Sunday 29 January 2023

Hadiah

Puan Rina menerima pesanan ringkas daripada pelajarnya yang mahu memberikan hadiah sebelum mereka pulang ke kampung halaman, menghargai segala jasa pensyarahnya selama satu semester. 

Kebetulan pula Puan Rina cuti pada hari yang mereka ingin jumpa, jadi perjumpaan itu ditunda pada hari Jumaat, selang dua hari sebelum mereka kembali ke kampung halaman mereka.

Telefon berdering nyaring di atas meja Puan Rina.
"Assalamualaikum!" Puan Rina menekan butang hijau
"Waalaikumussalam. Kami sudah sampai di depan kaunter," Mira dan Haikal memberitahu serentak.
"Sekejap ye," balas Puan Rina 

"Ada apa nak jumpa saya ni?" Soal Puan Rina sebaik sahaja nampak kelibat mereka di depan.
"Ala Puan ni, takkan kena ada tujuan khas untuk jumpa Puan. Kami rindu la," seperti biasa Haikal tidak pernah serius dalam perbualannya.
"Kenapa tak bawa saya secawan kopi Starbuck," Puan Rina berkata sambil menutup mulutnya, bergurau dengan pelajarnya.
"Puan, kami pun makan maggi je, maklumlah sudah hujung semester,"bicara Helmi pula sambil nada seolah sedih.
"Puan, kami ada sedikit hadiah untuk Puan sebagai tanda terima kasih kami. Mengajar kami dengan penuh kesabaran terutama karenah Haikal dan Helmi ni," Mira selaku ketua kumpulan memulakan bicara serius.
"Eh kenapa aku dan Helmi je. Padahal semua nakal-nakal," Haikal seperti biasa tidak mahu mengalah.
"Jadikan ilmu itu bermanfaat, jangan sekadar untuk peperiksaan, untuk kejara CGPA semata-mata," pesan Puan Rina selaku pensyarah Ekonomi Islam.
"Puan, halalkan segala ilmu yang diajari. Maafkan kami semua sekiranya kami selalu buat Puan sakit hati dan sedih," Tasya pula bersuara setelah melihat semua rakannya diam seketika.
"Eh jom la ambil gambar ramai-ramai. Janganlah sedih-sedihnya. Semoga semester depan kita jumpa Puan lagi," Helmi berseloka apabila melihat muka rakan-rakannya teduh sahaja.
"Jumpa boleh tapi jangan mengulang subjek sudah," Puan Rina memberikan amaran awal-awal
"Macam mana jawapan kami semua? Puan sudah habis semak kan?" Tanya Iqbal 
"Tunggu keputusan Senate ye," balas Puan Rina.
"Ni yang buat kamu berdebar kencang ni," Raisya bersuara.
"Jangan fikir apa-apa lagi, banyakkan berdoa. Dan nikmati cuti semester ni dengan berkhidmat kepada kedua ibu bapa," Puan Rina menasihati mereka.
"Tapi saya sudah kehilangan kedua ibu bapa saya puan," balas Farhan perlahan.
"Eh jomlah bergambar. Mira tu tak sabar nak buat story dalam IG dan TT," Haikal tak habis-habis mengusik Mira. 


Saturday 28 January 2023

SUARA HATI


Kenal, bangkit dan tabah

Kita harus kenal

Erti sebuah penderitaan

Sebelum kita dambakan

Seutas kasih sayang

Biar kita rasai

Peritnya pengalaman

Sukarnya perjalanan

Susahnya kesenangan

Yang menanti

 

Kita bangkit dari kejatuhan

Yang menimpa nasib kita

Dan hidup kita

Kita seharusnya tabah

Kental,

Bersemangat,

Berani,

Memperjuangkan keadilan

Menegakkan yang hak

Menyuarakan kebenaran

Mencegah yang batil

Wednesday 18 January 2023

Ragam Pelajar VIII

 "Madam, ada ke Nisa kata nama madam, Nurul Nadia," bagitahu Sasmita bersungguh-sungguh kepada Madam Nadia.

"Habis tu nama madam apa?"Tanya Madam Nadia, wajahnya cuba menahan kerutan.

"Nama madam, Khairani kan?" Penuh yakin Sasmita memberitahu.

"Sasmita, nama madam, Nurul Nadia la, Madam Khairani ajar Statistik la," Juliana bingkas memberitahu.

"Eh betul ke madam?" Tanya Sasmita, mukanya kemerahan menahan rasa.

Madam Nurul Nadia menunjukkan tag pengenalan pekerjanya kepada Sasmita sambil tersenyum. Suka dengan sikap Sasmita yang yakin.

"Madam, saya minta maaf," Sasmita memohon maaf dengan bersungguh. 


Thursday 12 January 2023

Kenangan dan memori tersulam

Berapa jauh aku berjalan

Kenangan itu tetap memenjarakanku

Berapa laju aku berlari

Memori itu tidak terpadam 

Langkah aku atur 

Untuk aku hilangkan resah 

Kenangan yang tertinggal 

Dibuai mimpi semalam 

Penuh dengan kedukaan 

Hilang rasa itu 

Aku nanar dan pasrah 

Aku gagal lagi 


Sunday 1 January 2023

Rindu

 Rindu itu hadir kerana dikatakan banyak kenangan tercipta dan dilakarkan. 

Tetapi dia hanya singgah sahaja, bukan lama pun, dan seolah seperti biskut.

Dan katanya jika dia tidak sepatutnya ada lagi dalam hidup kita, kita kena belajar melepaskannya

Segala kenangan itu pahit atau manis, carilah kemanisan untuk kita teruskan hidup

Doakan untuk dia, semoga dia terus bahagia dan kita ciptalah bahagia dengan warna kehidupan kita.

Semoga dia terus bahagia...........lepaskanlah walaupun pahit.