Friday 5 November 2010

Perkhabaran duka

Hari ini jua aku menerima perkhabaran duka dari kampung, kesihatan ummi semakin merosot membuatkan airmata sentiasa menemaniku di saat aku terkenang bayangan wajahmu itu. Tika ini aku masih ingat ummi berpesan padaku, "Sue, belajarlah setinggi mana kamu nak belajar, ummi sentiasa mendoakan kejayaanmu."
Ummi, hatimu suci melepaskan anakmu ini merantau demi sekeping ilmu, lantaran kau jua menyelami hatiku yang tika itu membawa hati yang lara, mengubati hati kecil yang terluka. Ummi yakin yang anaknya ini akan membawa kejayaan apabila pulang nanti sebabnya dia tahu yang anaknya ini tidak mudah mengalah pada cabaran hidup.
Tatkala dikhabarkan oleh kakak sulungku yang ummi dikatakan diserang angin ahmar, membuatkan hatiku gundah, siapa yang akan menolong ummi disaat ummi tidak dapat memegang erat lagi, siapa yang akan menemani ummi di saat dia menahan kesakitan. Ummi, hati ini tidak pernah tenang sejak 2-3 hari ini, Kalaulah anakmu ini mempunyai sejumlah wang, ingin saja anakmu ini terbang balik menemanimu seperti mana ummi sentiasa menemani anaknya ini tatkala anaknya diserang demam panas ataupun serangan angin. Airmata lajunya mengalir setiap kali selepas solat memohon padaMu semoga kesihatan ummi pulih seperti sediakala.

Semangat Baru

setelah sekian lama aku masih mengharapkan kehadirannya, kali ini aku tersentak selepas membaca sekilas ayat yang menyatakan, jika kita tak mahu melepaskan seolah-olah kita tak meredai apa yang dicaturkan oleh Allah. AKu tersedar dari belenggu mimpi, cepat-cepat aku beristigfar kepada Allah memohon ampun atas apa yang telah aku lakukan selama ini. aku reda dan menerima takdir yang telah diberikan kepadaku. Cinta yang sejati hanya milikMu sahaja, jangan damabakan pada manusia sebab ia takkan kekal selamanya. Itu yang perlu aku lakukan ...melupakan dirinya seiring denagn ikrar yang telah ku lafazkan dulu. Allah menguji dengan sedikit nikmat, kau terus lalai dan alpa, cuba selamai dan baca sejarah para rasul yang begitu tabah di uji oleh Allah SWT.
Aku tidak mahu lagi menoleh ke belakang tapi aku akan bakar semanagat juangku, memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang semakin pupus dari hidup ini. Lihat dan renunglah dunia, bukan aku seorang sahaja yang diuji dan hanya ringan sahaja ujian ini. Dan aku bertekad untuk sambung belajar dan mengenali lagi alam ini dengan sepenuh hati ku.