Tuesday 31 August 2021

Bahagia

 Adakah aku hanya mampu bermimpi untuk kecapi bahagia 

Adakah bahagia bukan jadi milikku 

Adakah bahagia bukan kamus hidupku 

Adakah bahagia musuhku?

Kadang aku meragui 

Kenapa aku diuji sebegini 

Persoalan ini tidak patut aku kemukakan 

Aku tidak patut mempersoalkannya tapi aku manusia 

Lemah dan adakalanya kecewa 

Aku meratapi kesedihan 

Aku turut terluka 

Senyumanku hilang 

Bersama perginya bahagia 

Bersama datangnya derita 

Percayalah ....aku sakit 



Sepi lagi

 Sepi menghuni kembali hati ini setelah beberapa lama sepi tidak menjadi kawanku. Sepi mungkin telah ku noktahku hari itu tetapi takdir sepi datang mengunjungi lagi 

Sepi datang tanpa salam, terus masuk kedalam hati ini, tanpa hadirnya punca, sepi bertandang dan terus mendiami hati ini. Bagaimana aku mahu menghambat sepi dalam hati ini. Sepi tetap berdegil mahu menghuni hati ini.

Detik gerimis datang sepi tetap bertahan di sudut hati ini. Saat ini aku tahu aku yang silap memilih rentak merajuk membawa hati sehingga mengundang sepi datang. Aku putuskan bahawa aku mahu tepiskan rasa rindu pada dia yang tidak pandai memujuk, diam seribu bahasa.

Melodi makin kuat berdendang, aku masih terjaga menangis nasib diri, pilihanku bukan kehendaknya. Akhirnya aku jua yang kecundang, menangis pada sebuah kebodohan tindakan yang diambil

Kita merestui detik perpisahan ini, saat ini bahagia yang kita mahukan, kita mahu ketenangan milik kita berdua dan jalan yang kita pilih adalah berpisah dan mengakhiri pertemuan ini dengan perpisahan.

Sepi menghiasi lagi hidup ini. Andai ini yang terakhir aku reda....jawapan pada sebuah pertanyaan. 



Sunday 29 August 2021

Perkenalan

 Perkenalan melalui media sosial merupakan perkara biasa , terutama mencari kenalan ataupun jodoh. 

Sejak PKP ni kehidupan yang terbatas menyebabkan Ina makin kuat mencari calon hidup untuk bersama menuju Jannah. 

Bermula dengan Baitul Muslim, Baitul Jannah dan Till Jannah. 

Selama PKP ni, Ina rasa kesunyian yang amat sangat, maklumlah tidak boleh keluar ke mana-mana lagi, apatah lagi berjumpa dengan ahli keluarga. Hanya berjumpa dalam alam maya sahaja. 

Kerja di rumah sahaja sejak PKP diperketatkan iaitu pada bulan 6 iaitu Jun. Sejak itu kesepian sentiasa menemani diri ini, bermulalah kehidupan Ina membilang bintang di langit pada malam yang kelam. 

Lama Till Jannah terbiar sepi, Ina bergerak aktif memberikan salam kepada beberapa orang lelaki yang dilihat boleh dipercayai dan hanya seorang sahaja yang membalas salam tersebut. Bermulalah perkenalan mereka sehingga lelaki itu yang dinamakan Azim memberikan nombor telefon kepadanya.

Dari Till Jannah kepada whatsapp, daripada satu topik kepada satu topik sehinggalah berjumpa kata putus bahawa mereka sangat serasi. Dan disitulah perjanjian mereka, mahu berjumpa dan berbincang tentang masa depan mereka.

Dan Azim menghantar rombongan meminang Ina setelah lima bulan perkenalan mereka. Akhirnya mereka disatukan pada hujung tahun. begitu senang dan ringkas perkenalan mereka.

Azim duda anak empat sedangkan Ina anak dara lanjut usia, mereka bersetuju untuk sama-sama menetap di Shah Alam, rumah kecil mereka. Perancangan mereka mahukan sekurang-kurangnya seorang anak, tidak kisah lelaki ataupun perempuan. 

Ada kalanya hubungan mereka berantakan apabila Azim teringat kepada anak-anaknya, dan adakalanya Ina sibuk hingga merasakan salah apabila membiarkah suaminya menguruskan sendiri.

Itulah kehidupan mereka. 




Friday 6 August 2021

Kisah Cinta Kita

 Andai inilah pencarian yang terakhir dalam aplikasi pencarian jodoh, Iman menerimanya. Pertemuan yang dimulakan dengan memberikan salam, disambut olehnya amatlah menggembirakan Iman. 

Iman pada mulanya membalasnya dengan biasa, niat untuk menambah koleksi yang ada sehinggalah Iman tidak menerima balasannya lagi. Iman tertanya-tanya apa punca penyebab hanya sekali dua sahaja menghantar mesej, lepas tu pihak lelaki akan diam. 

Iman cuba bertanya Mek Na dan Che Ta kenapa demikian. Mereka memberikan beberapa tips seperti mulakan dengan cerita pendek yang menarik agar lelaki tertarik mengetahui dengan lebih lanjut.

Dan apabila Iman menyemak kembali, rupanya Shah ada meninggalkan nombor telefon bimbit agar Iman menghubungi dirinya kerana dia dikatakan tidak aktif lagi dalam aplikasi itu. Hampir ke penghujung tempohnya.

Kisah cinta mereka membuatkan Iman tersenyum sendirian. Merasakan bagaikan berada di alam syurga dunia dengan kehadirannya yang memberikan pelbagai inspirasi. 

Apa yang Iman impikan agar Shah setia dengan dirinya, menerima seadanya dirinya, tidak memandang rupa paras tetapi melihat hati budi. 

Apa yang Iman mahukan pengakhiran pencarian cintanya, cinta kepada manusia yang sementara di dunia, menemani dia yang kesunyian sejak akhir-akhir ini. Semoga kehadirannya berakhirlah pencariannya selama ini.

Apa yang Iman dan Shah lakukan sekarang adalah berdoa agar hubungan mereka direstui oleh kedua pihak. Namun musim pandemik ini sangat merisaukan bagaimana mereka mahu menghalalkan hubungan ini. 

Iman mahukan Shah setia dengan dirinya, begitu jua Shah mahukan Iman menerima segala kelemahannya dan menerimanya seadanya. Kesetiaan adalah kunci utama dalam rumahtangga

Semoga pencarian cinta mereka sudah berakhir.


BERAKHIRLAH PENCARIANKU

 Andai ku mampu

Akan ku bawa mu


Hidup di syurga

Agar kekal selamanya disana

Kisah cinta kita buat aku tersenyum
Kini pun ku rasa bagai di alam syurga


Dan aku pinta kau setia denganku

Dan cintamu hanyalah untukku
Kan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku

Kisah cinta kita buat aku tersenyum

Kini pun ku rasa bagai di alam syurga


Dan aku pinta kau setia denganku

Dan cintamu hanyalah untukku
Kan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku


Segalanya kini padamu ku mohon

Dan aku hanya mampu berdoa
Berdoalah agar cinta kita direstui
Kekal hingga ke syurga


Dan aku pinta kau setia denganku

Dan cintamu hanyalah untukku
Kan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku