Friday 11 November 2022

Ragam Pelajar VI

 Cerita 1

"Ustazah, saya sudah hantar tugasan yang diberikan," beritahu Amir.

"tapi ustazah dah semak dalam sistem, masih belum ada," balas ustazah Mahyunah

"Nanti saya check ye," balas Amir.

Tapi tiada apa tindakan susulan yang menyebabkan ustazah Mahyunah serba salah, adakah Amir melakukan ataupun tidak tugasan yang diberikan ini. 

Apa yang patut ustazah lakukan? 

Wednesday 9 November 2022

Ragam Pelajar V

Cerita 1 

 "Puan, maaf saya tidak dapat datang ke kelas pada hari ini kerana tren tergendala daripada LRT Ampang Park ke LRT Kelana Jaya," Amir beritahu dalam kumpulan Whatsapp. 

Beginilah pelajar sekarang, tiada daya untuk berfikir mencari alternatif dan mengambil peluang yang ada ataupun memang tiada duit dan berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan yang lain.

Cerita 2

"Ustazah, saya masih belum ambil buku dengan ustazah Suraya. Boleh tak nanti ustazah tolong ambilkan dan berikan pada saya pada waktu kelas nanti," beritahu Nora melalui pesanan ringkas whatsapp.

"Datanglah ambil dengan ustazah Suraya," tegas ustazah Rohana membalas mesej tersebut.

Beginilah pelajar sekarang samada tidak mahu berusaha, senang menanti, cuba jalan yang paling mudah. Apa salahnya berusaha untuk datang mengambilnya sendiri, jangan lah menyusahkan ustazah ataupun guru.