"Anis, awak pernah jatuh cinta tak?" Tanya Rozita.
"Tak pernah," jawab Anis sambil hatinya merewang jauh.
Tidak normalkah apabila tidak pernah merasa nikmat cinta antara lelaki dan perempuan.
Kadang kala Anis terfikir jua, mengapa cinta tidak pernah hadir dalam hatinya. Bukan dia tidak sudi menerima cinta yang dihulurkan tetapi dia tidak yakin pada pemberi cinta.
Dia tiada kisah-kisah manis untuk dikenangkan. Dia tiada memori surat, emel, hadiah, bunga atau apa sahaja yang bokeh dikaitkan dengan memori cinta.
Ganjilkah dia apabila tidak pernah ada memori itu?
Apabila berjumpa rakan, masing-masing meluahkan rasa itu sedang dia kosong, tiada apa yang ingin dikongsikan? Baginya hatinya perlu diserahkan hanya pada yang bergelar suami. Jika ketetapan daripada Allah, jodohnya tidak tertulis, dia akur dan pasrah. Kerana dia tahu Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirinya.
Wednesday, 1 July 2015
Wednesday, 24 June 2015
GARANG
“Awani, kenapa tidak datang ujian
tempohari?” Tanya Puan Saleha kepada pelajarnya.
“Saya lambat membayar yuran,”
jelasnya perlahan dan takut-takut.
“Saya kan dah bagi peluang ke dua
sampai ke lima untuk awak dating bila-bila masa sahaja,” kesal Puan Saleha
kerana pelajar ini tidak menggunakan peluang yang diberikan.
“Saya takut nak datang jumpa
Puan,” katanya laju sambil menundukkan wajahnya. Kakinya menguis-nguis sesuatu
yang tidak pasti.
Apabila Puan Saleha mengadukan masalah
ini kepada Ketua Jabatannya, tamparan hebat diterima. Katanya Puan Saleha
kurang senyum yang boleh menakutkan pelajar, yang menyebabkan pelajar takut dan
gerun tanpa bersebab.
Puan Saleha disyorkan memaniskan
senyuman dan mendekati lagi pelajar-pelajar tersebut.
CANTIK
“Miss, janganlah suruh saya
gugurkan subjek tersebut,” rayu Muzaffar.
“Kenapa?” Tanya Miss Mariam
kepada menteenya.
“Err….” Sambil menggaru kepalanya
dan tersengih-sengih.
“Ooo…sebab Miss Syakirah tu
cantik?”telah Miss Mariam.
“Taklah….dia baik,”sambil
tersenyum simpul penuh makna.
Pelajar pun tahu memilih, jika
pensyarah itu cantik bersemangat ke kelas tapi jika pensyarah itu selekeh ia
juga boleh melemahkan semangat pelajar tersebut. Haruskah begitu?
Penampilan pensyarah adalah
penting bagi seorang pelajar selain air muka yang menunjukkan garang ataupun
lembut. Sebagai pensyarah, kena tegas dalam lembut, mainkan emosi dan gunakan
psikologi dalam mengawal mereka terutama menggalakkan kehadiran mereka ke
kelas.
KURSUS PILIHAN
“Kenapa awak selalu ponteng
kelas?” Tanya pensyarah muda perempuan yang masih di pertengahan 20an.
“Saya dipaksa oleh ibu bapa saya,
saya tak minat pun kursus ini,” terangnya tanpa berselindung lagi setelah
disyarah selama 15 minit oleh pensyarah selaku mentornya jua.
“Mengapa awak tidak berterus
terang sahaja?” Soalnya lagi.
“Puan, saya telah bertukar kolej
dan universiti 4 kali. Puas saya beritahu pada ibu saya yang saya tidak minat
dengan kursus pilihan dia tapi dia beria-ia juga memujuknya. Saya tidak mahu
dicop sebagai anak derhaka,”
“Tapi dengan kelakuan macam ini,
adakah dapat menyelesaikan masalah awak? “
“Saya tak tahu bagaimana nak selesaikan.
Kalau ibu saya cakap A, maka A lah,” nada hampa dilantunkan.
“Bagaimana dengan ayah awak?”
“Ayah saya ikut saja apa yang ibu
saya cakap,”
“Macam inilah apa kata awak cuba
bincangkan dengan ayah dan ibu terlebih dahulu.”
Sukar juga apabila masing-masing
mempunyai ego. Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mana ada ibu
bapa yang mahu melihat anaknya salah memilih jalan. Sedangkan anak masih mentah
mengharapkan ibu bapa mengerti dan mengikut rasa sahaja, tidak pernah terfikir
masa depan yang telah dibazirkan.
Bangsaku cemerlang ………
SOSIAL
“Ustazah, apa yang patut saya
lakukan jika rakan serumah saya membawa balik teman lelakinya ke dalam
biliknya? Bilik itu dikongsi oleh kami bertiga,” adu seorang pelajar perempuan
yang merasa terseksa apabila teman sebilik yang dipercayainya telah merosakkan
hubungan mereka.
“Adakah Aida telah cuba
menegurnya secara langsung?” Tanya ustazah.
“Saya telah diberikan amaran
keras, jika saya campur tangan lagi dia kata saya akan menyesal kemudian hari,”
ada esakan kecil mengiringi kata-katanya itu.
Ramai sekarang remaja yang hanyut
dengan dunia yang penuh tipu daya. Berkenalan sehari dua sanggup menyerahkan
maruah yang tersimpan rapi selama ini. Tidak takut dan tidak gentar pada
akibatnya. Itulah yang menjadikan kebimbangan kepada golongan yang
bertanggungjawab.
KONVOKESYEN
Di dalam Dewan Konvokesyen, hati
tersentuh melihat kejayaan bekas pelajar terutama pelajar-pelajar yang mendapat
anugerah daripada pelbagai pihak.
Memandang sekeliling ada ibu bapa
yang tersenyum bangga apabila nama anaknya dipanggil sebanyak dua kali ke
pentas konvokesyen.
“Kejayaan ini datangnya daripada
pelbagai pihak dan usaha. Terima kasih saya ucapkan untuk ahli keluarga saya,
pensyarah saya dan rakan-rakan yang lain yang sentiasa menyokong saya.”
Ucapan
pelajar terbaik tadi sangat menyentuh hati ini. Sememangnya dia layak berada di
situ.
Begitulah gaya pelajar cemerlang yang sentiasa meletakkan kejayaan itu usaha bersama, bukannya datangnya daripada dia semata-mata.
ETIKA
“Assalamualaikum dan selamat
tengahari,” ucap seorang pensyarah perempuan di dalam kelas Pengajian Ekonomi
Islam.
Masing-masing mengeluarkan buku
dan pen dan memulakan pengajian mereka.
Tiba-tiba mata pensyarah tersebut
memandang seorang pelajar perempuan kecil molek yang seronok mengunyah roti
dengan selambanya dan cuba mempelawa rakan sebelahnya.
Mata pensyarah tersebut
memberikan isyarat bahawa perbuatan itu kurang beretika dan tidak patut
dilakukan tetapi pelajar tersebut tidak memahaminya sehinggalah pensyarah
tersebut terpaksa menegur perbuatan itu secara langsung.
Alahai pelajar sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)