Sunday 10 February 2019

Di saat kau pergi


Mengapa kau pergi saat aku cuba menyulam kasih ini? Sedang aku mencuba menerima dirimu seadanya….kau mengambil keputusan untuk pergi dalam hidup ini. Kata kau, kau kecewa dengan diri sendiri dan tidak yakin dengan diri sendiri, mampukah kau membahagiakan diri ini.

Di saat aku mulai mencintaimu dan berharap engkau jadi kekasih hatiku untuk selamanya. Dan aku telah merancang segalanya dalam kehidupan ini. Telah ku fikir baik buruknya namun ini yang kau pilih. Malah kau pergi jauh dari hidupku.


Menyendiri lagi di saat kau tinggalkan diriku pergi. Tak pernah ada yang menghiasi hariku lagi di saat aku terbangun dari tidurku. Aku inginkan dirimu sentiasa berada disampingku, menemaniku pada usia tua kita bersama.

Aku tidak mahu menangisi perpisahan ini namun aku gagal mengawalnya. Airmata ini tumpah jua, aku tidak mampu menyekanya.

Aku bukan yang sempurna untuk dirimu, aku telah tetapkan bahawa ini adalah takdir yang terbaik untuk kita.

Kau yang berada di persimpangan, cuba meluruskan hidup namun gagal dan kau memilih diam dan terus menghilang begitu agar aku melupakan saat manis kita bersama.

Image result for kecewa

Dilema hati ini

Aku sunggah mudah percaya pada janji yang ditaburi. Mudah terperangkap dalam kasih sayang yang diberikan kepadaku. 

Dilema ini bermula pada ketika saat kau meragui diri ini. Sedang aku sebelum ini menerimamu dengan sepenuh hati. Sudah ku rangka yang aku akan pertahankan walau mendapat tentangan dari keluargaku. Namun setelah kau berminggu-minggu meninggalkan aku dengan misteri, aku tahu inilah masa yang terbaik untuk aku undurkan diri ini. 

Mana silapnya....aku sendiri tidak tahu kerana aku sendiri ingin melepaskan apa yang aku genggam selama ini. Biarlah kenangan itu pergi sekarang supaya aku tidak merasa kesakitan yang amat sangat. Pergilah dan jangan kembali lagi kerana aku tahu antara kita tidak tertulis untuk bersama.

Takdir mungkin tidak pernah tertulis antara kita berdua. Biarlah kita yang putuskan setakat ini sahaja. Andai aku pernah melukakan dirimu, maafkan lah aku.

Jangan kau siakan nantikan takdir yang tidak pernah tercipta buat kita. Biarlah kita yang noktahkan segala pertemuan ini. Tiada yang pahit kecuali yang indah-indah belaka.

Usah kau rasa bersalah kerana semua ini hanyalah ujian kecil dalam kehidupan ini. Tapi biarlah kau tahu kesedihan hati ini. Bukannya aku gembira dengan perpisahan ini. Namun aku tidak terdaya menolak takdir yang telah ditetapkan olehNya. 

Aku bukannya tidak pernah endah dengan semua ini dan bukannya alasan untuk kita menamatkan cerita kita. Tapi inilah yang terbaik untuk kita berdua.

Saturday 9 February 2019

Takdir ini

Rintik hujan jatuh di halaman rumah telah menyedarkan aku bahawa aku masih lagi berduka. Bagaikan mengerti kesedihan ini sedang melanda diri ini. Aku biarkan manik air mataku membasahi pipi ini, walau ku sapu namun ia makin laju menuruninya.
Takdir ini sukar untuk difahami, betapa aku cuba meletakkan perkataan redha dalam diri ini. Takdir ini melukai hati ini walau aku berjanji bahawa aku tidak akan kecewa lagi. Walau beratnya menduga, menguji hebatnya ketulusan cinta kita berdua namun aku tahu tiada sinar dalam hidup ini. Kita akan tetap mengambil jalan masing-masing. 
Tiada lagi sinar matahari yang menerangi hati ini, betapa kelamnya rasa hari-hari yang mendatang. Dapatkah aku mengeringkan air mata ini? 
Aku hanya mampu berserah kepadamu Tuhan agar memberikan aku kekuatan dalam menempuhi hari-hari ini. 
           Image result for takdir

Di matamu

Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasih mu

[Verse 2]
Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahan mu
Memaksa ku mengundurkan diri

[Chorus]
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hati mu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

[Bridge]
Namun jika ku diperlukan, dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu
Namun jika ku ditolak, tak diperlukan
Buang segala tentang ku

[Chorus]
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu