Friday 21 January 2022

Mimpi

 aku mahu terus bermimpi

aku tidak mahu bangkit dari mimpi ini

mimpi ini menenangkan aku

mimpi ini membahagiakan aku

mimpi yang aku Lukis sendiri

mimpi yang aku rencanakan percaturan

mimpi yang aku aturkan sendiri

tanpa aku sedar

aku lari dari realiti

aku fikir mimpi tidak mampu meremuk hati

aku sangka mimpi tidak menyedarkan aku

namun aku kalah

mimpi tetap ada dukanya

mimpi tetap meragut gembira

mimpi menghulurkan derita

detik mana yang aku tetap ingin kekalkan

detik mana yang aku ingin buang

tetap mimpi tidak merubah segalanya

 

Ragam Pelajar II

 "Hancur hati ustazah," luah Ustazah Suraya kepada pelajarnya tiba-tiba apabila mereka terserempak di cafetaria Saloma.

"Eh dah kenapa pula ustazah?" Tanya Isa dan sahabatnya Hazim.

"Awak berdua tahu kan apa yang awak dah buat semasa peperiksaan atas talian yang lepas?" luah ustazah lagi, nadanya agak tegang, tidak mampu melihat wajah pelajarnya.

"Oooo...maaf ustazah," serentak Isa dan Hazim mengucapnya, memohon simpati sambil mereka meminta izin pergi dahulu.

"Apa yang mereka telah lakukan?" Tanya Syuhada apabila mereka selesai makan tengahari.

"Mereka meniru sesama mereka, padahal sudah diingatkan beberapa kali. Di sini menunjukkan kegagalan saya dalam memahamkan erti iman dan ihsan dalam setiap pekerjaan kita. Tersentak rasa hati ini terutama apabila saya rapat dengan mereka. Perbuatan mereka sangat-sangat menghiris perasaan ini. Sedih yang tidak dapat digambarkan," luah Suraya dengan nada sedih.

Memandangkan sekarang masih lagi pembelajaran atas talian, peperiksaan akhir pun dijalankan secara atas talian, masing-masing di kediaman mereka. 

Apa kesilapan mereka yang sukar dipercayai, mereka saling melakukan plagiat dan bertukar jawapan sesama mereka. Mana adab mereka, mana kejujuran mereka, mana keimanan mereka, dan mana proses pembelajaran tersebut.

Perbuatan ini benar-benar mengecewakan hati seorang ustazah. Bagaimana melahirkan generasi akan datang, generasi rabbani - faham ke konsep ini?