Tuesday, 11 April 2017

Sedarkan aku

Sedarkan aku dari mimpi ini
Hanyut aku dibuai ombak
Leka meneliti deruan
Risau karam dipertengahan

Jagakan dari mimpi ini
Berenanglah ketepian
Jangan terkapai dilautan gelora
Risau tenggelam sepi
Tiada yang tahu
Tiada yang mahu

Kejutkan aku dari mimpi itu
Tiada bertepi
Tiada berlabuh
Belayar tanpa kemudi
Bagaikan terkapai dilautan

Bangkitkan aku dari mimpi itu
Angan yang tak bertepi
Leka ditiup bayu
Damai namun sakit
Tenang dan resah seiring
Membolak balik hati ini

Jangan biarkan aku begini
Terusan bermimpi
Izinkan aku untuk bangun
Tidak mahu lagi
Mengejar mimpi indah

Monday, 10 April 2017

Jangan bunuh matahariku

Matahari masih galak bersinar seperti biasa walaupun adakalanya malu tersipu dan membiarkan aku merindui cahaya tersebut. Pabila matahari enggan keluar, air mata hujan sentiasa menemaniku, membuatkan aku rindu pada cahaya itu.

Sekiranya permulaan hari itu aku tidak melihat matahari, hidupku biasa-biasa sahaja tetapi selepas melihat matahari, aku semakin efisien dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Ajaib bukan? Itulah kuasa matahari yang mampu memberikan cas tambahan, semangat membara dan membakar motivasi diri.

Matahari itu bagaikan cas elektrik yang akan membekalkan tenaga kepadaku sehingga ia terbenam bersama tenggelamnya impianku pada hari itu. Kembalinya bersinar memberikan peluang kedua untuk terus aku mencipta angan. Itulah kehidupan aku sekarang ini.

Adakalanya terfikir untuk aku berhijrah meninggalkan di mana pernah aku mengharapkan sebuah cinta. Dambaan cinta yang tidak kesampaian adakalanya mampu meremukkan hati ini. Namun aku tidak berdaya mengatur langkah yang teratur. Aku biarkan ia berlalu pergi bersama sisa yang masih lagi tidak mampu ku tepis.

Related image

Sunday, 9 April 2017

Setahun sudah berlalu

Setahun sudah berlalu dan Ina msih berdiri di sini, tiada perubahan yang berlaku seperti yang dirancang. Tiada langkah seterusnya hanya menanti suatau yang tidak pasti.

Menanti Mac dan membiarkan ia berlalu. Tiada hari yang membahagiakan, setiap hari dihujani dengan persoalan yang sama.

"Dia dah kahwin atau belum? Berapa orang anaknya? Dia berasal daripada mana?"Tanya Maria yang membuatkan Ina kaku seketika, Tiada jawapan yang pasti. Penyiasatannya belum sampai lagi pada jawapan tersebut.

"Sudahlah meletakkan angan, sedarkan diri itu,"marah Farah apabila melihat Ina masih tersenyum sumbing ke arah kawan-kawannya.

"Biarlah masa yang menentukan," jawapan selamat.

"Tapi kan, saya rasa muka Ina ada iras dengan dia lah," Suhana dan Fadlina mengiakan apa yang diperkatakan oleh Maria. Bergema ketawa sedangkan Farah menarik muka masam, tidak setuju dengan segala tindakan yang dilakukan oleh Ina.

"Saya macam baru je melihat dia tapi macam mana Ina boleh kenal dia?"Tanya Suhana, masih banyak persoalan yang berlegar.

"No komen," jawapan pendek Ina mematikan perbualan mereka pada hari itu.

Setahun sudah berlalu, sejak Ina meluahkan rasa hatinya, suka yang dipendamnya selama ini. Bukan setahun, bukan dua tahun tetapi hampir sembilan tahun lamanya rasa itu dibiarkan ebercambah dan berkembang, tiada dibajai cuma adakalanya disirami sahaja.

Sudah terlalu lama menyebabkan Ina berani meluahkan rasanya, tidak mampu lagi menahan rasa itu.

Fasa terakhir, Ina mahu melangkah ke depan, mahu 'move on' kata orang tapi hatinya tetap terusik, tetap melihat kenangan dan enggan berganjak. Mimpi yang diharapkan menjadi realiti belum mahu muncul tetapi mimpi itu masih mahu bertamu.

Setahun sudah berlalu dan adakah setahun lagi akan mendatang............

Friday, 7 April 2017

Benarkan aku bermimpi

Image result for mimpi


Mimpi itu datang lagi
Membawa bahagia mewangi
Melakar senyuman memanjang

Benarkan aku
untuk terus bermimpi
Jangan kejutkan aku

Ingin aku terusan begini
Melihat bahagia berkembang

Matahari terus bersinar
Bulan terus bercahaya
Bintang terus bergemerlapan

Hujan mendamaikan
Panas memayungkan

Namun
Kelam datang menerjah
Mimpi berkaca-kaca
Cahaya menusuk minda

Belum mahu terjaga
Mahu terus bermimpi

Mimpi
Izinkan aku bertamu lagi


Friday, 10 March 2017

Rindu

Betul ke rindu ini boleh membunuh? Adakah hidup dalam kenangan boleh menyebabkan penderitaan terus berlarutan? Kenapa persoalan demi persoalan datang membuak pada hari ini.  Hingga aku jadi tak berdaya untuk mengatur langkah dengan teratur. Adakah aku tiada jawapan yang pasti? 

Memang semenangnya aku akui ingin dan idamkan pada perkara yang dinamakan cinta. Cinta membentuk dari dua hati tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak aku buktikan rasa itu? Setiap kali angin bayu membawa rasa itu, hingga aku rasa sukar untuk melepaskannya membuatkan aku nanar mencarinya. Sukarnya untuk aku melupakan saat dan kenangan yang pernah bertakhta di hati ini. Dan persoalan lagi, adakah ia masih kekal kenangan atau boleh berubah menjadi sebuah realiti?


Tiada saat yang tidak mahu aku kenangkan, semuanya indah pada pandangan mata ini. 

Persoalan sekarang, bagaimana mahu aku buktikan rasa ini? 
Image result for rindu

Terimaku Seadanya

Berlarutan rindu ini membunuhku
Hingga aku jadi tak daya begini
Mekar lagi bunga yang engkau berikan
Apakah masih ada jawapannya

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Segalanya kembali segar semula
Hingga aku sukar melupakan semua
Berlarutan wajahmu sering di mata
Apakah kau masih seperti dulu

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Ku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula
Hati ini
Hati ini

Moga kita berdua kan mengerti
Segala yang telah terjadi

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Aku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Hati ini
Hati ini

Lagu & Lirik: Ajai

Sunday, 5 March 2017

Gelagat Pelajar


Situasi 1
“Miss Mazni, ingat saya tak?” Suara garau lelaki kerbaju seragam hijau mengejutkan Mazni yang sedang merenung ke muka pintu lif. Semasa dia memasuki lif, dia menyedari lelaki yang berbaju seragam tetapi dia tidak mengendahkannya.
‘“Bua apa kat sini?” Cuba memulakan bicara singkat.
“Saya datang menziarahi, saja bertanya khabar,” jawapannya ringkas.
Lif sudah sampai ke tingkat Sembilan dan Mazni terpaksa meminta diri terlebih dahulu. Pamitan tanda perpisahan.
Di luar lif menuju ke pintu masuk, Mazni tersenyum sendirian mengenangkan apabila bekas pelajar masih lagi mengingati dirinya. Sememangnya dia terkenal dengan garang dan tegas di kalangan pelajar. Bangga apabila masih ada yang mampu mengingatinya. Terima kasih ucapannya di hati.

Situasi 2
Sebelum tidur telefon bimbit Mariani bergetar tanda ada mesej whatsapp masuk. Tangan Mariani mencapainya dan membuka telefon tersebut. Ucapan selamat malam daripada bekas pelajarnya, Shamini yang sentiasa menemani malam nya sejak akhir-akhir ini.
“Selamat malam Cik Mariani, semoga mimpi yang indah-indah,” ucapannya yang tidak pernah gagal masuk ke peti pesanannya.
“Terima kasih Shamini, awak sentiasa menceriakan saya,” balas Cik Mariani sambil tersenyum menaipnya.
Selalu Mariani sedang dalam berduka, dia akan menerima kiriman kata-kata yang indah. Rupanya ada yang sentiasa menceriakan hidupnya. Baginya Shamini menghargai dirinya adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya.

Situasi 3
“Kumar, awak dah dapat result?” tanya Cik Maizan kepada bekas pelajarnya.
“Miss, terkejut saya sebab miss tanya,” balasnya ringkas sambil meletakkan beberapa emoji yang berbentuk tanda tanya.
“Bukan apa, saya tengok awak tak update tentang result. Selalunya awak akan update dalam facebook dan berkongsi dengan kenalan awak,” balas Cik Maizan.
“Hahaha…miss pun perasan. Miss ni pemerhati yang baik,” balas Kumar.
“Saya selalu mengikuti perkembangan awak, selalu berjalan dan makan-makan,” pantas tangan Maizan mengusik pelajarnya.
“Miss, result saya belum keluar. Katanya hari khamis ini. Doakan saya mendapat Dean List lagi ye Miss. Saya ingin membuktika kepada kedua ibu bapa saya, yang saya tidak mengecewakan harapan mereka,” panjang pula penerangannya.
“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk pelajar saya. Semga terus cemerlang ye” kata-kata penamat untuk hari tersebut.



 Image result for mahasiswa