Saturday 23 May 2020

Raya yang berbeza

Suatu ketika dulu
Saat ini 
Semua orang sibuk 
Mencanai biskut raya, 
Mencuba pakaian baru 
Menggantung langsir baru
Menukar perabut baru 

Suasana bazar syawal meriah
Ramadan dibiarkan sepi 
Masjid dan surau kian susut
Semua sibuk menjelang raya 
Kanak-kanak berkejaran 
Bermain bunga api 
Ayah membakar lemang 
Emak memasak rendang 

Semua menghitung hari 
Balik kampung acara wajib 
Kereta bersusun di jalanraya 
Jem berpuluh kilometer
Tidak dihiraukan 
Balik berjumpa sanak saudara 

Pagi raya ziarah menziarahi 
Bersalaman memohon maaf 
Duit raya diberikan 
Bergambar sedondon 
Sebagai kenangan 

Itulah kenangan raya tahun dulu-dulu .....tapi tidak untuk kali ini. Kesedihan mula dirasai. 

Sunday 17 May 2020

Pengorbanan

Mengapa aku membenarkan jiwaku ini untuk mencintaimu sedangkan aku tahu bahawa aku tidak mampu memiliki dirimu pun. 

Bagaimana aku mahu memilikinya sedangkan ia sudah milik orang lain. Dan aku tidak pernah merasai begini hebat penangan cinta ini, hebatnya pukulan ombak ini mampu melemaskan aku seketika.


Harapan ku hanya palsu sahaja dan semua itu telah berlalu pergi, ku tiupkan pada angina lalu supaya membawanya pergi jauh dari diri ini. Aku tidak mahu lagi mengharap dan menunggu detik yang tidak akan muncul.


Walau di hatiku ini masih ada kamu dan seolah aku masih ingin terus memburumu dalam kehidupan ini.Dan kadang kala aku bagaikan lemah tanpa kamu disisi. Aku ingin sekali mendampingi dirimu dan sentiasa menemaniku disisi ini.


Aku membiarkan hatiku ini untuk terus merinduimu kerana sakitnya jika kasih itu tidak tertumpah, tertahan begitu. Walau kadang kala aku ingin menghamparkan sakitku untuk tatapan dirimu.


Bersamamu harapanku tetapi ia bagaikan hilang dalam terang yang membutakanku. Kerana aku telah berikan semua segala yang aku ada.
Lemahnya aku ……

 


Selamat Hari Guru

Sempena hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun. Namun tahun ini berlainan daripada tahun-tahun sudah apabila tiada sambutan pada tahun ini. Sesuatu yang kita semua tidak terduga.

Kisah pertama yang Cikgu Hani ingin ceritakan tentang pelajarnya yang tidak bertali arus mengucapkan hari guru. Tahun-tahun sebelum ini jarang benar Cikgu Hani mendapat ucapan sebegitu. Adakah penangan PKP menyebabkan ingatkan anak muridnya begitu kuat. 

Kisah kedua, Cikgu Hanim yang kesal dengan pelajarnya yang tidak mengambil subjek yang diajarnya. Alasan yang tidak mengambil ujian kerana sibuk dengan tugasan lain dan bertungkus lumus untuk subjek lain. Padahal waktu yang diperuntukkan adalah waktu kelas yang telah tertera di dalam jadual kelas masing-masing. 

Kisah ketiga, Cikgu Ina yang tidak tahu bagaimana lagi mahu menerangkan kepada pelajarnya apabila mereka malas membaca segala panduan yang telah diberikan untuk melakukan tugasan yang diberikan. Mereka melakukan tugasan seolah melepaskan batuk di tangga, buat ikut kefahaman mereka dan tidak menjadikan panduan sebagai rujukan cara penulisan tugasan yang sebetulnya. Apa yang mereka hantar 

Warna Kehidupan

Kan ku lukis warna kehidupan 
Kan ku lakar potret kegembiraan 
Kan ku lorek awan kebahagiaan 
Kan ku corak pelangi keriangan 

Impi ku hanya satu
Bersatu kembali bersama
Mengecap nikmat dunia
Yang sudah hilang pandangan 

Apa mampu ku lakukan?
Jika semua itu ghaib
Apa yang harus aku lakukan?
Jika semua itu pergi 

Benar 
Bila ia pergi 
Baru dihargai 
Ketika ia di sini 
Tiada siapa yang hirau 
Itulah kita semua
Alpa dengan kenikmatan


Friday 15 May 2020

Ibu

Ima tidak ingat sudah berapa banyak airmatanya tumpah sejak akhir-akhir ini. Bagaimana dia mahu meraikan hari kemenangan nanti tanpa menemani ibunya yang sudah dimamah usia. Sejak bermula Peraturan Kawalan Pergerakan, hati Ima sentiasa meronta ingin pulang ke desa menemani ibunya yang sudah uzur, namun malangnya dia gusar sekiranya kepulangan membawa bersama penyakit virus yang begitu ganas menyerang sekarang ini tanpa mengenal bangsa, umur dan negara.

Ima tidak kisah jika beraya seorang di sini tetapi dia sedih jika ibu pun beraya keseorangan di desa. Ima risau jika ibu banyak berfikir ibu akan jatuh sakit, siapa yang akan jaga ibu, siapa yang akan rawat ibu. Itulah kebimbangan yang sentiasa menjengah Ima. Ibu banyak berkorban untuk Ima selama ini, jika mendengar Ima sakit, ibu kerap menelefon Ima dan menitipkan pelbagai petua dan nasihat supaya Ima cepat sembuh. Dan yang paling mujarab adalah doa ibu yang dikirimkan itu.

Ima sayang ibu yang tidak berbelah bahagi, dan Ima tahu ibu sayang Ima yang tiada tukar gantinya. Ima sentiasa terkenang saat kita bersama, memasak bersama, bersembang tentang cerita-cerita lama, tentang kucing kesayangan ibu, ayam jiran yang suka curi-curi masuk, jiran sebelah yang suka meminta buah mempelam, anak murid ibu yang masih lagi mengingati jasa ibu, dan pelbagai lagi yang tidak pernah jemu untuk kita ulangi sentiasa.

Tetapi ada sinar gembira apabila PM membuat kenyataan bahawa boleh rentas daerah dan boleh sambut hari raya pertama tidak lebih daripada 20 orang dalam satu masa. Di sini bermakna abang sulung Ima dapat beraya bersama ibu. Lega mendengarnya dan kedengaran nada ibu pun semakin ceria. Sebelum ini boleh dengar nada ibu mengandungi rasa kecewa, sedih dan duka, memandangkan dalam usia yang di penghujung dia akan beraya keseorangan tanpa ditemani anak-anaknya. 

Ima tidak akan tahu bagaimana gambaran pada hari pertama nanti. Inilah kali pertama dan sejarah dunia tercipta, ramai ahli keluarga tidak dapat menyambut aidifitri seperti lumrah sebelum ini. Sebelum ini dua kali Ima tidak pernah balik berhari raya aidiladha demi tugas. Tapi kali ini cabaran hebat sebab Aidilfitri. Pada mulanya Ima tidak mahu beli apa-apa persiapan tetapi memandangkan Ima dapat beraya dengan anak-anak saudara di sini, Ima beli beberapa jenis kuih dan kek untuk hidangan raya pertama nanti.

Ima tetap merindui ibu dan Ima akan catit dalam sejarah hari ini, pertama kali Ima tidak dapat beraya bersama ibu.