Monday 18 January 2010

Sekali lagi

Hidup ini amatlah sukar, kerana setiap kali aku cuba mendedahkan rahsia hati ini, setiap kali ku rasakan kau tidak mengerti. Aku cuba memanggil kembali kenangan dulu datang menyapa dirimu ini yang tenggelam. Tidak kira berapa kali masa akan berubah, hatiku tetap sedih, menangis tanpa alunan lagu. Sekali lagi aku terluka, setiap kali aku tersenyum, kenangan itu datang, setiap kali aku sunyi, kenangan itu menyapa. Rasa cinta itu menyakitkan, ketawa dan tangisan ini hanyalah untukmu. Sekali lagi, seperti mentari di atas sana, membaranya cintaku yang semakin mekar...selamanya untuk mu. Aku rindukan wajahmu yang mendamaikan itu, yang mampu menenangkan diri ini, laksana payung yang akan melindungiku dari hujan panas. Tika aku menyeka air mata ini, aku menanti saat itu datang kembali bertamu. Datangnya bintang memberikan aku cahaya dalam meniti sinar ini, mengharapkan esok datang bahagia. Sekali lagi berjanji dalam diri ini, esok akan datang bahagia yang boleh kami kongsi bersama, segala gembira akan aku kongsi bersama untuk dipahatkan dalam ingatan.

Adakah kamu tahu

apabila datangnya sinar pagi , aku cuba membuka mataku ini. Aku pasti cinta itu datang tika ia masih segar dalam mindaku ini. Aku cuba nyanyikan lagu cinta buatmu....menghidangkan resepi cinta buat kita berdua. Hanya padamu...aku lahirkan kalimah keramat ini bersama ketulusan hati. Adakah kau mempunyai rasa yang sama denganku ini? Adakah kau dengar apa rasa hati ku tika saat ini. Lihatlah padaku, pandanglah daku ini...senyuman ku hadiahku buatmu. Senyuman ini ibarat bunga yang sedang kembang, menyerikan pagi dan menceriakan suasana. Cubalah lihat keindahan dunia ini, tidakkah ini menggembirakan kita berdua...kemanisan cinta yang kita kecapi saat ini amatlah berharga, membuatkan aku tersenyum.
Tika angin menyapa diriku ini, aku terkelip melihat wajahmu, melihat dirimu senyum pada diriku dan aku melihat seolah-olah engkau dapat merasakan apa yang ku rasa tika saat ini. Janjilah padaku, kau sentiasa akan menemani ku ini.
Mengapa kenangan ini masih lagi basah...sudah lama aku cuba padamkan kerana aku masih ingat kata-kata keramatmu yang mengatakan aku bagaikan kotoran yang ingin kau hapuskan.....mengapa kau begitu kejam terhadap diriku ini?

Kerana aku tidak faham

Walaupun aku tahu yang aku tak mampu memilikmu, dan walaupun mataku memandang ke arah lain tapi hatiku tetap memahat namamu. Masih ku ingat memori yang telah kita pahatkan bersama, masih segar dan basah dalam ingatan ini, setiap kali aku rindukan mu, hatiku sentiasa sedih dan airmata menjadi teman pada pipiku. Apabila aku menatap wajahmu walau dari kejauhan tepai aku tahu aku akan gembira, biarpun kau tidak tahu derita hatiku ini, biarpun sampai akhirpun kau melihat aku sebagai masa silammu yang akan kau padamkan. Tika rindu datang menyapa, hatiku terasa begitu sakit, kata-kata keramat sentiasa bermain di bibirku ini, sekali lagi airmataku tumpah, sekali lagi rindu ini amat menyakitkanku, siksa hati ini menunggu dirimu datang menyapaku.
Dapat ku jangka, tiada namaku terpahat dalam mindamu, apatah lagi memori silam. Tetapi aku sentiasa mencari dirimu, mencipta kenangan bersamamu. Kerana bagiku, cinta itu penuh misteri, dan akan sentiasa dikelilingi keindahan yang tidak mampu diterjemahkan. Senyumanmu membangkitkan diri ini, mengubat hati yang sentiasa dipanah getir, membalut luka yang mendalam.
Tika aku mengharapkan kau tidak datang untuk mengucapkan selamat tinggal, kau datang dengan senyuman memberikan aku hadiah terakhirmu itu. aku masih memerlukan dirimu, aku kaku pabila didepanmu, hatiku bagai ditoreh apabila kau datang mengucapkan kata keramat itu. pengharapanku semakin lama semakin tipis untuk kau kembali kesisiku ini.