam angan dan mimpi. Resah dipayungi dalam nyata. Betapa rindu itu sarat sampai tak tertahan menanggung nya.
Mengapa sepi itu menyinggah hati? Walau seketika cuma namun ia bisa membuatkan aku gentar. Cukuplah sekali kau hadir cum dalam mimpi.
Mimpi itu datang lagi, menggetar jiwa ini. Berlarutan rindu ini boleh membunuhku. Apakah jawapan yang ku idamkan?
Bagaimana mahu ku hapuskan rindu ini? Segalanya kembali segar semula hingga aku sukar melupakan kenangan itu.
Betul.....aku idamkan saat bahagia, saat seperti dulu, yang kita mahukan.
Saat ini aku tetap simpan rasa rindu itu. Suatu hari aku akan titipkan rasa ini. Memang saat ini aku ingin kau berada disampingku, tertawa sama, menangis bersama dan ketawa gembira kita lalui bersama.
Telah aku cuba untuk ku usirkan memori ini namun sukar bagiku. Ia bagaikan menghiris hati ini, aku tidak tega melakukannya.
Saturday, 11 April 2020
Friday, 3 April 2020
Teringin
Melihat orang lain terjun dalam dunia perniagaan, Alza pun teringin juga berniaga, maklumlah dia menjadikan Pemilik Tudung Tersohor Cap Angsa sebaga idolanya. Katanya perniagaannya berjaya dengan gemilangnya. Desas desus mengatakan Tudung Cap Angsa keluarannya terkenal seantaro dunia, semua wanita mengidamkan tudungnya yang lembut dan cantik halus buatannya. Tiada tandingan lagi katanya. Tudung Angsa ini tidak boleh dimiliki oleh golongan B40 . Hanya golongan M40 sipi-sipi sahaja dan golongan yang paling ramai memilikinya ialah golongan T20, saudara rapat dan kenalannya.
Friday, 6 March 2020
Kenangan
Kenangan ini benar menguji diri ini. Tidak pernah aku merasa begini, saat aku melepaskan kenangan itu pergi.
Walau banyak kelemahan yang ada namun aku sendiri tidak pernah membenci kenangan itu, malah aku terus membelainya. Mengapa begini?
Cinta kita melukiskan sejarah. Penuh suka duka walau seketika cuma. Bagaikan ingin mempertahankan tetapi banyak halangan yang mendatang. Ampuhkan cinta kita?
Membayangkan kebahagiaan yang dikecapi hanyalah mimpi ngeri dalam hidup ini. Sehingga kita cuba melupakan memori indah yang telah kita warnai.
Masih terngiang suaramu memanggil namaku, itulah apabila suratan tidak memihak kepada kita. Terimalah takdir yang sudah tersurat dalam kehidupan ini.
Saat aku melangkah meninggalkanmu, bukan tiada luka tapi aku gagahkan diri demi dua keluarga yang idamkan bahagia, rela aku korbankan rasa ini.
Sukar juga mengerti apa itu kemanisan kehidupan ini? Tiadakah dalam kamus kehidupan ini erti kebahagiaan. Usah kau mengeluh dengan ujian ini. Sabar dan tabahlah dalam meniti kehidupan ini.
Banyak cinta yang datang sebelum ini tetapi aku menolaknya, ada yang aku rasa pemikiran yang tiada persamaan, ada yang akan membuatkan aku marah dan kecewa, tiada keserasian katanya. Bukan seorang tapi beberapa orang telah mencuba. Cuma kali ini aku tidak mampu menolak, mungkin manis mulut di tanam di bibir mulutnya membuatkan aku lemah. Pelbagai rancangan sudah diatur dan aku hanya mengiyakan sahaja. Mana jati diri aku?
Saat ini aku masih rindu padamu
Saat ini aku masih ada sisa cinta padamu
Saat ini aku masih lagi ingat padamu
Saat ini aku masih ingin dambakan cintamu
Saat ini aku masih inginkan kamu
Namun aku harus akur dengan keputusan
Aku harus undur diri
Aku harus rasa kecewa
Aku harus tabah harungi
Aku harus padam memori, sejarah, kenangan dan ingatan buatmu
Selamat tinggal kenangan.

Friday, 21 February 2020
Akhirnya....
Bukan mudah melepaskan apa yang telah digenggamkan dalam genggaman yang telah erat. Tapi demi sebuah keluarga yang masih lagi meniti bahagia dan dalam jurang kemusnahan, Aini rela menarik diri dalam membina bahagia dengan orang yang dia sukai. Cukuplah bahagia itu hadir seketika cuma. Memang itu takdir yang dia harus terima.
Begini cerita ringkasnya, Aini telah berkenalan dengan seseorang lelaki yang bernama Azman. Pada mulanya Aini sanggup berjumpa kerana Azman mengaku beria bahawa dia adalah seorang duda. Mengapa rumahtangganya musnah, Azman janji akan bercerita apabila dating pertama kali mereka.
Seperti yang dijanjikan tahun baru adalah permulaan hidup mereka berdua, selama dua jam mereka berjumpa dan bercerita. Habis semua diceritakan bagaikan bertemu bahagia buat mereka. Janji diikat setia untuk terus menempuh halangan.
Aini bukan seorang yang mudah percaya kepada lelaki tetapi pelik kerana kali ini dia kalah, mudah terpedaya dan hanyut dengan kata-kata godaan Azman. Namun dalam masa yang sama Aini sempat menyiasat facebook milik Azman. Terpapar nama Bidadari Azman, dan dinyatakan just married since 2016. Di situ timbul tanda tanya di hati Aini, curiga dengan status Azman. Aini mendesak dan dia mengaku masih dalam proses perceraian belum dapat surat daripada mahkamah. Aini bertanyakan kenapa mengambil masa yang begitu lama, sedangkan kalau setuju bersama, tidak perlu mengambil masa yang lama. Dia tidak dapat memberikan jawapan.
Bermulalah episod pertama, pujuk rayu daripada Azman setelah Aini mendiamkan diri tidak mahu berhubung lagi dan mengabaikan segala mesej masuk, segala panggilan tidak disambungkan. Penderitaan Azman bermula. Akhirnya pada suatu hari dia menyatakan kebenaran yang agak pahit. Dia masih mempunyai isteri dan masih lagi bahagia cuma dia mahukan seorang lagi isteri. ( Di sini pun patut curiga kenapa dia mahu berkahwin lagi satu sedangkan pendapatan dia tidaklah seberapa sangat). Tapi Aini sudah digelapkan mata dan terus menerus kalah dengan pujukan dan rayuan Azman.
Episod kedua bermula setelah Aini berterus terang dengan keluarganya. Keluarga Aini terus menyiasat dan meminta abang sulungnya berjumpa dan berkenalan dengan Azman terlebih dahulu. Beria Azman dan menceritakan sedetail bagi meyakinkan abang sulung Aini. Namun langkah itu adalah salah kerana disalah anggap dan dikatakan kaki sembang dan tidak layak untuk Aini. Dengan pantas Aini memutuskan untuk tidak lagi berhubung dan sekali lagi Azman nanar dan penasaran seketika. Sekali lagi Azman memujuk dan memujuk hingga Aini kalah dengan perasaan sendiri.
Episod ketiga pula ketika Aini mengambil keputusan untuk berjumpa dengan isteri Azman iaitu Zuraidah. Pertemuan itu dianggap oleh mereka berdua adalah jalan yang lurus menuju bahagia mereka tapi sebenarnya adalah penamat bagi hubungan mereka. Zue hanya berkata di bibir sahaja membenarkan suaminya Azman berkahwin lagi satu sedangkan hakikatnya di hati dia tidak mahu menerimanya. Dup...ketika itu Aini baru berpijak di bumi nyata, mana ada wanita yang sanggup berkongsi suami, tiada...tiada. Setelah berbincang dengan keluarga, Aini sanggup undur diri dan tidak mahu menjadi perosak rumahtangga yang telah lama di bina. Aini mendiamkan diri dan telah menyebabkan Azman mengamuk sehingga Zue meminta Aini menyelesaikan masalah yang telah dibina. Akhirnya Aini gagahkan diri menelefon Azman dan menyatakan tiada lagi rasa kasih dan sayang dan hanya mempermainkan sahaja. Biarlah dia melakukan pembohongan demi menyelamatkan rumahtangga Azman dan Zue.
Apa yang Aini dapat daripada cerita itu, pengorbanan isteri yang tidak dihargai oleh suami.
Sekian sahaja untuk kali ini.

Sunday, 12 January 2020
Kembali sepi
Sepi yang sudah lama ku
simpan, kembali aku keluarkan kembali setelah beberapa bulan perkenalanku dengan
Rozlan menemui jalan penamatnya. Aku akui akhirnya aku meluahkan juga isi
hatiku ini, rasa kecewa, sakit dan tertekan.
Bukan mudah aku pujuk diri ini
untuk melepaskanmu Rozlan. Hadirmu membahagiakan diri ini, membuatkan impianku
kembali bersinar. Pelbagai angan sudah terpasang dalam hidupku. Namun dalam
sekelip mata, ia musnah begitu sahaja.
Cinta ini masih lagi bersisa, kasih ini masih
bertepi, sayang ini masih tersimpan, mana mungkin aku menjauhkan diri ini namun
aku kuatkan diri ini melangkah meninggalkan mu.
Simpankan semua kenangan kita
bersama, bukan aku tidak mahu membuka ruang itu tetapi cukuplah ruang masa yang
telah aku berikan. Aku tidak mahu terikat lagi dan tergantung begitu.
Aku mahu hapuskan semua rasa
itu, mahu buang semua itu dan mahu lontar ia jauh dari pelusuk rasa hati ini. Kau
tidak mencapai semua syarat yang telah aku tetapkan, dan kau tidak mampu gapainya
jika syarat yang pertama kau sudah gagal.
Tidak pernah aku salah
suratan yang tertulis bahwa kita akan berjumpa dan berkenalan. Cuma takdir tidak
terlukis bahawa kita akan bersama.
Dulu aku rasakan takdir
memang tercipta buat kita, aku mahu kita gapai impian kita bersama dan setia
bersama selamanya. Aku rasakan kau terbaik untuk diriku. Kau bagiku takdir yang
takkan ku lepaskan tika itu.
Gambaran impian kita makin
berkaca selepas itu dan semakin hari semakin kelabu dan akhirnya pecah berderai.
Mengapa kau memilih sepi dan mendiamkan diri, bukan mahu menjelaskan dan
mempertahankan hubungan ini? Serapuh ini kah yang kau anggap nyawa.
Tinta buatmu
Sudah lama Ija tidak coretkan madah di kertas kajang ini.
Rasanya paling akhir ketika sekolah dulu. Ija tidak tahu mengapa Ija selesa
menulisnya di kertas kajang berbanding menaipnya di laman buku ataupun sesawang
yang lain.
Cinta yang hadir buat kita hanya seketika sahaja, ia bakal berakhir
tidak lama lagi selepas segalanya terdedah. Jalan yang kita perlu lalui adalah
jalan yang berbeza, takkan mampu kita lalui jalan yang sama.
Ija mengharapkan Hafiz faham kenapa Ija mengambil tindakan
begini. Ija tidak boleh menipu diri Ija ini yang impian Ija setinggi gunung.
Ija tidak mahu Ija berpura-pura mencintaimu dan menggoreskan hati kita semua.
Bukan Hafiz tidak ada hak untuk mencintai seseorang yang
lebih dari Hafiz tetapi Ija ini yang mempunyai ego yang tinggi. Ija takut nanti
Ija akan meminta macam-macam sedangkan Hafiz tidak mampu. Sebab itu salah satu
ikatan perkahwinan itu haruslah terbina dalam keadaan yang sekufu.
Dalam berbicara nampaknya Hafiz juga sukar untuk mengejar
impian Ija yang setinggi awan di langit biru. Dalam pencarian kita, nampak
ketara kita mempunyai arah yang berbeza. Terpisahnya kita kerana mengejar
impian.
Ija tahu Hafiz sentiasa mengulangi bahawa kasih Hafiz
terhadap Ija tidak akan berubah tetapi Ija tidak mampu memaksanya. Ija tidak
mahu menerima kerana kesunyian dan kasihan. Disebabkan itu juga Ija mohon Hafiz
melangkahlah dan terus mencari pengganti secepat mungkin. Tiada takdir tertulis
antara kita.
Hati ini rapuh, lelah mencari cinta dan kehidupan yang penuh
duka. Namun Ija tetap pertahankan hak Ija. Cuma Ija ucapkan terima kasih kerana
pernah menceriakan hidup Ija dan memberikan erti bermakna dalam hidup ini walau
seketika cuma. Ija tetap merasa sakit atas perpisahan ini. Ija yang minta
perpisahan ini tetapi Ija tetap rasa pilunya.
Buat masa ini Ija masih belum temui pengganti. Biarlah Ija begini
buat seketika. Ija mohon undur diri dulu.
Saturday, 11 January 2020
Lelaki itu
"Treet...treet.." bunyi mesej whatsapp masuk tetapi tidak dihiraukan oleh Laila. Laila sedang menaham geram dengan seseorang, dia termenung panjang merenung tingkap yang terbuka itu, membiarkan segala mesej yang masuk tanpa mahu melihatnya, apatah lagi mahu membalasnya.
Fikirannya kembali menerawang saat perkenalannya dengan Hanafi dua bulan lepas. Beria Hanafi memperkenalkan dirinya seorang duda beranak enam. Hanya menceritakan secara ringkas kisah perceraiannya disebabkan ada masalah keluarga, melibatkan pergaduhan dengan keluarga mertua yang menyebabkan dia mengambil untuk undur diri.
Laila tidak tahu mengapa saat pertama kali mereka berjumpa dia terus berterus terang, boleh berkongsi cerita dan menceritakan segalanya tentang ahli keluarga dan latar belakangnya. Bagaikan sudah bertahun mengenalinya. Laila seolah yakin bahawa inilah jodoh yang dipinta selama ini.
Dalam masa yang sama Laila memohon petunjuk daripada Allah SWT. Tiba-tiba baru Laila ingin bertanyakan tentang tarikh yang tepat perceraian mereka. Dan di sinilah punca keretakan itu berlaku. Hanafi tidak dapat memberikan tarikh yang tepat dan akhirnya mengaku bahawa masih di dalam proses mahkamah. Jawapan itu bagaikan bom atom bagi Laila.
Laila pernah terkena sebelum ini dengan duda beranak empat, Zainol. Telah menceritakan dan merancang segalanya, tiba-tiba Zainol mendiamkan diri menyebabkan Laila kehairanan. Akhirnya Laila melakukan siasatan dan akhirnya ketemu jawapan apabila Zainol mengemaskini statusnya di dalam muka buku. Alangkah kecewanya Laila kerana dipermainkan. Setelah menceritakan keburukan isterinya tetapi akhirnya kembali kepada isterinya jua. Begitu mudah mempermainkan perasaan Laila.
Dan ini kisah kali kedua, Laila tidak mahu pisang berbuah dua kali, cukuplah sekali merasa sakitnya perasaan itu. Laila mengambil sikap menjauhkan diri dan memberikan amaran supaya menyelesaikan terlebih dahulu dan tidak mahu dikaitkan dan terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Itulah sedikit cerita Laila di awal tahun 2020.

Subscribe to:
Posts (Atom)