Thursday 28 September 2023

Melangkah pergi

Ketika aku bersedih kerana aku ditinggalkan sendirian apabila kau melangkah pergi meninggalkan diri ini terkapai-kapai, tanpa penjelasan.

Ada yang bertanya tidakkah meletih mengejar benda yang tidak pasti? Mana mungkin letih jika itu yang kita mahukan, yang kita idamkan, yang kita sayang untuk kita lepaskan.

Ada hal yang tidak semua orang mengerti, berilah masa untuk aku bersandar sebentar, merehatkan diri daripada kekusutan ini, semoga ada sinar menanti di depan nanti.

Selama ini kita cuba bertahan namun sekiranya inilah pengakhirannya, kita harus terima dengan redha. Itulah hakikat kehidupan.