Saturday 31 December 2016

SAKIT


“Puan Aini, ingat tak pelajar puan yang bernama Syazwani? “ Tanya Amal Hayati.
“Kenapa dengan dia?” Puan Aini memandang tepat wajah Amal.
“Dia sekarang berjuang untuk hidup,” terang Amal Hayati dengan nada lemah.
Bergegar kepala lutut Puan Aini. Dia pernah mendengar berita sebelum ini bahawa Syazwani sedang berjuang melawan kanser pangkal hidung pada tahap 4. Sudah lama Puan Aini mengetahui bahawa Syazwani mengidap penyakit tersebut.
Pada petang tersebut Puan Aini bergegas melawat Syazwani yang dalam unit rawatan rapi. Dia masih sedar cuma keadaan dia agak lemah. Dia masih boleh mengecam mereka yang menziarahinya.
Melihat nafasnya yang turun naik dan matanya yang hanya memandang ke atas membuatkan airmata Puan Aini mengalir laju tanpa dapat ditahan. Syazwani menunjukkan aksi gembira dan berseri apabila melihat rakan dan pensyarahnya datang bertanya khabar.
Ketabahannya melawan kanser ini membuatkan rakannya merasa kagum. Dalam masa dia menghidapi kanser ini, dia tetap ke kelas dan melakukan tugasan yang diamanahkan. Dia tetap menunaikan amanah Allah, solat dan berpuasa. Adakalanya dia tidak dapat datang ke kelas kerana menjalani rawatan kimoterapi. Betapa tabahnya menghadapi ujian daripada Allah SWT