Tuesday 30 July 2019

Kerja Part Time



“Mengapa awak selalu ponteng kelas ni?” Tanya Cik Aini pensyarah muda kepada pelajarnya yang kelihatan lesu dan letih sahaja sepanjang kelas.

“Saya selalu terlajak tidur puan,” jawabnya lemah sambil kepalanya tunduk memandang lantai.
“Puan, nanti saya nak jumpa,” dia bersuara perlahan sambil meminta izin untuk pergi ke kelas seterusnya.

Dalam perjalanan balik ke fakultinya, Cik Aini ditahan oleh pelajarnya yang lain.
“Puan, saya ingin bercakap dengan puan sekejap,” Suara pelajar tersebut kedengaran takut-takut, bimbang dimarah oleh pensyarahnya kerana tergesa-gesa menahan.

“Kenapa?” Tanya Cik Aini, sedikit terganggu kerana dia tergesa-gesa mahu balik ke fakultinya, banyak kerja menimbun yang menantinya.

“Puan, pertamanya saya minta maaf kerana selalu datang lambat dan adakalanya saya tidak datang ke kelas. Saya bekerja ‘part time’. Dan macam-macam kerja yang saya lakukan agar saya boleh bayar yuran pengajian sem ini,” terang Muna panjang lebar sambil matanya bergenang.

“Muna, saya bukannya tidak mahu memahami dan tidak membenarkan awak bekerja tetapi awak tetap kena jaga pointer awak. Jangan pula, yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran pula,” Puan Aini memulakan bicara lembut.

“Saya faham puan. Kadang kala saya tak sempat mandi dan sarapan, tapi saya berusaha datang ke kelas puan. Tugasan yang diberikan saya akan pastikan saya buat dengan sempurna,” Muna menjelaskan lagi.

“Apa kerja yang awak lakukan?” Puan Aini nampak mula berlembut.
“Saya buat macam-macam, saya jadi dropship, pemandu grab, pekerja promoter dan apa sahaja asalkan halal puan,” Muna meneruskan bicara.

“Keluarga saya menhadapi masalah kewangan. Ayah saya telah berhenti kerja, adik saya masih lagi belajar. Kakak saya terpaksa berhenti untuk beri saya peluang belajar. Dulu saya belajar di kolej lain tetapi separuh jalan kolej itu terpaksa ditutup. Saya tidak dapat pinjaman lagi dan dalam masa yang sama saya kena selesaikan pinjaman yang dulu. Saya rasa ujian saya sangat berat puan tapi saya cuba cekalkan hati. Saya bukan minta simpati puan tetapi saya mahu puan faham dan memahami situasi saya. Saya berjanji saya cuba belajar sendiri dan berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan saya,” tegasnya mengakhiri perbualann.



Monday 15 July 2019

Sakitnya


Sakitnya hati ini
Tiada siapa yang tahu
Sinar yang kau berikan dulu
Walau aku enggan menerimanya
Lama kelamaan aku tidak lagi menolaknya
Dan rindu mula menguasai hati ini
Mengharapkan kau datang ke pangkuan
Mendambakan setiap hari menemani
Sudah puas aku menangis
Kau datangkan kelam
Kau berikan aku mendung
Setelah semusim kau bahagiakan
Semua itu jadi memori sahaja
Dan taida siapa bisa merasakan
Sakitnya hati ini
Jika kau tak mahu lagi melihat aku tersenyum
Usahkan kau lemparkan kegembiraanku
Kan ku cari sinar baru 




Saturday 6 July 2019

Gelagat Pelajar

Rencah kehidupan ini sememangnya pelbagai warna terutama apabila berhadapan dengan 1001 orang pelajar. Mereka datang ke sini untuk mempelajari sesuatu yang baru. Disebabkan itulah kita mesti menambah ilmu buat mereka, bekalkan resepi kejayaan untuk mereka supaya mereka berjaya berjalan di jalan yang benar.

Dalam mendakap kebahagiaan hidup sememangnya banyak benda yang kita kena korbankan, terutama masa kita, dan adakala harta pun sama. Jangan pernah berkira untuk melihat kejayaan mereka semua.

Semester ini gelagat pelajar seperti yang dijangkakan ada yang masih remaja cuba-cuba mengaku nama orang lain, ada yang tidur di dalam kelas disebabkan kelas yang sangat sejuk dan nyaman sekali, ada yang berusaha keras menyiapkan tugasan yang diberikan, ada yang berwajah orang putih tetapi boleh berbahasa Melayu, ada yang bertemu 12 jam seminggu, ada yang takut-takut, ada yang suka ambil kesempatan dan pelbagai lagi.

Semester ini sebenarnya mencabar tetapi saya sudah bersedia daripada awal , jadi saya tidaklah kelam kabut seperti biasa. Sememangnya jadual agak padat pada hari Rabu membuatkan saya mengatur pelbagai strategi.

Sudah dua minggu kelas bermula tetapi saya masih gagal mengingati nama pelajar dan wajah pelajar. Ini amat membimbangkan saya.


 Bagaimana saya mahu menghadapinya, kerana saya tahu dia bukan milik saya. Dan saya tidak mahu dikarakan perampas. 


Pengharapan yang adakalanya turun naik disebabkan dia seolah mempermainkan dan mempergunakan kelebihan yang saya ada. Itulah sebab dan puncanya.


Saya percaya kalau itu yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui. Doakan yang baik-baik.