Thursday, 23 November 2023

Perasaan itu

Bagaimana aku nak lawan perasaan ye, tanya Asha semasa sama-sama menonton K drama. 
Apa maksud kau? Tanya Liza sambil menghulurkan kacang tanah kepada Asha
Kau kan tahu bahawa aku suka sangat pada Imran. Tapi aku tahu jodoh aku dengan dia tiada. Dan aku pun tak tahu apa khabar dia sekarang. Cuma sekarang aku mahu melawan perasaan, melupakan kenangan yang pernah kami cipta, luah Asha

Wednesday, 22 November 2023

Lelaki itu

"Tiada lelaki yang mahu halalkan aku," Asha mengadu sedih pada Liza.
"Belum sampai jodoh lagi," pujuk Liza lembut sambil memegang bahu Asha.
"Saya dah berusaha macam-macam, dah masuk Till Jannah, Baitul Jannah, Baitul Muslim dan yang terbaru aplikasi apa ntah. Tapi semuanya tak ingin berkenalan dengan saya, mungkin saya ni tak cantik gigi jongang, gemuk pulak tu," ada nada kesal dihujung suara Asha. 
"Asha, tak baik tau cakap macam tu. Semua ciptaan Allah ni cantik, dan itu adalah subjektif," tegur Mila yang sebelum ini mendiamkan diri, malas mahu camour tangan dan kenal sangat dengan perangai Asha yang susah menerima teguran. 
Asha menarik muka dan berlalu pergi. Mila dan Liza memandang sesama mereka, sudah dapat mengagak tindakan yang akan diambil oleh Asha

Petang yang dingin disebabkan hujan rintik-rintik tu menyebabkan perut Liza berkeroncong, mengidam pula makan jemput bawang. Liza bergegas ke dapur dan rupanya Asha sedang memasak cucur jagung kegemarannya. 
"Elok lah, aku tengah lapar ni," Liza terus mencapai cucur jagung di atas meja. 
"Eh Hello! Tolong letak balik, tu aku buat khas untuk seseorang la," tegas nada suara Asha menyebabkan muka Liza berubah. 
"Wah, siapakah seseorang yang bertuah, adakah aku?" Tiba-tiba Hana muncul di dapur sambil membawa seplastik buah rambutan. 
"Ada la...." Asha ingin menimbulkan tandatanya. 
Serentak mereka bertiga gelak seakan tahu bahawa jawapan itu sahaja, tiada jawapan spesifik. 


Tuesday, 17 October 2023

Sedih

 Episod sedih semakin berulang lagi dalam hidup Mel. Bukan Mel tidak merestui kawan-kawan baiknya seorang demi sorang berkahwin tetapi dia semakin kehilangan dan sunyi. 


Thursday, 28 September 2023

Melangkah pergi

Ketika aku bersedih kerana aku ditinggalkan sendirian apabila kau melangkah pergi meninggalkan diri ini terkapai-kapai, tanpa penjelasan.

Ada yang bertanya tidakkah meletih mengejar benda yang tidak pasti? Mana mungkin letih jika itu yang kita mahukan, yang kita idamkan, yang kita sayang untuk kita lepaskan.

Ada hal yang tidak semua orang mengerti, berilah masa untuk aku bersandar sebentar, merehatkan diri daripada kekusutan ini, semoga ada sinar menanti di depan nanti.

Selama ini kita cuba bertahan namun sekiranya inilah pengakhirannya, kita harus terima dengan redha. Itulah hakikat kehidupan.

Sunday, 27 August 2023

Rindu

Tiba-tiba aku teringatkan mu tetapi aku menahan diri ini daripada mencarimu. Aku ingin berbicara denganmu tapi aku tidak menghubungimu.Aku ingin bertemu denganmu tetapi aku tidak mahu meminta pertemuan ini.  Aku tidak mahu menganggumu, bukan tidak mahu memperjuangkan hubungan kita.

Aku mahu menahan diri, sedar ini yang amat kerdil di matamu, aku tidak layak untuk dirimu, kerana aku tidak ada rupa, aku sedar diri ini. Aku pendam sahaja perasaan ini. Tapi mungkin ini jawapan yang Allah telah berikan untuk kita. 

Sungguh terlalu indah kenangan yang kita cipta ini. Hatiku hancur 

Terus melangkah melupakanmu 
Penat untuk aku terus berdiri disini
Tetapkan dalam minda yang kau bukan segala-galanya
Perlahan-lahan aku akan berjaya melupakanmu 
Azamku untuk kesekian kalinya. 

Berhenti berharap

Aku dengar lagi lagu ini, berpuluh kali beratus kali sehingga ditegur oleh rakan serumahku. 

Berhenti berharap daripada Sheila On 7. 

Mengapa ada derita setelah bahagia tercipta 

Mengapa ada perpisahan setelah ada pertemuan 

Mengapa ada lelah dalam perjuangan 

Mengapa ada sang hitam apabila putih menenangkan

Mengapa aku tidak dapat dakap kegembiraan itu 

Mengapa aku ditakdirkan sebegini 

Usah menangis 

Usah kau kesali 

Terus melangkah melupakanmu 

Tidak perlu pertahankan

Cuba untuk menjauh 

Jangan belenggu hati ini lagi 

Engkau bukan segala bagiku 

Usai sudah cerita kita

Biar hujan hapuskan jejakmu

Kerana ku insan istimewa 

Insan terpilih disisi Allah SWT

Sia-sia

Sia-sia sahaja aku cuba mempertahankannya sedangkan kau membiarkan sahaja ia berlalu. Aku menangis kerana terlanjur mencintaimu, harapan yang aku berikan telah kau musnahkan begitu sahaja. 

Aku tidak mahu salahkan sesiapa tetapi tindakan itu amatlah menyakitkan. Tak bolehkan kau berterus terang kerana aku tahu tak mungkin hati dapat dipaksa untuk teruskan perjuangan ini apabila lelah bertahan. 

Aku tahu bukan mudah mencipta satu keputusan tetapi kita perlu berada dalam realiti, hadapi apa sahaja kemungkinan yang timbul. 

Mengapa timbul keraguan itu? Sebab kita tidak beterus terang dan berbicara panjang. Kita hanya memendam rasa sahaja kan? Itulah punca utamanya.Alasan bukan dicipta tetapi mendatang.

Kenangan itu amat indah, kita pernah menangis tertawa dan ketawa bersama. Semua itu membekas di hati ini, dan kita akui yang kita harus berpisah, kerana kita yang memilihnya setelah penat berjuang.

Adakalanya kita kena buat keputusan dengan cepat, samada bertahan atau pergi. Jangan paksa diri untuk bertahan apabila kita rasa kita tidak dihargai.

Mulai esok aku akan berhenti untuk mengenang segala memori kita. Aku harus membuangnya jauh-jauh seperti mana yang pertama dulu aku buang dalam Sungai Sarawak.

Berhenti berharap........

Jangan kembali lagi dan biarlah kita menjadi asing dan menghilang supaya tiada lagi sekelumit kenangan itu singgah dalam minda ini.

Mencintaimu kembali adalah hal yang sangat mudah, aku cepat goyah. Hilanglah dari radar seolah kita tidak saling mengenali lagi. 

Maaflah kerana aku tidak menepati ciri-ciri yang kau idamkan. Aku bukan yang terbaik untukmu. Aku cuma manusia biasa. Aku berjanji untuk tidak menangis lagi. Aku tahu aku tidak mampu membuatkan kau tersenyum dan bahagia. 

Kau berlari dengan egomu, aku mahu dirimu tetapi kau tidak mahu aku kerana kau tidak berusaha untuk memiliku. Ternyata teori aku benar. 

Sedang aku tetap disini menunggu mu dan ia tetap berakhir. 

Entah kali berapa aku berjanji untuk melupakan mu kerana melupamu tidak semudah seperti mencintaimu.