Saturday 16 December 2017

Takdir



Bukan mudah menjalani kehidupan selepas keputusan diambil. Melepaskan apa yang disayangi adalah keputusan yang paling berat untuk diambil. Setiap hari aku menangisi apabila mengenangkan segala memori yang diukir bersama.

Janji yang pernah dimeteri akhirnya terlerai jua. Bukan sengaja dan demi menjaga kepentingan ramai, pengorbanan diperlukan. Aku relakan melepaskan apa yang aku sayangi, membiarkan dia pergi demi sebuah kebahagiaan yang bakal tercipta. Jangan kaun sangka yang aku tewas dan membenci dirimu tetapi kerana rasa cinta itulah yang pemutus hubungan kita. Pelik kan?

Harapan semoga tiada lagi episod duka dan diganti dengan hari-hari yang cerah dan bersinar. Maafkan kerana keputusan ini amatlah memedihkan.

Saat pertama kali dulu, kita selalu ingatkan diri yang cinta manusia tidak akan kekal, mungkin akan diuji dan teruji dengan dugaan mendatang. Ternyata ia tidak silap, bagaikan ia sumpahan kerana kita selalu mempersoalkannya.

Kini, hatiku bukan milikmu lagi. Terimalah takdir cinta kita, tidak semestinya cinta akan bersatu seperti yang kita sangka. Aku tahu kau marah kerana aku bagaikan menyerah, senang melepaskan sedangkan kau tidak tahu betapa sakitnya…tiada ubat yang boleh merawatnya. Aku bukan tidak fikirkan perasaanmu yang akan tetap menghulurkan perasaan ini padauk. Aku tahu kau tidak akan berganjak dan tetap tidak mahu mengalah.  Aku akui bahawa memang salah diriku, tidak mempedulikan perasaanmu yang sentiasa bersama denganku. Cinta kita tetap suci dan terpahat dalam sejarah, kini dan selamanya.

Aku mohon agar kau tetap simpan semua detik terindah kita dalam bingkai kenangan cinta kerana masa mungkin merubah jiwa. Cuma aku harap kau menerima suratan takdir ini.

Sekali lagi, tolong maafkan aku untuk kesekian kalinya. Relakan aku melangkah pergi dari hidupmu. Moga kau bahagia tanpa diriku di sisi. 
 

Tasha Manshahar - Bukan Aku (Official Music Video)

Ayda Jebat & Adi Priyo - Pinjamkan Hatiku (OST Filem Pinjamkan Hatiku)

Thursday 7 December 2017

Terlupa dan terluka

Aku kadang kala terlupa apabila sengaja bermain api, sengaja membakar marak api yang sudah mahu padam. Masih tidak mahu berubah, enggan menerima takdir yang telah ditetapkan. Adakah suatu hari nanti aku akan tersedar dari mimpi yang panjang ini?

Adakalanya apabila aku terlupa....luka itu datang kembali membalut resah ini. Sampai bila aku mahu begini? Sampai bila aku terus menanti sebuah jawapan yang sudah pasti.


"sampai bila tak terganti seperti dirinya
sampai bila tak terubah rinduku padanya
dia luar biasa dari segalanya"

"hanya bayangan di minda semua tentang dirinya
hanya aku masih terjaga
akankah dia tersedar
akankah dia tersedar
ku terluka dan terlupa
hingga datang semula ku terluka
dan terlupa"

"biar masa terganti masa
biar luka atas luka
setiap saat masih merindukannya
pulanglah kau yang ku cintai
pulanglah kau kepadaku ku menunggu
ku menunggu"


Dayang Nurfaizah - DIA (Official Lyric Video OST DRAMA DIA)

Sunday 29 October 2017

Pergilah kenangan



Dalam suka ada duka
Dalam hilai ada tangisan
Tiap langkah di atur
Gelap yang mendatang
Senyum tiada diukir
Sendu mewarnai
Mana mungkin berpaling
Tiada apa yang tinggal
Semuanya telah pergi 

Thursday 24 August 2017

Luahan rasa

 Image result for luahan rasa



“Geram betul saya. Saya suruh pelajar saya buat karangan tentang kawan baik. Lain pula yang ditulisnya, tentang teman istimewannya. Cuba awak baca ni,” Mariah menghulurkan kertas jawapan pelajarnya kepada Amani.
“Saya sayang Iqmal…..”baca Amani dengan kuat sambil tergelak-gelak.
“Terus terbantut mood saya untuk menyambung memeriksa kertas peperiksaan ni,” luah Mariah menyatakan kekesalan dengan sikap pelajarnya.
“Saya rasa mungkin dia tengah di alam cahaya yang bersinar, baru terkena panahan cinta,” sambung Amani masih tidak dapat menahan gelak.
“Saya rasa itu luahan yang benar. Dia mungkin menganggap itu adalah kawannya, yang boleh dipercayai, yang selalu memberikan nasihat dan pandangan pada dia,” Suhana membantah dengan tindakan Amani. Suhana memang terkenal sebagai pendidik yang mempunyai aura positif dan sentiasa melihat dari sudut yang berbeza.
“Dia memang tidak segan bercerita dengan saya segala masalahnya. Dia memang anak orang yang berada tetapi kekurangan kasih sayang. Ibu dan bapanya sangat sibuk, dia anak sulung. Tiada tempat untuk meluahkan segala perasaannya. Sememangnya tinggal jauh di perantauan ni  adakalanya sunyi dan memerlukan orang di samping yang boleh memberikan nasihat,” Mariah bercerita lanjut.
“Tapi sepatutnya dia membezakan dan tahu di mana tempat sepatutnya dia meluahkan rasa,” Amani masih merasakan kesal dengan tindakan luar jangka.
“Itulah tugas kita sebagai pendidik,” saran Suhana menamatkan perbualan petang.

Jampi MV - Hael Husaini Lirik HD

Monday 21 August 2017

AYAH


“Siapa yang sudah kehilangan ibu ataupun bapa?” Tanya Ustaz Hanafi dalam sessi Resepi Kejayaan anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Kem Pelajar Cemerlang.
Ada dalam lebih kurang lima belas orang pelajar yang bangun. Apabila ditanya, ramai yang telah kehilangan ayah berbanding ibu.
“Saya Amir, saya baru sahaja kehilangan ibu saya masa bulan Ramadan yang lepas. Ketika hari raya, adalah hari yang amat perit kerana saya tidak dapat bersalam dengan mak saya. Saya tidak dapat lagi merasa masakan mak saya. Saya harap semua kawan-kawan saya menghargai mak ketika dia masih ada,” sedu sedan suara Amir meluahkan rasa itu.
“Saya telah kehilangan ayah ketika saya masih kecil lagi. Saya tidak sempat mengenali ayah saya tetapi ibu saya selalu bercerita pada saya tanpa jemu. Ibu saya membesarkan saya dengan penuh kesabaran dan memikul beban itu keseorangan. Saya melihat penat jerih dia membesarkan saya hingga ke hari ini. Ibu mahu saya jadi seperti ayah, iaitu menjadi seorang pendidik,” teresak-esak Nabilah menceritakan kehidupannya.
Tiba-tiba ada seorang remaja lelaki mengangkat tangan ingin berkongsi cerita sedangkan dia bukanlah dari kalangan mereka yang pernah mengalami kehilangan.
“Saya Nico pelajar diploma pengurusan. Saya ingin ceritakan tentang diri saya, tentang masa lalu yang dulu gelap. Saya ada seorang ayah yang kaki pukul, selalu memberikan sepak terajang kepada ibu saya sehingga saya menanam sikap benci pada ayah saya. Saya sangat membenci pada ayah saya. Saya selalu menangis apabila melihat ibu saya dipukul oleh ayah saya. Saya ingin memukul ayah saya melawan dan mempertahankan ibu saya tapi saya masih lagi kecil,” dia terhenti seketika sambil menyapu air mata yang mengalir tanpa dia pinta.
“Suatu malam selepas ayah saya memukul ibu saya, saya ada kekuatan untuk memukul kembali ayah saya sehingga cermin mata dia pecah dan terkena matanya. Mujur matanya tidak buta tapi dia mendapat strok disebabkan saya memukulnya dengan teruk. Selama sebulan dia terlantar dihospital saya tidak pernah melawatnya dan saya rasa puas. Sebelum ini, selama saya sakit hati, saya terjebak dengan pelbagai kegiatan negatif dan saya tidak menggunakan nama sebenar saya supaya saya dapat lari dari bayangan nama ayah saya. Saya benar-benar hanyut sehinggalah saya dipeluk oleh ibu dan dipujuk oleh ibu. Nasihat ibu, walau bagaimana buruk sekali pun perangai ayah, Nico perlulah hormat dan memaafkan kesilapannya. Katanya terpulanglah pada saya ,tapi nasihat ibu sejahat mana pun ayah, dia tetap ayah Nico, dia tetap orang yang menyebabkan Nico ada di dunia , mungkin tanpa sedar ayah juga pernah mendoakan Nico. Moga Allah merahmati Nico dan beri petunjuk untuk Nico. Dan semoga ayah Nico benar benar berubah.” Terangnya dengan panjang lebar yang membuatkan semua pelajar lain terdiam. Terkedu dengan keberanian dia menceritakan semua ini.
“Dan saya mahu semua pelajar dalam dewan ini tetap memaafkan kesalahan ibu bapa kita walaupun apa yang terjadi. Saya tetap maafkan ayah saya dan saya mahu berbakti padanya,” Nico mengakhir kata-katanya.

Tepukan gemuruh diberikan oleh semua pelajar, kagum dengan luahan isi hatinya dan menyedarkan semua orang tidak semua masalah yang dihadapi sama. Cuma kita yang patut memikirkan bagaimana mahu menghadapinya.
Image result for ayah

SOLAT


“Isyraf, awak dah khatam Quran?”tanya Ustazah Musalmah kepada pelajar barunya.
“Tak,” jawab Isyraf pendek.
“Solat tak?”Ustazah Musalmah menanyakan lanjut apabila mendengar sebutan makhrajnya tidak berapa tepat dan tidak lancer seolah kurang membaca Quran.
“Tak,” pendek sahaja jawapan yang diberikan tanpa rasa bersalah.
“Kalau kat sini tak pernah solat?”Ustazah Musalmah memancing soalan supaya dia menceritakan tentang keluarganya.
“Tak,” jawabnya agak malas dan kedengaran lemah, mungkin sudah bosan asyik diaju soalan yang hampir sama.
“Kalau kat rumah bagaimana? Solat tak?”
“Tak juga sebab mak ayah saya pun tak solat,” jawab Isyraf selamba.
Terus Ustazah Musalmah kehilangan kata, mendapat jawapan pada persoalan kenapa Isyraf tidak rasa bersalah kerana tidak menunaikan solat. Punca sebenar dapat diketahui.
“Ustazah harap selepas ini Isyraf tidak pernah tinggalkan solat ye. Solat tu adalah tiang dalam agama kita. Nabi saw bersabda: “Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solat.”


 Image result for tinggal solat

Sunday 20 August 2017

HUTANG


“Izzudin, awak datang Kem Solat Bestari tak?” Ustazah Muhaya menaip laju di dalam whatsapp. Lima minit kemudian bergetar telefon Ustazah menanda ada mesej yang masuk.
“Saya datang ustazah. Kan Ustazah ada ambil gambar saya,” terang Izzudin.
“Tapi awak tak bayar yurannya RM50 kan?” tanya Ustazah Muhaya lanjut.
“Saya tak sempat bayar sebab saya tengah sesak sekarang ni. Kena bayar lagi ke selepas Kem tersebut?” tanya Izzudin lanjut.
“Hutang kena bayar walaupun tidak dituntut,”
“Nanti saya minta dengan ibu atau bapa saya. Nanti saya bank in pada ustazah segera,” janji Izzudin.

Selepas beberapa hari, Izzudin belum muncul untuk membayar hutang tersebut. Ustazah Muhaya pun tidak tahu bagaimana lagi mahu dia menjelaskan hutang tersebut. Walaupun sudah disyarah panjang tapi dia mengambil ringan sahaja. Begitulah pelajar sekarang yang tidak tahu membezakan mana yang halal dan mana yang haram. Sepatutnya hutang wajib di bayar walaupun tidak dituntut. 

TUHAN MAHA ADIL


“Ustazah, kenapa Allah ambil mak saya ketika saya memerlukan. Saya rasa Allah tidak adil kerana merampas mak saya di saat saya baru 18 tahun hidup membesar dengannya,” luah Ariana mengejutkan Ustazah Fadilah setelah bertanyakan latar belakang keluarga.
“Ariana, saya faham erti sebuah kehilangan,”Ustazah Fadilah memujuk seketika sambil cuba mengumpul kata-kata.
“Bagaimana ustazah kata ustazah faham sedangkan ustazah masih lagi mempunyai kedua ibu bapa,” bantah Ariana.
“Ariana……Ustazah baru sahaja kehilangan suami ustazah. Kami dah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang cahayamata. Anak sulung ustazah berusia empat tahun dan anak kedua berusia dua tahun. Mereka masih tidak mengerti erti sebuah kehilangan. Ustazah rasa gelapnya dunia ketika itu. Tapi ustazah kembali kepada Allah, semua ini ujian untuk kita untuk melihat sejauh mana ketabahan kita menanggung semua ini,” Ustazah bersuara sebak menahan duka di dalam dadanya.
Muka Ariana berubah, simpati dengan luahan ustazah Fadilah. Dia terdiam seketika mencari kata.
“Ariana, sebab itu kita mesti ada iman yang kuat supaya segala ujian dapat kita tepis. Ariana kena cari hikmah kenapa Allah uji Ariana. Ariana kena sentiasa solat, kirimkan doa, baca Quran dan menutup aurat dengan sempurna supaya ibu Ariana aman di sana,"”pesan Ustazah Fadilah mengakiri perbualan mereka.


 Image result for tuhan maha adil

Saturday 15 July 2017

KHAYAL


“Ustazah, hari ini belum mula lagi ke kelas al-Quran?”Tanya Hafiz.
“Saya kan dah bagitahu tadi, kelas al-Quran akan bermula pada minggu depan,” jelas Ustazah Masni.
“Saya kena telefon mak saya untuk ambil saya sekarang,” katanya
“Nanti bagitahu mak, jangan kata kelas batal tapi belum bermula lagi,” pesan Ustazah, risau silap faham dan nanti jadi kes pula.
“Ustazah, kami dah bagitahu tapi dia tetap tak percaya,” Naim dan Mirza menjelaskan.
“Lain kali jangan main telefon dan bercakap ketika saya bercakap. Fokus dalam kelas ye,” Ustazah sempat titipkan pesanan.
“Baiklah ustazah. Saya janji lain kali saya akan berikan 100% tumpuan,” Hafiz berkata sambil tersenyum malu.



 Image result for khayal