Sunday, 13 June 2021
Wednesday, 9 June 2021
Sepi
Sepi
Dirundung pilu rasa perih
Sendirian aku berbisik
Oh, merintih
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa, kuberserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi
Hu-uh-uh-uh
Terus melangkah tiada gentar
Sakitnya jiwaku meniti lara
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa, kuberserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi
Uh-ho uh-ho-oh
Uh-wo-ho-oh-wo-oh
Hu-oh-wo-ho-oh
Biar sakit, kumelangkah
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa, kuberserah
(Teguh berdiri dan terus bermimpi) mimpi
Uh-uh-oh-oh
Thursday, 11 February 2021
KENDATI PUN
Detik yang mana ingin kau padam
Saat yang mana ingin kau hapus
Dari hatimu tentang diriku
Kerana kau tahu kita selamanya
Pasti turut kau merasakan
Jalan kita penuh tanda tanya
Namun apa pun jika denganmu
Terlalu melengkapi
Berat rasa yang menyerah
Kerna aku adalah dirimu
Dan hanya aku yang percaya cinta ini
Mau saja ku bohong hati
Mana mungkin cinta mudah gugur
Kerana hati ku selalu denganmu
Menempuh semua kendati apa pun
Pasti turut kau merasakan
Jalan kita penuh tanda tanya
Namun apa pun jika denganmu
Terlalu melengkapi
Berat rasa yang menyerah
Kerna aku adalah dirimu
Dan hanya aku yang percaya cinta ini
Sunday, 7 February 2021
Masihkah ada peluang?
Bila dia kembali menghantar mesej, aku tertanya dalam hati kecilku, masih ada peluang kedua yang tercipta antara kami?
Begitulah kehidupan, masih mengharap dan tetap mengharap.
Adakalanya hati ini berdebar-debar dan adakah itu dinamakan jodoh?
Biar Allah sahaja yang menentukannya.
Thursday, 28 January 2021
Takdir yang tertulis
“Serabut
lah gini…..”luah Fadlina kepada Suzana setelah dia kelam apabila ketua memaksa
dia datang kerja sedangkan taska anaknya ditutup seminggu kerana ada pelajar
taska yang mempunyai kontak rapat bagi pesakit Covid19.
“Cuba
Ina bincang balik dengan ketua dan juga bahagaian sumber manusia. Terangkan keadaan
yang sejelasnya,”pujuk Ana lembut sambil menenangkan Ina.
Seperti
yang diketahui bahawa Fadlina merupakan ibu tunggal selepas kematian suaminya
dua tahun lepas. Suaminya meninggal disebabkan demam denggi berdarah. Dan dia mempunyai
dua orang anak yang masing-masing
berusia enam dan empat tahun. Bayangkan dengan kesibukan tugasnya sebagai ketua
penyelaras dan menguruskan dua anaknya yang pelbagai ragam memerlukan kesabaran
yang amat tinggi.
Fadlina
cuba menyertai Till Jannah bagi mencari pengganti suaminya. Bukan dia mahu
melupakan tetapi katanya anak-anaknya memerlukan kasih sayang seorang bapa. Apabila
melihat seorang bapa mendukung anak atau menyuapkan makanan, mereka berdua akan
mula bertanya tentang bapa mereka. Ini akan membuatkan airmata Fadlina laju
membasahi pipinya.
Fadlina
asalnya daripada Melaka. Dia berkelana di sini selepas berkahwin dengan
suaminya yang berasal dari Perak. Dia sememangnya keseorangan di sini, adik
beradiknya berada di Johor dan Negeri Sembilan. Dia selalu tersepit apabila
keadaan tugasnya memaksa dia balik lambat atau terpaksa bekerja pada hujung
minggu. Dan dia akan merasa tertekan apabila anaknya tidak sihat dan memaksa
dia mengambil cuti kecemasan.
Hampir
setiap malam dia bangun mengadu pada Allah mengharapkan yang terbaik. Kerana
dia tahu setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Dia
bersyukur kerana guru sekolah anaknya memahami dan kadang kala bertimbang rasa
untuk menjaga kedua anaknya. Dia juga dikelilingi rakan-rakan yang memahami dan
sanggup menjaga dan melayan anak-anaknya. Itulah yang menyebabkan dia merasakan
dia sangat beruntung.
Fadlina
masih lagi mempunyai kedua ibu bapa tetapi kedua ibu bapanya kurang sihat dan
tidak boleh dibebankan dengan menjaga cucu-cucunya. Fadlina cuba mencari
kekuatan dengan sentiasa berfikir positif. Semua itu adalah ketentuan daripadaNya.
Sunday, 24 January 2021
Cinta kita
Dalam lubuk hati ini masih lagi rasa tersisa luka ini, saat kau pergi meninggalkan aku sendirian menangisi.
Cinta kita melakar sejarah, mencipta memori terindah dalam kenangan kita. Apa yang tidak mampu kita lakukan adalah mempertahankannya hingga ke hujung usia kita. Ditakdirkan kita berpisah jua.....
Kembalilah kepadaku, pulangkan kembali mimpi kita bersama....kerana aku masih memerlukanmu.Saat kita bersama adalah kenangan yang terindah pernah kita rakamkan.
Bayangmu selalu menganggu hidupku, sejuta rasa pedih dalam hati ini.
Kau yang memilih diriku
Kau jua yang meninggalkan aku
Aku bagaikan mentari yang kelam apabila kau melangkah meninggalkan aku.
Saat kau pergi meninggalkan aku ini, hancur rasa hati ini
Semua terjadi ini atas kemahuanmu, memadamkan segala memori kita bersama
Hanya aku yang terhukum
Berakhir kisah kita selamanya..........
Mendung tiada ku pinta selepas sepurnama kita ditakdirkan menjalani kehidupan yang bahagia.
Berkali-kali ku cuba berlari meninggalkan kenangan semalam
Kisah kita tetap akan terpahat dalam album kenangan kita, takkan ku buang walau sekelumit memori tika saat kita bahagia
Sebenarnya perjalanan ini melukakan hati ini, meninggalkan kenangan yang pernah mewarnai diri ini.
Lumrah kehidupan , bertemu dan berpisah, bercinta dan kecewa, hidup dan mati.
Puas ku pujuk diri ini untuk melupakan dan melontar jauh kenangan kita itu namun aku gagal. Aku masih berpegang pada janji yang telah kita ciptakan.
Hilangmu tiada berganti, biarlah begini.
Jiwa tidak pernah tenggelam, resah diukir di jiwa ini, entah berapa lama harus ku hadapi ini.
Usahlah ditangisi takdir yang telah tercipta
Sememangnya kita bukan ditakdirkan bersama.
Aku sudah penat mengejar bayangan mimpi
Aku mahu berhenti di sini
Friday, 1 January 2021
Pelajar ooo Pelajar
Ragam Pelajar 2
“Aisyah, bila nak buat ujian
lisan ?” Tanya Ustazah Maimoon.
“Saya sekarang ni period, boleh
buat ker?” Pertanyaan yang dibalas dengan pertanyaan, diam tidak membalasnya
lagi.
“Zali, bila sepatutnya awak kena
buat ujian lisan?” Ustazah Maimoon menelefon pelajarnya yang selalu mengelak
untuk datang ke kelas.
“Saya sekarang tengah bekerja dan
boleh ke saya buat ujian itu esok?” Zali memberitahu dan cuba berbincang dengan
pensyarahnya.
“Esok jam 4 petang boleh?”
Ustazah Maimoon menetapkan sebagai autoriti.
“Saya cuba dulu ustazah.” Zali menamatkan panggilan tanpa ucapan salam.
“Suhaila, berlatih dulu sebelum
buat ujian lisan. Kalau Suhaila ada masa lapang pada minggu hadapan, kita buat
latihan sebelum ujian sebenar,” Ustazah Maimoon mencadangkan kepada Suhaila
disebabkan dia agak lemah dalam mengenal huruf.
“Baik ustazah,” jawab Suhaila dengan lemah.
Ustazah Maimoon menunggu dan
menunggu, tiada mesej ringkas di hantar seperti yang dijanjikan. Apabila
Ustazah Maimoon menelefon atau menghantar mesej, tiada berjawab. Apa daya lagi
usaha yang perlu dilakukan.
“Betty, kenapa tidak fokus pada
bacaan ini. Awak pandang apa tu?”Tegur Ustazah Maimoon.
“Saya sekarang berada di rumah ‘boyfriend’
saya,” jawab Betty jujur sehingga menyebabkan Ustazah Maimoon terkaku seketika.
“Amar, kenapa lama tak datang
kelas?” Ustazah menelefon kepada salah seorang pelajarnya.
“Ustazah, saya sebenarnya malu
mahu masuk ke kelas itu.” Amar memberitahu ringkas.
“Kenapa pula?” Ustazah Maimoon
bertanya lanjut.
“Ada rakan saya di dalam kelas
itu yang suka perli dan menyindir saya. Saya rasa rendah diri ustazah. Saya tahu
yang saya ni tak berapa pandai baca, merangkak-rangkak lagi. Saya malu, saya
rasa rendah diri sangat,” panjang lebar Amar menerangkan.
“Habis tu, awak rasa keputusan
diam itu adalah keputusan yang tepat?” Tanya balik Ustazah Maimoon.
“Saya tahu saya salah ustazah,”
suara Amar agak kendur, menyedari kesilapannya.
“Maznah, kenapa tidak datang
ujian tadi?” Ustazah Maimoon menelefon bertanyakan khabar.
“Ustazah, hari itu saya sudah
bertanyakan ustazah tapi tiada jawapan. Jadi sekarang saya sedang menghadiri
kelas ujian memandu,” jawapan pendek yang membuatkan Ustazah Maimoon sakit
kepala.
“Alif, kenapa tak masuk kelas
minggu lepas?” Ustazah Maimoon akan bertanyakan dulu sebelum memulakan kelas.
“Keluarga saya datang jenguk saya
dan mereka ajak saya keluar makan ustazah. Saya minta maaf sangat-sangat
ustazah,” Alif menyatakan alasannya.
“Kenapa keluarga datang dan
mereka daripada mana?” Tanya ustazah lanjut.
“Saya sudah lama tidak balik rumah
dan keluarga saya tinggal di Rawang,” Alif menjelaskan tanpa rasa bersalah.
“Aiman, kenapa tak jawab call
ustazah?” Ustazah Maimoon menghantar pesanan ringkas.
“Saya tengah menghantar barang
ustazah. Sekejap lagi saya cuba telefon balik,” Aiman membalas tanpa rasa
bersalah. Menghantar barang ketika waktu kelas di jalankan. Mana keutamaan,
belajar atau bekerja?
“Danial, kenapa tak datang kelas?
Kalau awak masih tidak muncul, ustazah tidak akan teragak-agak untuk bagitahu
fakulti untuk bawa subjek ini ke semester akan datang,” ugut Ustazah Maimoon.
“Maaf ustazah, tadi saya tengah
siapkan tugasan subjek lain,” Danial menyatakan alasan yang sangat
membangkitkan kemarahan ustazah Maimoon.
“Ustazah mahu Danial tulis dan
rakam pelajaran 1 sehingga 7 dan hantar pada ustazah pada hari Selasa depan,”
Ustazah Maimoon masih mahu mempertimbangkan disebabakan dia adalah pelajar
tahun akhir.