Sunday 19 April 2009

Sejenak aku

Hati ini sayu, terasa kehadirannya menemaniku semalam rasa hangat lagi. Tiba-tiba hari ini aku tidak sanggup kehilangannya, aku serasakan dia tetap hadir menemaniku. Apa yang mampu aku lakukan....apa yang patut aku lakukan. Tuhan..tolonglah daku, berilah kekuatan pada diriku ini.

Sedetik masa berlalu aku tidak mampu menahannya tapi aku rasakan bagaikan panjangnya waktu tanpa ditemanimu. Aku kekalkan segala kenangan yang pernah kita ciptakan. Aku gagal menyembungikan rasa resahku, mempamerkan rasa resahku di depan kakakku, Nabilah
“As, kenapa ni? Ada apa-apa yang berlaku ker? Tanpa nya setelah melihat aku keresahan.
“Tiada,” cepat2 aku berlalu ke bilik, empangan airmataku tidak dapat ditahan lagi, air mata mencurah-curah. Aku kesedihan.

Emel yang cuba kufahami setelah berkali-kali aku membacanya. Ternyata diriku yang tidak mengerti tentang erti persahabatan ini. Aku yang tersalah anggap menganggap bagaikan ia kasih suci sedangkan kau hanya membataskannya sebagai satu persahabatan. Buaian lagi samson, bukan diriku menghanyutkan aku, menyedarkan aku yang aku tidak bisa mendampinginya kerana dia sudah memilih sesorang yang lain untuk menjadi surinya. Aku tidak layak untuk menjadi surinya, aku ini hanyalah kaca sedangkan aku menilainya ia bagaikan permata bagiku.
Aku kini perlu berdiri walau hakikatnya pasti kan melukai. Aku harus bergerak ke depan dengan sisa kekuatan yang masih ada dalam diriku ini.

Seusai membaca novel Justeru Impian di Jaring aku terlena sekejap. Aku terfikir walau pahit aku mesti lalui, jangan tewas pada ujian dunia kerana aku mesti mencapai falah untuk ukhrawi.
Terkenang bapaku yanguzur, walau badai melanbung dia ibarat seperti seteguh karang tetap kukuh di situ, walau sakit dia tetap mengerjakan yang fardu dan sunat manghambakan dirinya kepada Allah SWT.

Perpisahan ini bukan kerana dia membenci tapi kasih yang pernah ku hulurkan tidak bersambut dan bersulam. Seringkali aku terlihat dirimu dan impian yang ternyata telah disulam bersama. Ku harungi hari demi hari bersama wajah yang takkan kembali tapi hati masih tidak menerima kerana aku merasa kesengsaraan. Perasaan hati masih lagi rindu. Tercari-cari bayangan dan jawapan yang muktamad darimu. Tidak sanggup aku kehilangan. Masih tercari-cari, apakah yang patut aku lakukan dan tindakan yang tidak melukakan hatiku.

Relaku menunggumu walau ke akhir hayatku ini tapi adakah hidupku boleh ku tentukan dengan sederas putaran yang telah meninggalkan diriku ini terkapai-kapai. Adakah aku akan berputus harapan. Relaku mengejarmu walau seribu kali kau melangkah. Akanku cuba panjangkan langkahku agar seiring dengan dirimu. Bodohkah aku jika aku terus setia kepadamu, mengharapkan kau datang kembali kepada diriku ini. Apa tindakan yang perlu aku lakukan jika aku inginkan kau kembali ke sisiku ini? Relakah ku menunggu dirimu yang telah mengembara ke duniamu yang aku sendiri tidak mengetahui di mana dirimu itu. Adakah aku akan putus harapan ....perkataan setia itulah akan aku jadikan dalam kamus hidupku.

Sunday 12 April 2009

Fahamilah daku

Di saat aku memerlukan rakan-rakan sebagai pendegar aku, tiada siapa kelibat yang kelihatan, mungkin jua sibuk seperti diriku. Aku tahu, masalah aku hanyalah kecil sahaja. Aku kalut dan takut dengan keputusanku ini. Cuma aku yang tidak berani mengambil risikonya. Aku sebenarnya faham bahawa akulah yang berdegil ingin terus mencuba sedangkan aku sudah ketahui jawapannya. Hanya hati ini yang enggan mengerti dengan keputusan yang kita telah ambil. Walau apapun yang terjadi kita tetap akan menjadi kawan, kata-kata itu sentiasa mencuri masuk ke dalam hatiku. Tapi kata-kata ini bagaikan angin lalu sahaja, aku hanya mengakui nya secara lisan tidak di dalam hatiku. Semangat untuk menghabiskan kerjaku terbengkalai begitu sahaja. Pandanganku terarah kepada emelnya, mengulangi lagi emelnya yang terakhir yang kuterima, sukar untuk melupakan tulisan yang dicatatnya.
Aku cuba memasuki YM mencari atie kawanku untuk mendengar komen darinya dan juga izan, namun agaknya mereka ada hal , tidak pula online disaat aku memerlukannya. Timbunan kertas kerja yang perlu kuhabiskan ku biarkan berselerak. Handphone ku genggam, ingin mendail nombornya tapi apa bualan yang ingin aku ketengahkan. Ish…kenapa ni? Hatiku mula cuak dengan diriku yang tidak memberikan jawapan.