Sunday 27 August 2023

Rindu

Tiba-tiba aku teringatkan mu tetapi aku menahan diri ini daripada mencarimu. Aku ingin berbicara denganmu tapi aku tidak menghubungimu.Aku ingin bertemu denganmu tetapi aku tidak mahu meminta pertemuan ini.  Aku tidak mahu menganggumu, bukan tidak mahu memperjuangkan hubungan kita.

Aku mahu menahan diri, sedar ini yang amat kerdil di matamu, aku tidak layak untuk dirimu, kerana aku tidak ada rupa, aku sedar diri ini. Aku pendam sahaja perasaan ini. Tapi mungkin ini jawapan yang Allah telah berikan untuk kita. 

Sungguh terlalu indah kenangan yang kita cipta ini. Hatiku hancur 

Terus melangkah melupakanmu 
Penat untuk aku terus berdiri disini
Tetapkan dalam minda yang kau bukan segala-galanya
Perlahan-lahan aku akan berjaya melupakanmu 
Azamku untuk kesekian kalinya. 

Berhenti berharap

Aku dengar lagi lagu ini, berpuluh kali beratus kali sehingga ditegur oleh rakan serumahku. 

Berhenti berharap daripada Sheila On 7. 

Mengapa ada derita setelah bahagia tercipta 

Mengapa ada perpisahan setelah ada pertemuan 

Mengapa ada lelah dalam perjuangan 

Mengapa ada sang hitam apabila putih menenangkan

Mengapa aku tidak dapat dakap kegembiraan itu 

Mengapa aku ditakdirkan sebegini 

Usah menangis 

Usah kau kesali 

Terus melangkah melupakanmu 

Tidak perlu pertahankan

Cuba untuk menjauh 

Jangan belenggu hati ini lagi 

Engkau bukan segala bagiku 

Usai sudah cerita kita

Biar hujan hapuskan jejakmu

Kerana ku insan istimewa 

Insan terpilih disisi Allah SWT

Sia-sia

Sia-sia sahaja aku cuba mempertahankannya sedangkan kau membiarkan sahaja ia berlalu. Aku menangis kerana terlanjur mencintaimu, harapan yang aku berikan telah kau musnahkan begitu sahaja. 

Aku tidak mahu salahkan sesiapa tetapi tindakan itu amatlah menyakitkan. Tak bolehkan kau berterus terang kerana aku tahu tak mungkin hati dapat dipaksa untuk teruskan perjuangan ini apabila lelah bertahan. 

Aku tahu bukan mudah mencipta satu keputusan tetapi kita perlu berada dalam realiti, hadapi apa sahaja kemungkinan yang timbul. 

Mengapa timbul keraguan itu? Sebab kita tidak beterus terang dan berbicara panjang. Kita hanya memendam rasa sahaja kan? Itulah punca utamanya.Alasan bukan dicipta tetapi mendatang.

Kenangan itu amat indah, kita pernah menangis tertawa dan ketawa bersama. Semua itu membekas di hati ini, dan kita akui yang kita harus berpisah, kerana kita yang memilihnya setelah penat berjuang.

Adakalanya kita kena buat keputusan dengan cepat, samada bertahan atau pergi. Jangan paksa diri untuk bertahan apabila kita rasa kita tidak dihargai.

Mulai esok aku akan berhenti untuk mengenang segala memori kita. Aku harus membuangnya jauh-jauh seperti mana yang pertama dulu aku buang dalam Sungai Sarawak.

Berhenti berharap........

Jangan kembali lagi dan biarlah kita menjadi asing dan menghilang supaya tiada lagi sekelumit kenangan itu singgah dalam minda ini.

Mencintaimu kembali adalah hal yang sangat mudah, aku cepat goyah. Hilanglah dari radar seolah kita tidak saling mengenali lagi. 

Maaflah kerana aku tidak menepati ciri-ciri yang kau idamkan. Aku bukan yang terbaik untukmu. Aku cuma manusia biasa. Aku berjanji untuk tidak menangis lagi. Aku tahu aku tidak mampu membuatkan kau tersenyum dan bahagia. 

Kau berlari dengan egomu, aku mahu dirimu tetapi kau tidak mahu aku kerana kau tidak berusaha untuk memiliku. Ternyata teori aku benar. 

Sedang aku tetap disini menunggu mu dan ia tetap berakhir. 

Entah kali berapa aku berjanji untuk melupakan mu kerana melupamu tidak semudah seperti mencintaimu.






Takut

Kegagalan kali keberapa menyebabkan aku takut untuk melangkah lagi. Aku takut memulakan detik itu, pengalaman itu menakutkan aku, takut disakiti dan dilukai lagi.

Sahabat baik bertanya adakah aku sudah berputus asa, adakah ini dinamakan putus asa, sebab aku berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Aku tidak mahu memulakan kembali sebab aku rasa berdosa sangat, lalai dalam mengingatiMu, berjumpa dan sentiasa lagha dalam menjalani kehidupan. 

Aku cuma mahu semua orang tahu yang aku tetap bahagia menjalani kehidupan sekarang. Aku tahu adakala datang rasa sedih, sunyi dan sepi tapi aku tetap bertahan kerana aku tahu Allah sedang menguji diri ini.

Kadang kadang aku tidak faham bahawa sudah jelas dia bukan yang terbaik untuk diriku tapi kenapa aku masih berkeras dan bertahan untuk diriku. Memang dia pernah membahagiakan aku tetapi dia yang lari dan menyepi dalam hidup, takut untuk menongkah arus disebabkan kisah silam dia. Maka tidak pernah dia berusaha untuk mencari sinar bahagia buat kami.

Hati ini terguris apabila ada rakan yang cuba memujuk tapi pilihan kata-kata yang salah. Baik aku memilih diam dalam berkata kerana aku yang melaluinya. Tersimpan kemas cerita ku , yang indah sahaja aku khabarkan sedangkan yang duka aku simpan rapi. Ada rahsia yang tidak ada yang tahu , yang aku simpan rapi sampai sekarang. Hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.

Sebenarnya aku tidak mahu kehilangannya cuba mempertahankannya sebaik mungkin, namun siapa kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Aku tahu ini adalah yang terbaik, jalan setiap orang adalah berbeza. Aku akui jalan yang aku lalui adalah yang sangat berliku, bayangkan dengan umur yang hampir mencapai separuh abad, wajah yang cukup sifat cuma di mata manusia aku ada cacatnya, mungkin inilah yang penyebabnya. Namun sesekali aku tidak mahu persoalkan kenapa, kerana aku tahu inilah ujian hidupku. 


Diri ini

Mencari makna diri ini, merdekakah aku 

Adakah aku masih lagi bermimpi mencari satu titik noktah dalam kehidupan ini sedang aku tahu aku perlu berusaha gigih lagi.

Tiada yang mampu menghalang rasa ini, kecewa dan remuk hati ini sedang aku cuba mengubatinya, memujuk hati bahawa aku insan terpilih. Usah di persoal mengapa aku insan terpilih. Sebab aku istimewa. Genggamlah kata-kata ini supaya aku tidak terluka lagi. 

Ada yang tanya, tidak penatkah hidup ini? Akui memang penat tapi ingat Allah sebagai pencipta tidak pernah penat, doa dan usahalah untuk mencapainya.


Monday 21 August 2023

Ragam Pelajar V

 "Puan, saya tak sihat, boleh saya buat ujian esok?" Tanya Jufri melalui pesanan ringkas yang dihantarnya kepada Puan Mashitah.

Kenapa pulak ni, hati detik Mashitah mengeluh, apabila ada yang tertangguh, habislah semuanya akan terbengkalai. 

"Saya dijangkiti bakteria dan sekarang berada di hospital. Boleh saya ambil test tu sekarang secara online?" Jufri bertanya lagi.

Mana sifat empati dan simpati apabia aku mahu dia menjawab soalan test. Entah dia boleh jawab ataupun tidak, maklumlah tengah menahan kesakitan, fikir Mashitah secara mendalam. 

"Nanti dah sembuh jumpa saya ye," Mashitah membalas ringkas.

"Balwant, kenapa awak tidak menghantar lagi jawapan refleksi?"

"Saya terlupa Puan. Boleh saya hanyar sekarang?" Tanya Balwant lembut risau dirinya dimarahi nanti.

"Shawn, awak tak program mana yang perlu awak nilai untuk refleksi tu?"

" Program Kecemerlangan Diri Puan," penuh yakin Shawn menjawbnya. 

" Program yang awak jadi organisasi nya iaitu Minggu Kesenian," 

"Tapi sama sahaja Puan,"

"Awak jadi ketua ke untuk program itu,"

"Oh ya, tidak"

"Puan, panjangnya jawapan yang kena tulis," Shawn mengeluh kecil menyebabkan Puan Mashitah geleng kepala.

"Suba, kenapa jawapan test awak teruk sangat, tak buat ulangkaji ke?"

"Saya buat Puan, tapi pabila Puan bagitahu tinggal 5 minit, terus saya jawab ringkas sahaja, tak sempat nak terangkan dengan detail," 


Saturday 5 August 2023

Retak hati ini

Retak hatiku hancur semua

Diriku ini jiwa meronta

Cinta yang sudah pudar

Tenggelam di lautan kecewa


Walau hati akan kekosongan 

Namun cintaku bukan mainan 

Biarlah aku bersendirian 

Untuk melupakan mu


Biarkanlah aku

Membawa diriku

Semoga bahagia

Walau ku berduka

Walau patah tumbuh

Hilangkan berganti

Namun luka ini

Sukar diubati