Wednesday 25 April 2018

Matahari & Bulan

Selamat tinggal matahari ....lepas ini mungkin matahari takkan menyinar di tempat permukiman ku ini. Mungkin hanya bulan yang menerangi permukiman ini.

Matahari....walau memberi redup sedikit, namun cahaya nya mampu memberi sinar kebahagiaan. Cukuplah bertahan lamanya ia tetap bertakhta di hati. Usah di tanya kenapa, kerana ia lahir di dalam hati, tiada jawapan yang pasti namun tiada ragu-ragu kenapa ia berputik rasa itu.

Matahari....tetap akan ku rindui kerana banyak kenangan bersama. Harapnya ada rembulan akan mengganti. Walau tidak sama namun masing-masing ada kelebihannya.

Harapnya ketemu lagi walau jarang sekali. Harapan mungkin ada sedikit rezeki dalam setahun.


Ustazah Garang

"Kenapa awak tak khatam Quran?"Tanya Ustazah Maryam kepada pelajarnya Faiz apabila melihat dia masih terangkak-rangkak mengeja dan mengenal huruf al Quran.
"Saya dah tukar empat kali ustaz ataupun ustazah. Mereka semua tak tahan dengan saya. Mereka kata saya lembap. Mummy saya sangat marah tau ustazah," Faiz bercerita dengan panjang lebar.

Patutlah Faiz tidak khatam, rupanya peringkat pertama mengenal huruf pun dia gagal. Mengapa perlu garang dan tidak sabar dalam mendidik dan mengajar anak. Sebenarnya jika kita boleh mengajar sehingga dia pandai boleh menyebabkan kita mungkin mendapat pahala berganda dunia dan akhirat.

Rata-rata yang tidak khatam kerana pindah sekolah, tidak suka dengan ustaz dan ustazah, mungkin ini disebabkan dalam kelas mengaji terlalu ramai sehingga tidak dapat fokus. Ada yang pergi sekolah agama sekadar mengisi masa lapang. Usaha ini perlu diterapkan oleh ibu bapa.

Kesedihan melihat ramai anak muda zaman sekarang yang masih gagal membaca al quran dan ini membawa mereka meninggalkan al quran, tiada rasa cinta pada qalamullah. Inilah perjuangan sekarang, mengajar mereka mengenali al quran dan mencintainya.
 

Wednesday 4 April 2018

Merdekakan rasa itu

Mahu aku bebaskan ia
Rasa yang menjerut itu
Yang membelit hati ini
Pergilah ....jangan kau kembali

Mahu aku genggam merdeka
Tolak semua kenangan
Ketepikan rasa itu
Sungguh sakit...sakitnya


Patahnya sayap
Jatuhnya aku di sini
Gagal aku perbaiki
Tidak mahu aku terbang lagi
Cukuplah aku singgah di sini

Airmata tumpah jua
Takdir itu aku sambut
Terima dengan redha
Yakin adanya hikmah