Saturday 31 December 2022

Hari terakhir 2022

 Teguran itu Pahit, tetapi mendidik Hati jika diterima dengan Baik

Pujian itu Manis, tetapi merosak Hati jika diterima dengan Sombong

Jangan memberitahu sesiapa pun tentang maksiatmu kerana dua sebab.
Pertama: Kerana maksiat bukan untuk dibanggakan
Kedua: Kerana manusia takkan melupakan keburukanmu walaupun kamu telah bertaubat

- Syeikh Ali Jaber-



Jika orang itu ber Akhlak = 1
Jika orang itu kacak maka tambah dengan satu kosong = 10
Jika orang itu banyak harta tambah satu kosong lagi = 100
Jika orang itu bangsawan tambah satu kosong lagi = 1000
_APABILA TELAH HILANG AKHLAK IAITU NOMBOR SATU MAKA HILANGLAH SEGALANYA SEHINGGA NILAI MANUSIA ITU MENJADI KOSONG
( Al Khawarizmi )_

Tabir mimpi

Tabir itu ku selak 

hampir menutup mimpi

Aku mahukan kebebasan 

Jangan cepat menghukum 

Atas daya kesilapan ini 

Aku punya mata hati 

Aku punya rasa hati 

Aku tidak mampu bersuara 

Aku hanya disebalik tabir 

Dalam mimpi yang penuh 

Rasa khuatir itu

Friday 30 December 2022

Dia Rahayu

 "Ayu, awak tak siap lagi kerja yang ketua bagi kan?"Tanya Lina selepas mereka berborak pasal cuti hujung tahun.

"Saya serabut lah, dengan pemergian mama dan juga rancangan pertunangan saya ni. Saya agak tertekan, seolah tidak faham dengan masalah saya," Ayu cuba meluahkan.

Lina dan Meera hanya berpandangan, bukan tidak bersetuju tetapi sudah tahu bagaimana kerja yang dilakukan oleh Ayu, bagaimana Ayu menguruskan masanya. Kerja itu sudah lama di berikan bukan sehari dua tapi daripada bulan lepas lagi. Ini yang membuatkan orang lain rasa marah dan geram dengan tindakan Ayu. 

Apabila ketua kami melabelkan Ayu seorang yang gagal dalam menguruskan masa, dia menangis sedih dan kecewa tetapi sebenarnya perlulah muhasabah diri, dia selalu menyusahkan orang lain pada saat akhir, selalu menangguhkan kerja hingga menyusahkan pihak lain. Dia tidak pernah terfikir ataupun sengaja malas fikir tentang kerjanya yang tertangguh tu membuatkan orang lain resah. Mereka yang lain pun ada perancangan lain dan mahukan juga cuti. Sudah diberikan nasihat tetapi dikatakan tidak faham masalah dia. 

Akhirnya Lina dan Meera hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau bersuara dikatakan tidak faham dan sikit-sikit suka merajuk. Maaf mereka berdua bukan jenis yang suka memujuk.


Friday 23 December 2022

Cerita ceriti

 "Ustazah, saya ingin bertanya beberapa persoalan? " Alia mengangkat tangan sebaik sahaja Ustazah Hayati menghabiskan kuliahnya.

"Ya, dipersilakan," Ustazah Hayati sememangnya terkenal dengan ustazah yang sangat peramah dan rajin melayan pertanyaan pelajarnya.

"Saya ingin bertanya kenapa kita perlu berdoa, sedangkan sudah ada qada dan qadar?" Alia memulakan pertanyaan yang menyebabkan beberapa pelajar lain menunjukkan kegelisahannya, mungkin mahu beredar awal ataupun perut sudah berkeroncong memandangkan ketika itu kelas sudah menunjukkan jam 1 tengahari.

Doa menurut Imam al-Khattabi adalah pemohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. (Lihat Sya’n al-Du’a, 1/4)

Allah SWT telah menjadikan doa sebagai sebab untuk meraih apa yang diinginkan. Allah SWT berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

MaksudnyaDan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Surah Ghafir (60)


Kita disuruh berdoa kerana besarnya kesannya terhadap apa yang akan berlaku. Daripada Ibn Umar R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ ، فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

Maksudnya“Sesungguhnya doa bermanfaat terhadap apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah.”

Riwayat al-Tirmizi (3548)


Seseorang yang tidak berdoa merupakan orang yang keliru dengan konsep takdir dan doa. Di dalam kitab Majmu’ Fatawa dijelaskan: “Sesiapa yang berkata: ‘Saya tidak berdoa dan tidak memohon kerana hanya bersandar dengan takdir, maka orang itu keliru. Ini kerana Allah SWT telah menjadikan doa dan permohonan sebagai sebab untuk meraih keampunan dan rahmat-Nya serta memberinya petunjuk dan pertolongan serta rezeki-Nya. Jika seseorang telah ditakdirkan kebaikan dengan doa, maka kebaikan tersebut tidak akan dapat diraih kecuali dengan doanya. (Lihat Majmu’ Fatawa, 8/69)

Sunday 18 December 2022

Ragam Pelajar VII

 "Madam, saya tidak ada kenderaan untuk datang ke kelas hari ini," Madam Alia menerima mesej ringkas daripada pelajarnya Teoh.

"Teoh, awak kena datang serahkan tugasan berkumpulan untuk saya semak segera," balas Madam Alia.

"Madam boleh tak saya hantar esok?"Teoh cuba memujuk Madam Alia. Mesej itu dibiarkan sepi sahaja, tidak dibalas tanda tidak setuju.

Keesokkannya Teoh menghantar pesanan ringkas dan menyatakan dia akan datang menyerahkan tugasan itu pada jam 10 pagi. Madam Alia hanya membalas dengan satu perkataan, ok.

Masa berlalu, jam sudah menunjukkan pukul 11, namun kelibat Teoh belum kelihatan. Madam Alia mengeluh lembut.

Apabila Madam Alia memulakan kelas secara atas talian, telefon bimbitnya berbunyi. Mesej yang diterima daripada Teoh, menyatakan bahawa dia sedang menunggu di depan kaunter. 

"Tadi bagitahu nak datagng jam 10, sekarang ini Madam ada kelas," tegur Madam Alia lembut.

"Maaf Madam, jalan agak sesak dan parking pun susah, dua tiga kali pusing baru dapat," jawab Teoh lembut.

"Kenapa lama tidak datang kelas?" Tanya Madam Alia.

"Kami berkongsi kereta kadang kala saya kena mengalah dengan adik beradik saya," balas Teoh.

"Awak tinggal di mana?" 

"Subang Jaya,"

"Kenapa tidak naik pengangkutan awam, LRT dan bas?"

"Itu perlu kan duit, kami kena berjimat cermat," balas Teoh 

Akhirnya Madam Alia mengambil tugasan tersebut dan menyatakan perlu pergi segera kerana kelas sedang berlangsung. 

Itulah kisah dan ragam pelajar pada masa kini.


Friday 11 November 2022

Ragam Pelajar VI

 Cerita 1

"Ustazah, saya sudah hantar tugasan yang diberikan," beritahu Amir.

"tapi ustazah dah semak dalam sistem, masih belum ada," balas ustazah Mahyunah

"Nanti saya check ye," balas Amir.

Tapi tiada apa tindakan susulan yang menyebabkan ustazah Mahyunah serba salah, adakah Amir melakukan ataupun tidak tugasan yang diberikan ini. 

Apa yang patut ustazah lakukan? 

Wednesday 9 November 2022

Ragam Pelajar V

Cerita 1 

 "Puan, maaf saya tidak dapat datang ke kelas pada hari ini kerana tren tergendala daripada LRT Ampang Park ke LRT Kelana Jaya," Amir beritahu dalam kumpulan Whatsapp. 

Beginilah pelajar sekarang, tiada daya untuk berfikir mencari alternatif dan mengambil peluang yang ada ataupun memang tiada duit dan berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan yang lain.

Cerita 2

"Ustazah, saya masih belum ambil buku dengan ustazah Suraya. Boleh tak nanti ustazah tolong ambilkan dan berikan pada saya pada waktu kelas nanti," beritahu Nora melalui pesanan ringkas whatsapp.

"Datanglah ambil dengan ustazah Suraya," tegas ustazah Rohana membalas mesej tersebut.

Beginilah pelajar sekarang samada tidak mahu berusaha, senang menanti, cuba jalan yang paling mudah. Apa salahnya berusaha untuk datang mengambilnya sendiri, jangan lah menyusahkan ustazah ataupun guru.


Friday 7 October 2022

Penantian berakhir

 Penantian berakhir

“mila, awak tahu tak semalam Hairee telefon dan bercakap dengan mama,” beritahu Nani

“Wow perkembangan yang positif,” balas Mila dengan  senyuman

“Saya berdebar duduk sebelah mama, macam kena soal siadat,” adu Nani lagi

“Biasalah tu, seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya terutama anak tunggal perempuan,” Mila masih lagi tersenyum , menampakkan sebaris giginya.

“Tapi saya masih tidak yakin dengan dia,” Nani menunjukkan muka yang tidak puas hati

“Tik tok kata slow-slow,” gurau Mila sambal ketawa.

Permulaan yang baik, selepas empat tahun perkenalan Nani dan Hairee melalui kawan baik Nani, Fizah. Semasa awal perkenalan dulu, perhubungan mereka agak hambar. Hanya saling bertanya khabar dan ada kalanya senyap selama berminggu-minggu.

Masuk tahun kedua, perhubungan mereka agak rancak, mula membincangkan ke arah masa depan mereka. Bagaikan ternampak taman Bahagia mereka, dengan bau nasi minyak. Namun tiba-tiba pada tahun ketiga, Hairee seolah menarik diri, diam seribu Bahasa tidak memberikan kata putus, hilang seketika, tidak menghubungi Nani. Penghubung mereka hanyalah status yang dikemaskini oleh mereka.

Pada tahun ini mereka masing-masing menyertai laman sesawang pencarian jodoh, cuba untuk ‘move on’ seperti kata orang putih.

Nani berkenalan dengan Farid, seorang duda anak empat. Cuba mengenali hati budi tetapi banyak rahsia dan banyak benda disorokkan, hanya mampu bertahan selama  4 bulan sebelum mereka mengambil kata putus untuk membawa Haluan masing-masing.

Nani cuba pula berkenalan dengan seorang askar yang bertugas di Malaysia Timur. Seolah Nampak bagaikan tiada masa depan, perhubungan mereka sekadar bertanya khabar sahaja, tidak ada perbincangan ke arah membina mahligai impian.

Akhirnya genap setahun Hairee mendiamkan diri, tanpa Nani sangka dia menyapa melalui aplikasi whatsapp. Nani tersenyum gembira, bukan bangga kerana dia menang tetapi kerana orang yang dia harapkan Kembali kepadanya

Apa yang menyebabkan Nani tertarik padanya satu sahaja iaitu agama. Hairee orang yang menjaga solat dan perkara-perkara agama. Kelebihannya lagi ialah dia tidak merokok, dan menghormati kedua ibu bapanya. Dia mula mencari Langkah dengan memulakan perniagaan dengan kawan baiknya, cuba mengembangkan perniagaan banner mereka dengan mengadakan pelbagai promosi.

Keperibadian Hairee terserlah apabila dia melayan pelanggannya dan sentiasa di puji sebagai orang yang suka melakukan kebaikan. Hairee mula membincangkan perkara-perkara yang dianggap serius oleh Nani. Walaupun Nani cuba tidak meletakkan 100 peratus harapan supaya tidak lagi kecewa, namun Nani tidak mampu menafikan perasannya.

 

 

Monday 29 August 2022

Ragam Pelajar 4

 "Puan, saya ingin berjumpa dengan Puan pada hari Sabtu ini?" Tanya Thiviya selepas mengucapkan terima kasih kerana membantunya dalam menjawab soalan peperiksaan akhir Pendidikan Moral.

"Sebenarnya hari itu bukan hari kerja tetapi pada sebelah petang saya bertugas menjaga peperiksaan. Kemungkinan saya akan datang awal ke kampus," balas Puan Rohani.

Pada hari kejadian, rupanya Thiviya memberikan hadiah yang berupa tudung dan sedikit makanan sebagai tanda terima kasih kerana membantunya pada saat akhir. 

Begitulah penghargaan yang diterima apabila pelajar merasakan dia dihargai dan dapat kepuasan. 

Secebis cerita....akan disambung lagi

Monday 27 June 2022

Terlalu indah

 Terlalu Indah

Tiada lagi
Rasa yang paling indah
Selain mencintaimu
Tak ada lagi
Yang bisa kuharapkan
Selain menyayangimu
Oh sungguh terlalu indah
Rusaknya kenangan kita
Semua telah berubah
Kita harus terpisah
Sungguh terlalu indah
Kenanganmu dan cintaku
Harus rela berpisah
Meski harus terluka
Sungguh terlalu indah
Kenanganmu dan cintaku
Harus rela berpisah
Meski harus terluka wo
Meski harus terluka
Sungguh terlalu indah
Kenanganmu dan cintaku
Harus rela berpisah
Meski harus terluka
Sungguh terlalu indah (terlalu indah)
Kenanganmu dan cintaku (kenangan cinta)
Harus rela berpisah
Meski harus terluka
Sungguh terlalu indah
Kenanganmu dan cintaku
Harus rela berpisah
Meski harus terluka
Sungguh terlalu indah (terlalu indah)
Kenanganmu dan cintaku (kenangan cinta)
Harus rela berpisah
Meski harus terluka

Tuesday 14 June 2022

Ragam pelajar 3

 "Madam, nak tulis apa kat sini?" Tanya pelajar, mukanya nampak keresahan, berpeluh walaupun dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin.

"Madam, kertas OMR tu saya kena pangkah, tanda ataupun bulatkan?" Tanya pelajar tadi lagi, ternampak dia seakan kerisauan yang amat sangat. 

"Madam, saya terlupa bawak pensil, boleh tak saya hitamkan dengan pen?" Tanya pelajar tadi lagi.

"Madam soalan esei ni saya perlu tulis ruangan baru pada muka surat baru ataupun macammana?" Pelajar tadi masih tidak berpuas hati bertanyakan pelbagai soalan. Mungkin ini kali pertama dia menduduki peperiksaan secara fizikal. 

Sudah dua tahun peperiksaan dijalankan secara online tetapi kali ini peperiksaan dijalankan secara fizikal. Ramai pelajar yang tidak mendengar penerangan yang diberikan sebelum ini dengan jelas. 


Monday 13 June 2022

Gelagat Peperiksaan

 Kisah 1

"Mana ID awak?" Tanya Puan Sasila kepada seoranb pelajar yang mahu menduduki peperiksaan. Dengan selamba dia memusingkan ID nya yang terbalik. 

"Eh, ni ID perempuan?" Puan Sasila berkata.

"Alamak, ni ID girlfriend saya," mukanya sudah cuak dan kemerahan menahan malu.

"Macam mana ni Puan?" Dia bertanya.

"Rumah kat mana? Ataupun boleh pergi ambil ID sementara di pejabat kewangan," ujar Puan Sasila.

Kisah 2

"Puan, sejuk sangat la dewan ni, boleh ke off sahaja air cond ni? " Tanya seorang pelajar yang sudah menggeletar kesejukan. 

"Maaflah, ni la suhu yang paling tinggi. Semua ini adalah centralize, dan tak boleh dioffkan, " Puan Masyitah menerangkan dengan lembut.

"Tapi Puan, boleh ke saya keluar awal, saya tak tahan sangat," desak pelajar itu lagi.

"Maaflah, kalau seorang keluar, nanti semua orang minta keluar dengan alasan sama," tegas Puan Masyitah selaku ketua pengawas peperiksaan pada hari tersebut.

Kisah 3

"Puan, tadi saya sihat, sekarang saya rasa tak larat sangat, boleh ke saya balik dan saya batalkan peperiksaan ni?" Tanya seorang pelajar perempuan yang nampak sangat lesu.

"Kenapa daripada awal tak ambik MC?" Soal Encik Afandi kepada pelajar perempuan tersebut.

"Tadi saya rasa ok, mungkin sebab lepas makan ubat tapi sekarang saya tak boleh fikir langsung, saya nak pergi klinik," rayu pelajar tersebut.

"Sekejap saya tanyakan ketua pengawas peperiksaan," Encik Afandi segera ke depan berjumpa dengan Puan Masyitah.

Sunday 20 March 2022

Cinta

 Detik berganti

Tak akan kembali sudah
Walau darah air mata
Tiap memori
Seakan menghenti masa
Renungkan suka dan duka
Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa
Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata
Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk
Menutup mata
Ha.
Detik berganti
Tak akan melaju masa
Untuk melihat ke sana.
Apa pun datang
Mudahkan sabar dan tenang
Minta senang kesulitan.
Fahami semuanya ho
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa ho.
Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata.
Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk
Menutup mata
Hoo.

Sunday 27 February 2022

Jodoh

 “Macam mana saya tahu bahawa dia adalah jodoh saya” tanya Siti kepada Nur.

“Semua itu adalah rahsia Allah, ketentuan Allah,” Nur menjawabnya sambil lewa, tanpa memandang wajah Siti yang agak keruh.

“Tapi saya rasa mungkin saya sudah ditakdirkan bahawa saya tidak ada jodoh di dunia ini. Sudah puas saya berusaha namun sampai sekarang saya belum mendapat apa-apa petunjuk,” luah Siti dengan nada yang tersekat-sekat, menyebabkan Nur terus memalingkan muka kearah sahabatnya itu.

“Jangan mudah berputus asa. Kita mesti berusaha selagi kita masih bernafas. Kita mesti sentiasa memohon kepada yang Maha Esa,” pujuk Nur lembut sambil menepuk lembut bahu Siti, cuba menenangkannya.

“Tapi persoalannya sampai bila…..,” Siti tidak mampu meneruskan bicaranya, sebak dan air matanya mengalir laju.

“Sampai ke akhir hayat kita jangan cepat berputus asa. Teruskan perjuangan ini dengan memohon kepadaNya,” Nur cuba menenangkan sahabatnya itu.

“Bukan apa, semua aplikasi jodoh saya dah masuk. Tapi sampai sekarang saya masih belum berjumpa dengan yang benar-benar mahu menjadikan saya isterinya. Mengapa orang lain masuk sekeja sahaja terus dapat,” Siti masih lagi meluahkan apa yang dirasainya.

“Allah masih mahu menguji kita. Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran kita dalam berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita betul-betul mahukan,” Nur masih berusaha untuk memujuk, nada suaranya agak tenang, sedaya upaya untuk menyakinkan sahabatnya tentang jodoh adalah rahsia Allah SWT.

“Tapi saya manusia biasa. Saya takut saya tak mampu lagi bersabar,” luah Siti dengan nada yang sangat perlahan.

“Luahkan apa yang kita rasa itu kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar. Mungkin Allah merindui rayuan kita.Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” Nur masih tidak berputus asa memujuk sahabatnya Siti.

Nampak Siti mengangguk lemah, mengiakan apa yang Nur sampaikan. Dan ini sangat melegakan hati Nur.

 

Pahitnya kopi ini seperti mana pahitya kehidupan yang dilalui

 

Saturday 26 February 2022

Temanilah aku

 Teman,

Kuingin saat ini kau berada di samping ku

Mendengar aku meluahkan 

Menangis bersama

Tertawa bersama

Walau hanya sebentar sahaja


Namun keadaan memisahkan kita 

Tak mampu lagi kita seperti dulu 

Sepinya hidup ini tidak mampu aku gambarkan

Peritnya kehidupan melaluinya keseorangan

Hati aku sentiasa berbisik

Tapi aku tahu aku tidak boleh mengalah

Biarpun kecewa melanda diri ini aku tetap meneruskan

Perjalanan yang penuh mehnah dan duri


Teman

Walau sakit aku tetap melangkah

Walau terluka tetap aku teruskan


Teman

Detik yang mana untuk kita terus kenang

Saat yang mana kita lupakan

Rindu ini menggigit jiwa ini

Memori yang mana mahu kau hapus kan

Sejarah yang mana mahu kau padam kan


Teman

Bohong Jika aku katakan aku tidak merinduimu

Jelas sekali aku ingin kau berada di sini

Mendengar cerita aku seperti dulu


Teman

Bergetar jiwa ini menahan rasa rindu

Aku tetap mahu mimpi ini menemani aku

Di sinilah memori kita tercipta

Kenangan ini membunuh jiwaku





Diari seorang ustazah

 “Ustazah ceritalah tentang perkahwinan ustazah,” desak Ikhwan selepas selesai Ustazah Nabilah mengajar tajuk tentang perkahwinan.

Ustazah Nabilah memandang ke arah lain seolah tidak mendengar permintaan oleh Ikhwan.

“Macam mana ustazah kenal suami ustazah,” Ikhwan masih cuba bertanya selepas melihat Ustazah Nabilah tidak memberikan reaksi.


Gelagat Ustazah Nabilah yang seakan keresahan membuatkan rakan-rakan Ikhwan yang lain memandang ke arah Ikhwan dan menunjukkan isyarat supaya diam, tidak bertanya lagi.


Inilah soalan yang paling ditakuti oleh ustazah Nabilah apabila dia mengajar pelajar-pelajarnya  tentang perkahwinan Ini kerana dia sendiri tidak pernah mengalami lagi detik tersebut dan ia merupakan satu perkara yang sangat sukar, teori dan praktikal tidak akan sama.


“Eh kau ni Ikhwan, cubalah jangan tanya perkara peribadi tentang ustazah,” Iman cuba menyelematkan keadaan dan memberikan amaran pada rakannya itu.


“Okey pelajar-pelajar kita teruskan tentang perbincangan kita pada hari ini.” akhirnya ustazah Nabilah bersuara membiarkan sahaja persoalan Ikhwan tersebut.


Usai kelas Ustazah Nabilah terus naik ke pejabatnya di tingkat 9. Dia termenung seketika sehingga di tegur oleh Ustazah Rasyidah.


“Kenapa ni Nabilah?  Apa yang membuatkan kau termenung panjang ni,” cuit Ustazah Rasyidah.

“Tadi aku mengajar tentang tajuk perkahwinan, Aku tidak tahu nak bagaimana untuk memberikan reaksi apabila pelajaraku bertanya tentang adakah aku sudah berkahwin dan bagaimana aku kenal dengan suami aku,” akhirnya Nabilah meluahkan perasaannya.


Ustazah Rasyidah menarik kerusinya dan mendekatkan badannya dengan Ustazah Nabilah menunjukkan diam ahu mendengar cerita dengan lebih lanjut.


Ustazah Nabilah bercerita tentang apa yang berlaku di dalam kelas yang tadi. Ustazah Rasyidah menjadi pendengar yang setia dan khusyuk.


“Betul! Inilah juga perkara yang paling saya takut. Kitakan senasib kita sama-sama tidak berkahwin dan tidak ada pengalaman berbanding dengan mereka yang lain apabila kita bercakap tentang teori tetapi praktikalnya kita tidak tahu bagaimana,” Ustazah Rasyidah meluahkan jua perasaannya.


“Kalau bolehkan, aku tidak mahu mengajar topik ini Memanglah topik ini sebenarnya satu keperluan dalam kehidupan mereka dan mereka akan teruja untuk mengetahuinya tetapi ia berbeza dengan orang yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin,” Ustazah Nabilah menyambung


“Agak-agak mereka tahu tak status kita sebenarnya.” Sambung Ustazah Nabilah lagi, bertanyakan kepada rakannya Ustazah Rasyidah.


“Mungkin ada yang boleh agak apabilai melihat kita tidak memberikan reaksi,” sambung Ustazah Rasyidah.


“Mereka semua ini kebanyakan masih lagi remaja,ubun-ubun masih hijau dan masih lagi tidak mengetahui tentang kehidupan ini. Mungkin dalam pemikiran mereka melalui drama yang mereka tonton, apabila sudah berkerja semua orang akan berkahwin. Mereka tidak terfikir pun yang mungkin ada yang tidak menemui jodohnya,” Ustazah Nabilah cuba menyatakan pendapatnya.


“Betul jodoh Ini rahsia Allah. Tiada siapa pun yang tahu,” Ustazah Rasyidah mengiyakannya.


“Tapi Nabilah, kenapa kau tidak bagitahu mereka yang kau belum berkahwin. Mana tahu kot-kot pelajar tadi ada pakcik atau abang yang boleh dkenalkan. Ataupun jadi mak tiri mereka, “ usik Usatzah Rasyidah.


“Eh kau ni Rasyidah, ke situ pula kau ye. Kalau kau nak cuba, aku boleh tolong tanyakan mereka,” Ustazah Nabila cuba mengambil telefon bimbitnya dan menekan sesuatu seolah cuba menghantar pesanan.


Akkhirnya mereka berdua ketawa bersama.

 

 

 

Sunday 20 February 2022

Biarlah aku


 Biarlah aku

Sendiri dengan rindu

Masa yang menawarkan Segala kepedihannya Ku yang terseksa Ku hadapi dengan redha Ku jadikan segalanya Teladan titi usia Di suatu masa Mungkinkan tiba Apa sebenarnya Di dalam cinta

Friday 21 January 2022

Mimpi

 aku mahu terus bermimpi

aku tidak mahu bangkit dari mimpi ini

mimpi ini menenangkan aku

mimpi ini membahagiakan aku

mimpi yang aku Lukis sendiri

mimpi yang aku rencanakan percaturan

mimpi yang aku aturkan sendiri

tanpa aku sedar

aku lari dari realiti

aku fikir mimpi tidak mampu meremuk hati

aku sangka mimpi tidak menyedarkan aku

namun aku kalah

mimpi tetap ada dukanya

mimpi tetap meragut gembira

mimpi menghulurkan derita

detik mana yang aku tetap ingin kekalkan

detik mana yang aku ingin buang

tetap mimpi tidak merubah segalanya

 

Ragam Pelajar II

 "Hancur hati ustazah," luah Ustazah Suraya kepada pelajarnya tiba-tiba apabila mereka terserempak di cafetaria Saloma.

"Eh dah kenapa pula ustazah?" Tanya Isa dan sahabatnya Hazim.

"Awak berdua tahu kan apa yang awak dah buat semasa peperiksaan atas talian yang lepas?" luah ustazah lagi, nadanya agak tegang, tidak mampu melihat wajah pelajarnya.

"Oooo...maaf ustazah," serentak Isa dan Hazim mengucapnya, memohon simpati sambil mereka meminta izin pergi dahulu.

"Apa yang mereka telah lakukan?" Tanya Syuhada apabila mereka selesai makan tengahari.

"Mereka meniru sesama mereka, padahal sudah diingatkan beberapa kali. Di sini menunjukkan kegagalan saya dalam memahamkan erti iman dan ihsan dalam setiap pekerjaan kita. Tersentak rasa hati ini terutama apabila saya rapat dengan mereka. Perbuatan mereka sangat-sangat menghiris perasaan ini. Sedih yang tidak dapat digambarkan," luah Suraya dengan nada sedih.

Memandangkan sekarang masih lagi pembelajaran atas talian, peperiksaan akhir pun dijalankan secara atas talian, masing-masing di kediaman mereka. 

Apa kesilapan mereka yang sukar dipercayai, mereka saling melakukan plagiat dan bertukar jawapan sesama mereka. Mana adab mereka, mana kejujuran mereka, mana keimanan mereka, dan mana proses pembelajaran tersebut.

Perbuatan ini benar-benar mengecewakan hati seorang ustazah. Bagaimana melahirkan generasi akan datang, generasi rabbani - faham ke konsep ini?