Thursday 17 March 2016

Surat untuk Nora

DERITA INI
Surat ini aku tulis buat saya baik ku Nora.
Sakitnya membahang terasa bagaikan dicucuk-cucuk apabila menahan getaran ini. Bagaimana mahu aku lakukan jika pagar berduri mahu aku rempuhi. Sudah aku jangkakan bahawa sakitnya terkena duri dan tajamnya ia.
Sekuat aku mencuba melupakan kenangan lalu tetapi kenapa aku tidak sanggup. Adakah waktu yang tidak berpihak ataupun ini jalan yang terbaik. Puas aku mencari alasan supaya luka itu tidak makin parah tetapi aku semakin terluka.
Naluriku mendesakku untuk terus dibuai mimpi walaupun ia amat menyakitkan aku. Mengapa semua ini terjadi, tidak pernah terdetik aku memintanya datang. Mengapa? Aku masih mempersoalkannya. Adakalanya aku kalah dengan ujian ini, aku tidak sekuatmu Nora. Aku lemah terutama apabila kau tiada di sisiku.
Sememangnya aku mempuyai prinsip untuk tidak mahu meruntuhkan istana yang dibina. Tapi bagaimana dengan istana impianku, hanya kaca berderai sahaja ker? Walaupun banyak pentunjuk diberikan tetapi kenapa aku gagal menerimanya. Kenapa aku enggan beranjak sehingga sakitnya kepedihan bagaikan sembilu menghiris, bagaikan pisau menikam, bagaikan duri mencucuk, aku tetap bertahan demi sebuah ikatan yang tidak tergambar.
Haruskan aku akhiri dan tanggalkan semua hiba ini? Sekali lagi aku persoalkan diri ini. Mengapa jalan ini yang aku pilih sedang aku ketahui penuh onak duri yang bisa melukakan hati ini.
Aku bagaikan kehilangan arah sejak dua menjak ini, Adakalanya terdetik rasa pilu apabila melihat kebahagiaan rakan-rakan. Aku cuba mengerti hikmah di sebuah perpisahan dan takdir yang tercipta tetapi aku sengaja melontarkannya.
Banyak yang nikmat Allah telah berikan padaku, cuma sebuah cinta murni belum lagi diputikkan untukku, dan aku tidak pernah mengecapinya lagi hingga saat dan detik ini. Mungkin ini hikmat supaya aku memburu cinta kepada Pencipta kita ini.
Aku harus meninggalkan mu yang sememangnya tidak ditakdirkan bersama

Sakitnya….

Sunday 13 March 2016

SIKAP

"Miss Natalie ni mesra ataupun tidak?" Tanya seorang pelajar baru yang agak mengejutkan Natalie. Terkejut apabila ditanyakan tiba-tiba dan keberaniannya bertanyakan sedemikian.
"Miss, kawan saya beritahu bahawa Miss ni garang," seorang lagi kawannya memberitahu dengan nada yang rendah, bimbang Miss Natalie melenting tiba-tiba.

Balik daripada kelas, Miss Natalie mengambil cermin merenung diri, teruk sangatkah dia, garangkah dia? Tidak mesra sangat ke dia dengan pelajar dia? Sedangkan ada segelintir sampai sekarang masih bertegur sapa dengan dia, menyambung hubungan dalam facebook, twitter dan instagram. Natalie tersenyum sendiri, bukan bangga tetapi cuba mengambil pendekatan seterusnya, strategi mengubah diri.

"Naim, aku ni teruk sangat ker?" Natalie bertanya pada rakan sekerjanya.
"Aku ada juga mendengar dari beberapa pelajar yang menyatakan sedemikian," Fadzli menyampuk apabila melihat Natalie seakan keresahan.
"Apa yang patut aku lakukan?" Tanya Natalie sambil membetulkan tudungnya yang senget.
"Buat macam biasa sahaja, Kita kena ada karekter kita sendiri. Biar pelajar tahu," Fadzli menyambung lagi sedangkan Naim berkerut dahinya mungkin sedang memikirkan sesuatu ataupun menyusun ayat.
"Kita ni kena tegas bertempat, adakalanya kita boleh menjadi kawan rapatnya, kita kena cipta jurang antara mereka supaya mereka tetap hormat pada kita. Kitakan pelakon terhebat terutama dengan budak hingusan lagi, kena pandai ambil hati mereka supaya mereka ni berminat datang ke kelas kita dan mengikuti kelas kita sampai habis," akhirnya Naim mengemukakan pendapatnya.

"Aku paling pantang kalau pelajar datang lambat dan hantar lambat tugasan yang diberikan," Natalie cuba mempertahankan prinsip yang diamalkan.

"Kitakan kena ikut zaman sekarang ni, zaman abad ke 21 cuba memahami remaja generasi Y sekarang ni," Naim menambah lagi

Itulah yang Natalie suka, Naim dan Fadzli selalu memberikan pendapat dan sentiasa bersama susah senang bersama.


Tuesday 8 March 2016

Derita ini


Surat ini aku tulis buat saya baik ku Nora.
Sakitnya membahang terasa bagaikan dicucuk-cucuk apabila menahan getaran ini. Bagaimana mahu aku lakukan jika pagar berduri mahu aku rempuhi. Sudah aku jangkakan bahawa sakitnya terkena duri dan tajamnya ia.
Sekuat aku mencuba melupakan kenangan lalu tetapi kenapa aku tidak sanggup. Adakah waktu yang tidak berpihak ataupun ini jalan yang terbaik. Puas aku mencari alasan supaya luka itu tidak makin parah tetapi aku semakin terluka.
Naluriku mendesakku untuk terus dibuai mimpi walaupun ia amat menyakitkan aku. Mengapa semua ini terjadi, tidak pernah terdetik aku memintanya datang. Mengapa? Aku masih mempersoalkannya. Adakalanya aku kalah dengan ujian ini, aku tidak sekuatmu Nora. Aku lemah terutama apabila kau tiada di sisiku.
Sememangnya aku mempuyai prinsip untuk tidak mahu meruntuhkan istana yang dibina. Tapi bagaimana dengan istana impianku, hanya kaca berderai sahaja ker? Walaupun banyak pentunjuk diberikan tetapi kenapa aku gagal menerimanya. Kenapa aku enggan beranjak sehingga sakitnya kepedihan bagaikan sembilu menghiris, bagaikan pisau menikam, bagaikan duri mencucuk, aku tetap bertahan demi sebuah ikatan yang tidak tergambar.
Haruskan aku akhiri dan tanggalkan semua hiba ini? Sekali lagi aku persoalkan diri ini. Mengapa jalan ini yang aku pilih sedang aku ketahui penuh onak duri yang bisa melukakan hati ini.
Aku bagaikan kehilangan arah sejak dua menjak ini, Adakalanya terdetik rasa pilu apabila melihat kebahagiaan rakan-rakan. Aku cuba mengerti hikmah di sebuah perpisahan dan takdir yang tercipta tetapi aku sengaja melontarkannya.
Banyak yang nikmat Allah telah berikan padaku, cuma sebuah cinta murni belum lagi diputikkan untukku, dan aku tidak pernah mengecapinya lagi hingga saat dan detik ini. Mungkin ini hikmat supaya aku memburu cinta kepada Pencipta kita ini.
Aku harus meninggalkan mu yang sememangnya tidak ditakdirkan bersama

Sakitnya….

Monday 7 March 2016

CAMPUR


“Eh betul ke Amy dengan Vemal?” Tanya Lya kepada Hanim sambil menunjukkan IG Amy.
“Biar betul,” Hanim terkejut melihatnya.
“Tapi Amy tu keluarga campur memang dah terbiasa rasanya,” Lya menunjukkan gambar-gambar yang lain.
“Tapi mereka berdua macam secocok sahaja,” akhirnya Hanim mengangguk tanda setuju dengan hubungan mereka berdua.
“Cuma…..,” ayat itu tergantung dan masing-masing mengerti apa yang ingin dinyatakan.
Hanim mendoakan semoga tidak ada yang terpesong . Dan sepatutnya Hanim Nampak satu jalan iaitu mendakwah supaya mereka berdua kembali kepada pencipta mereka berdua.


KEBIMBANGAN


“Fara, kenapa Fatin menangis?” Soal mentor Fara iaitu Cik Nurul Jannah.
“Er…er….,” teragak-agak Fara serba salah tergambar di wajahnya. Dia menjungkit bahunya tanda tidak tahu.
“Fatin…..awak ada masalah ker?” Cik Jannah cuba memulakan perbualan.
“Saya ada masalah keluarga Cik Jannah,” beritahu Fatin setelah menyapu airmatanya yang mengalir laju.
“Ibu bapa saya Nampak sahaja macam tidak berpisah tetapi sebenarnya mereka tidak tinggal sebilik lagi. Mereka tidak bercerai disebabkan kami berdua,” luah Fatin teragak-agak.
“Kenapa jadi macam tu?” Tanya Cik Jannah.
“Entahlah…saya pun tidak tahu punca sebenarnya. Tapi ia menganggu pembelajaran saya. Adik saya pun sama, selalu keluar daripada rumah cuba mencari hiburan disebabkan serabut apabila ibu dan bapa saya ada di rumah. Mereka selalu bergaduh, kadang kala hal-hal yang kecil sahaja,” sedu sedan Fatin bercerita.
“Mereka pergi ke pejabat agama tak? Kaunseling ker?” Cik Jannah cuba mengatur ayat supaya tidak mengguris hati Fatin.
“Saya tidak dibenarkan masuk campur dalam hal mereka. Saya akan dimarahi oleh mereka,” Fatin menyeka airmatanya yang semakin laju.
“Cik Jannah….saya juga mengalami masalah kewangan ini. Masing-masing mengharapkan untuk membayar yuran saya dan mereka juga berbalah pasal ini. Sampai sekarang saya sudah berhutang sebanyak RM3000 lebih. Saya risau jika saya tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir nanti,” nada suaranya makin lemah, tenggelam timbul.
Selepas beberapa minggu, Cik Jannah mendapat aduan daripada rakan-rakannya menyatakan bahawa Fatin Nabila tidak datang kelas dan tidak mengambil beberapa ujian. Khabarnya dia tidak dapat dihubungi.
Cik Jannah berusaha menjejaki tempat tinggal Fatin berpandukan alamat yang pernah diberikan kepada mentor dalam borang biodata. Cik Jannah berjaya menjejaki rumah tersebut tetapi tiada penghuni di dalamnya. Bertanyakan jiran-jirannya semuanya tidak mengetahui. Cik Jannah juga gagal menghubungi nombor telefon ibu ataupun bapa Fatin. Pelbagai persoalan yang menjengah minda.
Setelah beberapa hari mencari Fatin dengan bantuan rakan-rakan Fatin dan beberapa pensyarah yang lain, akhirnya diketemui jawapan tersebut. Nenek sebelah ayah Fatin sakit dan mereka bergegas balik kampong sehingga terlupa untuk memberitahu jiran dan rakan terdekat. Peristiwa itu adalah hikmah terbesar dalam keluarga Fatin apabila keluarga tersebut bersatu kembali.


KEPASTIAN


“Assalamualaikum  ustazah Aishah,” sapa seorang perempuan di awal 40an setelah Aishah menolak pintu pejabatnya.
“Waalaikumussalam,” jawab Aishah sambil mempersilakan perempuan tersebut duduk.
“Saya ibu kepada Nurul Amalina, pelajar ustazah pengajian Islam. Panggil saya Puan Marina,” Puan Marina memperkenalkan diri. Wajahnya agak tegang menyebabkan Aishah merasa getar.
“Saya sebenarnya datang dari jauh inginkan kepastian. Betul ke Nurul Amalina gagal dalam kerja kursusnya?” Soal Puan Marina tanpa bertangguh bagi menyatakan hajatnya.
“Dia tidak datang untuk buat hafazan. Hafazan tu hanya doa-doa yang biasa kita amalkan dalam kehidupan seharian kita,” jawab Aishah jujur.
“Itu hanya 10 peratus sahaja kan?” Duga Puan Marina, riak ketidakpuasan hati masih jelas tergambar.
“Ya dan dia gagal untuk membuat persembahan drama seperti yang dirancang. Walaupun saya sudah bagi alternatif tetapi disebabkan dia tidak menyatakan kenapa dia gagal hadir, markah perlu ditolak untuk keadilan kepada semua. Projek Dakwah Jalanan pun dia buat ala kadar sahaja, kawan-kawannya menilainya rendah kerana dia tidak memberikan kerjasama. Apabila dicampur semua markah, banyak markah yang hilang,” penjelasan Aishah yang sedikit tegas.
“Saya bayar berbelas-belas ribu untuk dia belajar dan dia gagal dalam subjek pengajian Islam. Sedangkan saya dan ayah dia memberikan pendidikan yang cukup sempurna untuk dia,” balas Puan Marina tanda protes lagi.
“Puan, saya tidak pernah terdetik untuk gagalkan pelajar saya semua. Tapi apabila mereka tidak melakukan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin, apa lagi yang saya boleh bantu,” getaran suara Aishah kedengaran. Agak susah menerima alasan yang diberikan dan perlu mempertahankan prinsip hidupnya. Tidak ada pensyarah yang gembira melihat pelajarnya gagal. Kegagalan pelajar adalah kegagalan pensyarahnya juga.
“Puan, dia berpeluang untuk lulus lagi kerana kerja kursus itu hanyalah 70 peratus sahaja. Dia masih berpeluang sebanyak 30 peratus,” terang Aishah.
“Tapi 30 peratus tu sedikit sahaja, sedangkan yang 70 peratus pun dia boleh gagal,” Nada kecewa masih lagi kedengaran.
“Puan jangan bimbang. Doakan semoga dia berjaya,” bicara penutup perbualan kami.


Sunday 6 March 2016

JODOH


“Pelik betul la awak ni Maya. Tak pernah saya jumpa orang macam ni, “ tegur Suhana kepada kawannya Maya yang terlalu minat yang mendalam kepada satu kumpulan Pop Jepun yang tidaklah popular mana di Jepun.
“Ye lah, sampai boleh hafal lagu dan semua benda yang berkaitan dengan kumpulan tu, Maya ada. Ini pertama kali saya jumpa perangai macam ni,” tambah Rohani menyokong apa yang diperkatakan oleh Suhana.
“Ala…biarlah saya tak kacau orang,” jawab Maya sambil mulutnya menyanyi mengikut lagu kegemarannya.
Setiap hari datang kerja, Maya tidak pernah melepaskan peluang menonton konsert kumpulan kegemarannya itu. Dia juga mempunyai kumpulan whatsapp berbincang tentang lagu baru dan apa sahaja aktiviti kumpulan tersebut. Maya mempunyai koleksi CD atau DVD kumpulan tersebut.
“Eh…tu lagu apa tu? Tanya Maya kepada Hairul yang sedang khusyuk mendengar lagu popular yang dimainkan oleh Hairul setiap petang.
“Lagu ni awak tak tahu?” Wajah Rohani berkerut kerana lagu itu adalah lagu popular setelah demam Bollywood kembali bertapak di Malaysia gara-gara kemunculan kembali Shah Rukh Khan dan Kajol. Betapa kegilaan Maya kepada Pop Jepun menyebabkan dia tidak menghiraukan dunia lain.
“Ju, Su dan Kak Ha, saya kan kalau nak kahwin, saya nak macam ahli kumpulan tu,” angan-angan Maya.
Kami semua tersenyum sahaja maklumlah kami sudah agak bagaimana citarasa dia terhadap lelaki. Ju bagitahu bahawa dia sebenarnya putus cinta sebelum ini. Teman lelaki dia sebelum ini adalah lebih kurang dengan pemuda Pop Jepun iaitu Takuya Kimura ataupun Kimutaku. Tapi jodoh mereka tidak kesampaian kerana ada beberapa masalah keluarga yang tidak dapat di elakkan.
“Maya, ada orang nak kenal dengan awak, orang Jepun,” duga Julia suatu hari sambil tersenyum-senyum.
“Ye ker? Mana? Siapa nama dia? Islam ker?” banyak pula soalan yang ditanya oleh Maya sambil tergelak kecil.
“Serius ni,” Julia cuba bersuara tegas. Suhana dan Rohani hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua. Layankan sahaja feel mereka yang semakin menjadi sekarang ini.
“Assalamualaikum! Boleh saya bertanya? Saya sedang mencari kedai membuat kunci pintu tapi tak jumpa. Ada tak kat Giant ni sebenarnya?” Pemuda yang tidak dikenali bertanyakan soalan tersebut kepada Suhana.
“Waalaikumussalam. Ada sebenarnya, di hujung sana sebelah KFC dan berhadapan dengan kedai buku second hand,” laju sahaja Maya membalasnya sambil tangannya menunjukkan arahnya.
“Err….terima kasih,” teragak-agak mengucapkan perkataan tersebut kerana mungkin dia tidak menjangkakan bahawa Maya akan membalas pertanyaannya. Mungkin dia melihat Maya dan Julia sibuk bercerita tadi.
“Ju….carilah seorang lelaki macam Kimutaku tu. Maya ingat nak kahwin tahun ni la. Jeles jugak tengok ramai kawan-kawan universiti sudah berumahtangga,” Maya meluahkan perasaannya.
“La…ingatkan tak nak kawin,” Rohani mengusiknya
“Ye la…siang malam asyik dok berkepit dengan Kimutaku. Dan bersedia nak melepaskan dia ker?” Suhana pula menyambungnya.
“Tapi saya nak pastikan lelaki a.k.a bakal suami saya ni orang yang bersetuju dengan minat saya dan tidak akan menghalang saya daripada minat dengan Pop Jepun ni,”
“Ala ......kalau dah ada suami, Kimutaku tu ke laut lah,”
“Tak…saya tetap setia padanya.” Kata-katanya disambut dengan gelak ketawa oleh semua.
Ketika kami semua keluar di tempat meletak kereta, kami disapa lagi oleh pemuda tadi. Orangnya tinggi kurus, kulitnya putih, matanya agak sepet dan rambutnya beralun sedikit hampir menutupi dahinya yang luas.
“Maaf boleh saya bertanya lagi? Saya masih baru di sini?” ujar pemuda tadi tanpa segan.
Kami berempat memandang sahaja dengan penuh keraguan, maklumlah sekarang ini banyak pula kedengaran cerita yang kurang menarik.
“Boleh saya dapatkan nombor telefon saudari,” pemuda itu bersuara sambil menunjukkan tangannya kepada Maya. Kami semua terkejut dengan keberaniannya.
“Untuk apa ye?” Berani pula Maya bersuara dengan nada seriusnya.
“Saya ingin berkenalan dengan lebih lanjut.” Pemuda tersebut menghulurkan kad perniagaannya.
“Maaf saya tidak berminat.” Ayat penamat dan menyebabkan kami semua terkejar-kejar mengikut Maya yang bergerak pantas.
Selang beberapa hari kemudian, Maya menerima emel daripada orang yang tidak dikenali dan Maya mengabaikannya.
“Maya, orang tu ada hubungi tak?” Su bertanyakan semasa berbual petang sambil menghirup air kopi yang dibuat oleh Julia.
“Macam mana dia nak hubungi akak oooiii kalau orang tu jual mahal,” Julia menjawab laju sahaja.
“Tapi kan Maya, akak tengok muka dia ada iras-iras Kimutaku la,” Rohani cuba mengacah
“Maya, ada panggilan telefon daripada Info Centre,” laung Sharmini
Selepas menerima panggilan telefon bergegas Maya turun ke tingkat satu untuk mengambil bungkusan yang dikirimkan oleh orang misteri.
“Maya beli apa tu?” Tegur Suhana apabila melihat Maya sedang mengelek bungkusan kecil.
“Entahlah kak, siapalah pengirimnya. Boleh pula tidak letak nama. Bagaimana mahu saya ucapkan terima kasih,” Maya cuba menutupi kegugupan apabila menerima hadiah misteri. Nak kata surprise birthday, lambat lagi hari lahirnya.
“CD Takuya Kimura.” Maya memegang CD tersebut sambil mukanya berkerut memikirkan siapa yang cuba membuat kejutan.
“Mesti Kak Haira ataupun Abang Madi ni,” teka Maya sambil menekan telefon bimbitnya menghantar Whatsapp bertanyakan mereka berdua.
“Ju, Su dan Kak Ha, Kak Haira dan Abang Madi kata mereka tidak pernah menghantar CD ni. Agak-agak siapa ye?” Maya cuba menyelesaikan misteri penghantar CD.
“Maya ada peminat misteri. Entah-entah pemuda tempohari,” Suhana cuba menyelesaikan masalah tersebut.
“Takkan saya nak hantar mesej tanyakkan, eh awak ke yang hantar CD,” Maya bersungut sambil tangannya lincah menaip tugasan yang diberikan.
Penghantar misteri itu masih tidak terjawab sehinggalah seminggu kemudian barulah Maya membuka cerita kembali.
“Kak Ha, tahu tak siapa penghantar CD tu?” Maya berbisik sahaja risau heboh satu pejabat nanti.
“Siapa?” Kak Ha tidak sabar mengetahui jawapannya.
“Dia sebenarnya ada menghantar emel pada Maya bertanyakan tentang itu tetapi emel tu masuk dalam spam. Mujurlah Allah gerakkan hati Maya ini untuk  tengok yang spam sebelum delete tadi. Rupanya pemuda tempohari yang hantar CD tu.” Terlerai misteri tersebut.
Bagaimana pemuda a.k.a. Asyraf mengetahui minat yang mendalam Maya. Sebenarnya masa kami makan tempohari, dia terdengar perbualan kami dan dia juga merupakan peminat Takuya Kimura kerana dia pernah belajar di Jepun. Dia seorang jurutera di sebuah syarikat terkenal. Dia sememangnya mencari calon isteri yang mempunyai minat yang sama. Disebabkan itulah dia tidak teragak-agak mahu berkenalan dengan Maya kerana dia merasakan itulah petunjuk daripada Allah SWT.


Dia tercipta untukku

DIA  
Ina tersenyum sahaja apabila nama pujaan hatinya disebut. Biarpun tidak mampu mendapatnya, sekadar mendengar nama pun hatinya sudah berbunga bahagia.
Cinta baginya sukar di ungkap, cukuplah di simpan di dalam hati sahaja. Siapakah jejaka yang bertakhta di hati ini itu? Jejaka berduri kerana sudah dimiliki tetapi kerana perwatakannya seorang lelaki yang matang dan mampu menangani masalah membuatkan hati Ina cair.
“Ina,tadi kami nampak abi,” terkekek-kekek Ain sambil memandang muka Ina yang sudah berubah.
“Mana, tak nampak pun,” sambil mata Ina melilau mencari kelibat yang dipanggil abi oleh Ain tadi.
“Ala,,,tu tadi terserempak ketika dalam lif. Nampak macho betul kan dia,” sengaja Ain menggoncang hati Ina yang tidak keruan sejak akhir-akhir ini.
Maria sudah mula ketawa tanpa henti. Memang terkenal di kalangan pejabat, Maria ini kalau sudah mula susah sangat mahu berhenti. Tapi gelagatnya menghiburkan kami semua. Kalau tiada gelak ketawa di pejabat, mesti ada sesuatu yang berlaku samada Maria cuti sakit ataupun merajuk dengan tunangnya.
Lelaki yang menjadi pujaan hati Ina itu bernama Redzuan. Orang sudah berumur pertengahan 40an, segak bergaya, mempunyai kumis yang nipis, tinggi dan berbadan nipis sahaja. Dia sudah mempunyai seorang isteri yang cantik dan sepasang cahayamata yang sudah bersekolah. Namun karismanya mampu membuatkan ramai wanita di luar sana jatuh cinta padanya.
Ina hanya mencintainya dalam diam, sudah lima tahun dia menyimpan perasaan itu, terbuai-buai perasaan itu sekali sekala sahaja. Apabila dia muncul di pejabat sebelah hatinya terpaut tetapi kalau dia lama tidak muncul kenangan itu bertebaran sama. Namun sekarang ini kerap pula dia menjadi penghuni di pejabat sebelah menyebabkan hatinya sentiasa berkocak kencang setiap kali bersua. Tambahan pula kalau dia menghadiahkan senyuman buat semua orang.
Suatu hari ketika Ina berpapasan dengan dia pujaan hatinya, Ina disapa olehnya. Hati ini tidak keruan bagaikan sedang berlari jarak jauh dup dap yang tidak berhenti. Seharian Ina senyum dan tersengih seorang. Daripada itu bermula episod hidupnya.
Suati hari itu Ina terkejut apabila menerima seorang tetamu, wanita di awal usia 40an. Apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai isteri dia, Ina lagi terkejut. Ina tidak keruan, adakah dia akan menikam Ina kerana cuba merampas suaminya? Adakah dia datang untuk memberi amaran pada Ina? Tapi seingat Ina, dia tidak ada apa-apa hubungan dengan dia, sekadar bertegur sapa sahaja jika bertembung.
Nyata hajat isterinya membuatkan Ina lagi tidak keruan. Permintaannya sangat pelik, bayangkan seorang isteri datang meminang untuk suaminya. Ina terfikir, isteri dia ni betul ke tidak. Sememangnya jawapan yang Ina mahu bagi ialah ‘ya’, tetapi dia harus menjaga perasaan semua orang. Apatah lagi umi Ina seorang yang penentang poligami. Bagaimana mahu harus Ina sampaikan pada umi. Apatah lagi dia adalah pujaan hati Ina. Cuma satu lagi halangannya, dia bukan sekampung dengan Ina. Itu juga halangan utama keluarga Ina. Banyaklah halangan yang Ina nampak di depan matanya.
Sudah dua minggu selepas kejadian itu Ina tidak nampak kelibat dia di pejabat sebelah. Segan pula mahu bertanyakan Khairil, Muna ataupun Aini. Nanti dikatakan perempuan gedik yang terhegeh-hegeh. Ina mula resah, hatinya sudah tawar. Segala gelak ketawa yang di buat oleh Maria tidak mampu menghiburkan dia lagi. Makan tidak lalu, mandi tidak basah dan tidur tidak lena.
“Aini, bagaimana dengan isteri Encik Redzuan?” Tanya Rizan di dalam lif dan telah membuatkan Ina tersentak. Itulah punca kenapa Ina tidak nampak kelibat dia lagi. Isterinya sedang bertarung dengan penyakit kanser. Dan adakah dengan itu juga isteri dia datang meminang Ina kerana dia sudah menjangkakan bahawa dia akan pergi tidak lama lagi. Bagaimana harus Ina lakukan, Ina tidak pernah berbincang dengan sesiapa pun tentang hajat isteri dia. Dia pun tidak pernah menghubungi Ina.
Ina cuba mencari nombor telefon dia dan cuba menghantar pesanan ringkas bertanya khabar tentang isterinya. Itupun selepas lama Ina berfikir samada wajar ataupun tidak di saat isteri dia memerlukan dia berada di sisinya.
Selepas beberapa hari Ina mendapat pesanan daripada dia yang menyatakan isterinya tengah nazak. Ina hanya mendoakan supaya semuanya selamat. Ina mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja bukan tidak simpati tetapi tidak wajar dan sesuai di waktu ini mengambil kesempatan.
Selang beberapa minggu kemudian selepas menerima berita lewat dua hari bahawa isteri dia telah kembali kepada pencipta kita, Ina menerima sepucuk surat bercop daripada negeri sebelah. Surat yang ditulis tangan oleh isteri dia, masih lagi tidak berputus asa untuk meminang Ina untuk suaminya. Ina sangat terkejut selepas menerima surat tersebut. Ina tanpa berfikir panjang mengambil cuti kecemasan dan kembali ke kampung berjumpa dengan umi dan abi. Ina rela menerima apa sahaja keputusan keluarganya.
Ina tersenyum girang apabila keluarganya tidak mempunyai halangan dan menganggap semua itu adalah wasiat yang perlu ditunaikan cuma umi bimbang tentang penerimaan anak tiri Ina. Ina mengucap syukur kerana semua ini di permudahkan dan diterima. Rasa macam tidak percaya sahaja.
Selepas enam bulan kematian isteri dia, Ina disatukan dengan jejaka macho yang Ina idamkan selama ini. Majlis berjalan secara sederhana dan anak-anak dia boleh menerima pengganti ibu mereka.
Terima kasih Allah kerana memberikan cinta itu dan menyatukan cinta itu.