Beratnya beg ni, tegur Sulaiha kepada Asfarina ketika dia menghantar ke lapangan terbang antarabangsa
Buku-buku, jawab Asfarina pendek sambil membetulkan kain tudungnya yang tersangkut di beg sandangnya.
Ramai juga manusia yang berurusan di kaunter MAS menyebabkan Sulaiha asyik memandang ke kanan dan kiri seolah-olah menantiku seseorang.
Tunggu seseorang ke? Tanya Asfarina apabila melihat kawannya agak resah berbanding dia yang akan menaiki penerbangan selama 10 jam.
Er…er…tak ada, tergagap seketika sambil matanya tunduk memandang lantai.
Masa berlalu bagaikan pantas, pengumuman telah dibuat menandakan Asfarina perlu meminta diri untuk masuk ke dalam. Mereka berpelukan seketika, akhirnya airmata mengalir di pipi mereka.
Doakan saya selamat sampai dan berjaya mencapai cita-cita, Asfarina