Saturday, 23 May 2020
Raya yang berbeza
Sunday, 17 May 2020
Pengorbanan
Mengapa aku membenarkan jiwaku ini untuk mencintaimu sedangkan aku tahu bahawa aku tidak mampu memiliki dirimu pun.
Bagaimana aku mahu memilikinya sedangkan ia sudah milik orang lain. Dan aku tidak pernah merasai begini hebat penangan cinta ini, hebatnya pukulan ombak ini mampu melemaskan aku seketika.
Harapan ku hanya palsu sahaja dan semua itu telah berlalu pergi, ku tiupkan
pada angina lalu supaya membawanya pergi jauh dari diri ini. Aku tidak mahu
lagi mengharap dan menunggu detik yang tidak akan muncul.
Walau di hatiku ini masih ada kamu dan seolah aku masih ingin terus memburumu
dalam kehidupan ini.Dan kadang kala aku bagaikan lemah tanpa kamu disisi. Aku
ingin sekali mendampingi dirimu dan sentiasa menemaniku disisi ini.
Aku membiarkan hatiku ini untuk terus merinduimu kerana sakitnya jika kasih itu
tidak tertumpah, tertahan begitu. Walau kadang kala aku ingin menghamparkan
sakitku untuk tatapan dirimu.
Bersamamu harapanku tetapi ia bagaikan hilang dalam terang yang membutakanku.
Kerana aku telah berikan semua segala yang aku ada.
Lemahnya aku ……
Selamat Hari Guru
Warna Kehidupan
Friday, 15 May 2020
Ibu
Saturday, 11 April 2020
Mimpi lagi
Mengapa sepi itu menyinggah hati? Walau seketika cuma namun ia bisa membuatkan aku gentar. Cukuplah sekali kau hadir cum dalam mimpi.
Mimpi itu datang lagi, menggetar jiwa ini. Berlarutan rindu ini boleh membunuhku. Apakah jawapan yang ku idamkan?
Bagaimana mahu ku hapuskan rindu ini? Segalanya kembali segar semula hingga aku sukar melupakan kenangan itu.
Betul.....aku idamkan saat bahagia, saat seperti dulu, yang kita mahukan.
Saat ini aku tetap simpan rasa rindu itu. Suatu hari aku akan titipkan rasa ini. Memang saat ini aku ingin kau berada disampingku, tertawa sama, menangis bersama dan ketawa gembira kita lalui bersama.
Telah aku cuba untuk ku usirkan memori ini namun sukar bagiku. Ia bagaikan menghiris hati ini, aku tidak tega melakukannya.