Sunday, 10 February 2019

Di saat kau pergi


Mengapa kau pergi saat aku cuba menyulam kasih ini? Sedang aku mencuba menerima dirimu seadanya….kau mengambil keputusan untuk pergi dalam hidup ini. Kata kau, kau kecewa dengan diri sendiri dan tidak yakin dengan diri sendiri, mampukah kau membahagiakan diri ini.

Di saat aku mulai mencintaimu dan berharap engkau jadi kekasih hatiku untuk selamanya. Dan aku telah merancang segalanya dalam kehidupan ini. Telah ku fikir baik buruknya namun ini yang kau pilih. Malah kau pergi jauh dari hidupku.


Menyendiri lagi di saat kau tinggalkan diriku pergi. Tak pernah ada yang menghiasi hariku lagi di saat aku terbangun dari tidurku. Aku inginkan dirimu sentiasa berada disampingku, menemaniku pada usia tua kita bersama.

Aku tidak mahu menangisi perpisahan ini namun aku gagal mengawalnya. Airmata ini tumpah jua, aku tidak mampu menyekanya.

Aku bukan yang sempurna untuk dirimu, aku telah tetapkan bahawa ini adalah takdir yang terbaik untuk kita.

Kau yang berada di persimpangan, cuba meluruskan hidup namun gagal dan kau memilih diam dan terus menghilang begitu agar aku melupakan saat manis kita bersama.

Image result for kecewa

Dilema hati ini

Aku sunggah mudah percaya pada janji yang ditaburi. Mudah terperangkap dalam kasih sayang yang diberikan kepadaku. 

Dilema ini bermula pada ketika saat kau meragui diri ini. Sedang aku sebelum ini menerimamu dengan sepenuh hati. Sudah ku rangka yang aku akan pertahankan walau mendapat tentangan dari keluargaku. Namun setelah kau berminggu-minggu meninggalkan aku dengan misteri, aku tahu inilah masa yang terbaik untuk aku undurkan diri ini. 

Mana silapnya....aku sendiri tidak tahu kerana aku sendiri ingin melepaskan apa yang aku genggam selama ini. Biarlah kenangan itu pergi sekarang supaya aku tidak merasa kesakitan yang amat sangat. Pergilah dan jangan kembali lagi kerana aku tahu antara kita tidak tertulis untuk bersama.

Takdir mungkin tidak pernah tertulis antara kita berdua. Biarlah kita yang putuskan setakat ini sahaja. Andai aku pernah melukakan dirimu, maafkan lah aku.

Jangan kau siakan nantikan takdir yang tidak pernah tercipta buat kita. Biarlah kita yang noktahkan segala pertemuan ini. Tiada yang pahit kecuali yang indah-indah belaka.

Usah kau rasa bersalah kerana semua ini hanyalah ujian kecil dalam kehidupan ini. Tapi biarlah kau tahu kesedihan hati ini. Bukannya aku gembira dengan perpisahan ini. Namun aku tidak terdaya menolak takdir yang telah ditetapkan olehNya. 

Aku bukannya tidak pernah endah dengan semua ini dan bukannya alasan untuk kita menamatkan cerita kita. Tapi inilah yang terbaik untuk kita berdua.

Saturday, 9 February 2019

Takdir ini

Rintik hujan jatuh di halaman rumah telah menyedarkan aku bahawa aku masih lagi berduka. Bagaikan mengerti kesedihan ini sedang melanda diri ini. Aku biarkan manik air mataku membasahi pipi ini, walau ku sapu namun ia makin laju menuruninya.
Takdir ini sukar untuk difahami, betapa aku cuba meletakkan perkataan redha dalam diri ini. Takdir ini melukai hati ini walau aku berjanji bahawa aku tidak akan kecewa lagi. Walau beratnya menduga, menguji hebatnya ketulusan cinta kita berdua namun aku tahu tiada sinar dalam hidup ini. Kita akan tetap mengambil jalan masing-masing. 
Tiada lagi sinar matahari yang menerangi hati ini, betapa kelamnya rasa hari-hari yang mendatang. Dapatkah aku mengeringkan air mata ini? 
Aku hanya mampu berserah kepadamu Tuhan agar memberikan aku kekuatan dalam menempuhi hari-hari ini. 
           Image result for takdir

Di matamu

Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasih mu

[Verse 2]
Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahan mu
Memaksa ku mengundurkan diri

[Chorus]
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hati mu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

[Bridge]
Namun jika ku diperlukan, dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu
Namun jika ku ditolak, tak diperlukan
Buang segala tentang ku

[Chorus]
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

Sunday, 30 December 2018

Rumah Impian



Hanis ingin mencuba mencari jodoh untuk dirinya selepas peningkatan umur. Sebelum ini dia tidak kisah dengan jodoh disebabkan dia mengejar kerjayanya. Tapi selepas melihat seorang demi seorang kawannya berkahwin menyebabkan dia juga teringin merasanya. Lagipun sekarang dia merasakan kesunyian tersebut.
Suatu hari setelah dia mendaftar di Baitul Impian, dia telah menerima mesej salam perkenalan dan menghantar kirim salam sebagai satu permulaan. Hanis agak memilih, maklumlah pasangan hidup untuk selamanya kan. Sehinggalah dia menerima perkenalan daripada seorang duda yang mempunyai empat orang anak yang sedang membesar.
Nama lelaki tersebut adalah Imran. Imran dikatakan bercerai dengan isterinya kerana isterinya lari mengikut wanita lain. Wanita lain…pelik bunyinya kan. Tapi sekarang tiada yang pelik kerana dunia hari ini sudah banyak yang terbalik. Katanya bekas isterinya berkenalan dengan pengkid dan akhirnya terjebak dengan cinta sejenis. Pelik juga sebab mereka sudah lama berkahwin tetapi kenapa cinta boleh beralih arah. Mesti ada sesuatu dalam rumahtangga sehingga bekas isterinya mencari arah yang songsang.
Hanis membuat solat istikharah dalam menentukan pilihannya. Memandangkan ini adalah kali pertama dalam hidupnya dan dia tidak dapat menyiasat lanjut tentang Imran. Baginya Imran sememang lelaki yang tidak sempurna tetapi mahu menerima segala kelemahan yang timbul. Itu adalah salah satu ciri yang membuatkan Hanis cuba menerimannya.
Sepanjang Hanis berfikir, Hanis cuba kongsikan dengan ibunya namun malangnya telah ditentang hebat oleh ibunya. Ibunya berpendapat bahawa ada sesuatu yang berlaku dalam rumahtangga dan mampukah Hanis menjaga keempat anak tiri nanti. Banyak yang perlu Hanis fikirkan tentang masa depan mereka. Jangan fikir dalam masa yang sangat singkat. Hanis terus menangis apabila mengenangkannya.

 Image result for rumah impian


Sunday, 23 December 2018

Pasrah




“Mogana, bila awak nak hantar tugasan terakhir awak? Tugasan yang memerlukan awak kena pergi buat temuramah dengan beberapa orang,” Puan Alisya menelefon Mogana untuk mengingatkan tentang tanggungjawab Mogana.
“Puan, saya tak buat tugasan tersebut dan saya rasa biar sahaja lah. Puan kira sahaja markah berdasarkan apa tugasan yang saya sudah hantar,” Mogana bersuara dengan nada yang takut-takut, bimbang dimarahi.
Apa yang perlu Puan Alisya lakukan sekiranya pelajar enggan menghantar tugasan yang dihantar.
“Apa masalah yang Mogana hadapi?” masih cuba berkompromi dan mengorek kenapa dia enggan melaksanakan tugasan tersebut. Sukar ataupun tidak tahu.
“Tidak ada apa masalah Puan. Saya tak tahu nak buat macam mana,” Mogana bersuara juga selepas dua minit mendiamkan diri.
“Kenapa Mogana tidak bertanyakan saya terlebih dahulu? Saya ingat Mogana faham dengan tugasan tersebut.” Kesal Puan Alisya dengan sikap Mogana yang mendiamkan diri.
“Tak mengapa Puan. Saya pasrah dengan markah kerja kursus saya dan saya kan usahakan yang terbaik untuk peperiksaan akhir saya nanti.” Janji Mogana bersungguh-sungguh.
“Mogana, datang jumpa saya esok jam 10 pagi boleh? Saya akan bagi tugasan yang lain, jawab soalan peperiksaan lepas,” Puan Alisya masih cuba memujuk.
“Saya ada  hal jam 10 pagi Puan. Kalau jam 3 petang boleh ke Puan?” Cuba berunding dalam situasi yang sudah agak genting.
“Baiklah Mogana. Datang jumpa saya. Jangan lupa temujanji kita esok,” Puan Alisya mengakhiri bicara dengan gembira apabila dapat memujuk Mogana.
Image result for tugasan


Bodek



“Puan nampak cantik hari ni,” puji Arif ketika Puan Asyirah mengumumkan gred kerja kursus mata pelajaran umum Tamadun Islam Tamadun Asia.
Senyum Puan Asyirah menerima pujian tersebut sambil membelek gred Arif. Patutlah puji, dia dapat rendah sahaja, mesti ada sesuatu yang dia akan minta, terdetik hati Puan Asyirah.
“Puan, boleh bantu saya tak?” Arif bersuara selepas rakannya Chew berlalu pergi dengan wajah kecewa.
“Apa yang saya boleh bantu Arif?” Tanya Puan Asyirah lembut.
“Saya mahu gred keseluruhan sekurang-kurangnya A-,” terus terang Arif menyatakan tujuannya.
“Boleh Puan bagi apa-apa kerja yang lain sebagai ganti, supaya saya boleh mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam kerja kursus ini,” desak Arif tanpa malu.
“Beginilah Arif, apa usaha yang telah awak lakukan sepanjang berada di dalam kelas saya?” Tanya Puan Asyirah cuba berkompromi dengan permintaan Arif.
“Saya selalu hadir ke kelas dan saya selalu bagi kerjasama. Bukan saya selalu datang ke depan membuat pembentangan ,” Arif cuba menyenaraikan sumbangannya.
“Belum cukup semua itu,” Puan Asyirah menyatakan tanda tidak setuju.
“Habis tu puan, apa yang patut saya lakukan,” nada yang telah menurun, sedih menguasai diri.
“Usaha memang kena ada, apabila tugasan yang diberikan kenalah buat mengikut panduan yang telah diberikan. Apabila ahli kumpulan bermasalah, awak selaku ketua haruslah membuat keputusan dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.” Puan Asyirah berhujah lanjut menyatakan sebab mengapa gred kerja kursusnya agak rendah berbanding kumpulan lain.
“Saya bernasib malang kerana berkumpulan dengan mereka,” terbit kekesalan di hatinya.
“Itu adalah ujian, begitulah kehidupan kita di luar sana, pelbagai lagi ragam manusia yang awak tidak akan jangkakan. Sebab itu awak perlu kreatif dan perlu cepat bertindak dalam sesuatu situasi. Awak kena mainkan peranan sebagai ketua dalam kumpulan ini. Kadang kala kena rela berkorban dengan ahli kumpulan dan ajarlah mereka semua,” penuh nasihat Puan Asyirah mengiringi perpisahan mereka.
“Baik puan. Saya akan usaha sungguh-sungguh dalam peperiksaan akhir nanti,” janji Arif lemah.
 Image result for bodek pensyarah nak markah tinggi