Sunday 26 May 2019

Perasaan ini


Berperang dengan perasaan sesuatu yang amat menyakitkan. Ingin melepaskannya tapi dalam masa yang sama ingin tetap bersamanya. Mana satu keputusan? Pabila saya memilih untuk menyekat panggilan masuk tetapi dalam masa yang sama saya mahu dia berusaha menghubungi saya. Begitu jua dengan maksiat atau dosa, betul-betul mahu mensucikan dosa tetapi tiba-tiba mahu mengulanginya lagi.
Kadang kala saya resah menanti dan terus menanti tanpa saya tahu dia akan menghubungi ataupun tidak. Mengapa saya ada persamaan dengan dia, sebab keinginan kami sama. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain.
Sampai saat ini saya pun tidak mengerti mengapa dia? Apa istimewanya dia? Adakah disebabkan keberaniannya? Mungkin? Mengapa susah saya mahu membencinya dan meninggalkan dia selamanya? Adakah kedatangannya saat saya memerlukannya? Semakin dia lama menghilang semakin parah rindu ini membuak-buak. Mengapa dan mengapa? Tetap menjadi persoalan.
Tapi kami tetap tidak mungkin bersatu kerana halangannya sangat besar. Biarlah rasa ini disimpan dalam hati sahaja. Kejarilah cinta Allah yang tidak pernah menghampakan hambaNya.


Dia


Tak pernah ku sesali
Hadirmu di hatiku
Walau hari ku
Aku jalani tanpa dirimu
Kerana Hatiku yang mengingin
Lebih Mengharapkan kamu
Aku tak peduli
Walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh
Mencintaimu
Aku tak peduli
Walaupun berulang kali
Hati ini takkan mungkin
Membencimu
Sampai saat ini aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Di hatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Kucuba fahami
Mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan
Apa pun terjadi walau tersakiti
Ku tak berhenti tak pernah berlari
Ku tetap disini cuba memahami
Tetap menanti keajaiban berlaku

Image result for aku dan dia


Saturday 25 May 2019

NOSTALGIA


NOSTALGIA


Nyanyian unggas mengingatkanku
Derun ombak mengembalikanku
Desiran bayu memancarkan
Nostalgia lama
Sisa kenangan lalu menerjah minda
Biarpun kehadirannya tidak diundang

Ku kutip helaian rindu
Ku tuai benih-benih kasih
Ku tatap potret  kenangan
Ku laungkan rinduku
Ku bisikkan rinduku pada angin lalu
Ku kesepian diuliti resah
Terdampar aku di sini keseorangan
Tanpa tawa riang teman sepermainan
Gurau senda rakan-rakan
Aku pernah tewas dalam percaturan hidup
Dalam memburu kejayaan

Akanku pasrah pada hidup ini
Ku gagahi jua
Melangkahi ranjau berduri
Biarpun terluka
Demi sebutir kemenangan
Yang akan aku genggam
Jika aku tabah mengharungi
Dan mencapainya

                                                          PutriAdini
                                                          Kuala Lumpur

Bebaskan aku


Keluarkan aku
Bebaskan aku
Dari cengkaman ini
Aku tak mampu lagi bertahan
Mengapa ini yang berlaku
Aku tak tahu kembara ini
Di mana akhirnya
Aku sesat dalam kembara
Hilang arah dan punca
Jejak bertabur
Dan aku takut
Akan azabMu

Wednesday 22 May 2019

Puas


Kau telah pergi
Meninggalkan diriku ini
Dan aku terasing
Dari ingatan yang kau cipta
Betapa kejamnya dirimu
Menyiksa hati yang mencintamu

Puaskah hatimu
Melukakan perasaan yang menanti
Jawabanmu yang tak pernah menghargai
Ternyata cinta buat diriku
Tak ada lagi

Bahagiakah kau menikamku selama ini
Walau ku bersedih kurela melihat kau pergi
Betapa kejamnya dirimu
Menyiksa hati yang mencintamu

Cuba rasa perit lukaku
Selalu ingin kau tahu
Andai terpisah jasad dari nyawaku
Ku tetap setia untukmu selamanya


Tiada dirimu


Ku cuba mengerti
Siapa diriku
Dalam kamus hidupmu

Apa yang kau inginkan
Jika kau tidak mahu cintaku
Apa yang kau mahukan

Biar berat ku menghadapi
Tidakkan aku ulangi
Meminta hatimu
Cukuplah sekali

Tidak pernah ku sesali
Hadirmu seketika cuma
Kerana ku berjaya mengecap
Nikmatnya hidup ini

Walau selepas ini
Aku jalani  hari hari ini
Tanpa bicara dirimu lagi
Diam tanpa bicara



Bukan Cinta


Dirimu
Berjaya mengubah fikiranku
Kau datang saat ku memerlukan
Kau menerangkan hidupku
Yang mulai mendung
Hatiku sangat inginkan
Mengharapkan cinta
Mendambakan kasih

Penatku terungkai
Lelah ku tercampak
Kau berjaya menyuluhnya

Namun jika bukan cinta
Apa yang kau mahu
Kerana hatiku telah terpenjara
Memadu kasih yang kau hulur

Saat kau tumpaskan rasa
Hatiku menjerit gembira
Kau merawat lukaku ini

Hadirmu seketika Cuma
Seperti yang lain jua
Sekadar janji seketika
Aku nanar di sini
Merenung masa depanku


Saturday 18 May 2019

Lelaki itu

"Mira, ada orang nak berkenalan dengan saya dalam dating la. Sampai saya tak tahu nak likes ke tidak, " adu Marina setelah mereka berjumpa pagi tu.

"Wow....kiranya kau hot di pasaran la ni," Mira mengekek-ngekek ketawa sambil menutup mulutnya bimbang didengari rakan sebelahnya Faris yang suka mengambil tahu hal disekeling dari sebesar-besar perkara sehingga ke sekecil-kecil perkara.

"Kau rasa kenapa aku jadi hot sedangkan aku ni tak cantik dan dah berusia, lewat 30an lagi," balas Marina masih tertanya-tanya kenapa ramai lelaki menghulurkan salam perkenalan dalam aplikasi dating di facebook.

"Kau tahu tak kenapa Marina? " Soal Faris dalam sebelah cubiclenya.

Eh macam mana mamat sebelah ini boleh dengar. Geram pula Marina apabila si penyibuk itu menyampuk dan mula datang ke meja mereka. Alamak Faris dah datang pula mahu sama-sama membawang bersama kami pula.

"Marina....kau nak tahu tak?" Faris bertanya perlahan. Dia cuba menjaga sensitiviti Marina dan Mira.

"Kau ni kenapa Faris? Tak boleh ke kalau kau tak nak menyibuk? " Mira menunjukkan muka yang tidak puas hati dengan kehadiran Faris.

Faris tanpa mempedulikan pandangan Mira terus menarik kerusi dan duduk di tengah-tengah antara Mira dan Marina.

Marina menunggu jawapan daripada Faris. Malu untuk mengulangi jawapan tetapi mahu mengetahui jawapannya.

"Kau tu hanya dilihat sebagai objek untuk memuaskan hati mereka. Sebab kalau budak-budak remaja, budak-budak itu tak layan sangat orang-orang berusia. Jadi mereka cari orang yang berusia sama baya dengan mereka. Mereka melihat muka sahaja tetapi mereka membayangkan macam-macam. Tambahan pula mereka ini memang ketagih kepada video-video lucah. Apa yang mereka boleh buat, mereka cuba memuaskan nafsu mereka dengan begitu. Nak buat yang sebenarnya takut dengan pelbagai penyakit. Jadi itulah pilihan mereka, mereka akan minta nombor telefon, buat video call dan mulalah tunjuk apa yang tidak sepatutnya tanpa rasa malu. Dan cuba memujuk untuk pasangan tersebut tunjukkan sedikit supaya sama-sama merasa puas," terang Faris panjang lebar yang membuatkan Marina dan Mira merasa malu.

"Betul ke Faris?" Tanya Mira masih lagi tidak setuju dengan pandangan Faris.

"Mungkin kau tidak percaya. tapi kalau kau nak cuba, bolehlah pilih seorang dulu," Faris cuba bagi cadangan.

"Eh tak nak lah aku cuba-cuba," Mira menjawab sambil mengangkat bahu tanda rasa geli dan jengkel dengan perbuatan mereka.

"So bagi kau, aku tak payah kan terima salam tu kan," Marina bertanya meminta kepastian.

"Segalanya terletak di tangan kau Marina. Kau boleh pilih jangan mudah terpedaya. Terutama yang beria-ia minta nombor telefon, mula panggil kau sayang la, sibuk nak buat video call, minta kau jangan pakai tudung la....aku bagi beberapa contoh untuk kau pertimbangkan," Faris cuba memecah kebuntuan Marina.

"Ada juga yang baik di dalam tu. Kau kena selective. Banyakkan soal jawab dulu dan tanya pelbagai soalan yang kebarangkalian untuk menguji mereka," Faris menyambung bicara lagi.

"Kawan aku pernah cerita dulu. Dia ada peminat misteri iaitu jiran sebelah rumahanya. Lelaki tu dah ada isteri. tetapi kalau dia kena kerja luar ataupun outstation, dia akan buat video call dengan kawan aku tu, tengah malam. Pabila kawan aku angkat, tak nampak pun muka dia dan dia diam je. Kawan aku pun heran lah. Lama kelamaan dia baru perasan bahawa mungkin sebenarnya masa tu dia tengah kemaruk dan mencari sesiapa sahaja untuk puaskan dia. Terkejut tahu kawan tahu. Tapi yang geramnya kawan aku ni dh jatuh cinta dengan jirannya. Dia layan sehingga suatu hari jiran dia hantar gambar kepunyaan dia pada kawan aku. Terduduk dia dan terus dia block jiran dia weh. Masa tu terus dia menangis terketar-ketar dan dah tahu tujuannya, sebagai objek sahaja, tiada niat pun nak ajak kawin atau nak jadikan yang kedua pun. Aku memang bagi ceramah free je kepada dia," Mira akhirnya membongkar kisah kawannya yang tertipu.

"Lelaki-lelaki di dunia sekarang ini tak boleh percaya. Apa lah nak jadi kan?" Marina melahirkan kekesalan.

"Ntah-ntah kau pun termasuk eh Faris," Mira mengusik Faris dengan menunjukkan dengan jari telunjuk padanya.

Faris tersenyum dan mengangkat bahu sambil berlalu pergi menyambung kerja yang terbengkalai.





Ramadhan


Ramadhan,
Di kala mengenang kedatanganmu
Airmata keinsafan jatuh
Berguguran ke pipiku ini

Ramadhan
Mengajar erti kesabaran

Dalam menempuh mehnahMu
Bagaimana peritnya
Melawan godaan nafsu
Daripada bermaharajalela
Ramadhan
Adalah tamu agung
Disambut dengan penuh pengharapan
Bulan penuh rahmat dan berkat
Bulan pertolongan dan pertambahan rezeki

Ramadhan
Penghulu segala bulan
Bulan yang mulia
Keampunan yang datang
Hanya menjelma
Sekali dalam setahun
Ramadhan
Medan ujian dan latihan
Hikmah yang terkandung
Bekalan diri sebagai pembenteng

 Ramadhan
Banyak kelebihan
Menunai  solat tarawikh
Mencari  lailatulqadar
Merebut fadilat ramadhan
13 Ramadan 1440H        


Tuesday 14 May 2019

Tiada dirimu


Aku cuba mencari siapa dirimu yang sebenarnya. Apa cuba mencungkil apa yang kau mahu dari dalam hidupku. Apakah kau hanya sekadar mahu diriku ketika engkau sunyi ataupun benar-benar maksudkan erti cinta tersebut.

Berat untuk aku melepaskan engkau pergi walau bibir selalu melafazkannya. Aku tetap mahukan hatimu, pintaku dalam diam janganlah kau menoleh pergi,kekallah di situ menanti diriku ini.
Namun tidak pernah aku sesali kehadiranmu dalam hidupku ini. Tiada penyesalan pada sebuah pertemuan kita kerana engkau berjaya menyinari hidup ini. Memberikan aku secebis bahagia dan senyuman.

Bicara kita diam sahaja sekarang ini, hanya jelingan mata sahaja menjadi bahasa kita. Bagaimana mahu aku lewati hidup ini apabila tidak berpapasan denganmu. Mengapa aku begini gagal mengawal diri ini sedangkan aku berjanji yang aku akan melepaskan dirimu, membiarkan angin membawa kenangan memori bersama kita. Mampukah aku lalui hidup ini tanpa jelmaan dirimu itu.


Saturday 11 May 2019

Tertekan



“Assalamualaikum ustazah, hari ini saya tak dapat buat bacaan surah kerana saya ditahan di hospital.” MIsha menghantar pesanan ringkas kepada Ustazah Adni.
“Ya Allah, kenapa Misha?” Tanya Ustazah Adni, tidak sedap hati dengan pesanan tersebut.
“Saya dimasukkan ke hospital kerana depress teruk.” Balasnya
“Semoga Misha cepat sembuh dan jangan lupa solat dan ngaji ye.” Titip Ustazah Adni.
Keesokkannya Ustazah Adni pergi berjumpa dengan penasihat akademik Misha, Encik Mazlan untuk bertanya khabar lebih lanjut lagi tetapi Encik Mazlan sibuk tengah bercakap di talian.
Selepas itu Encik Mazlan sendiri datang berjumpa dengan Ustazah Adni untuk bertanyakan kenapa Ustazah Adni datang ke mejanya.
“Kenapa Ustazah?” Tanya Encik Mazlan
“Saya nak tanya pasal Misha,” terang Ustazah Adni.
“Dia sekarang di tahan di hospital Klang kerana mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk. Saya sudah bercakap dengan doktor yang merawatnya bahawa dia kemurungan kerana masalah dia gagal memahami maksud bacaan dan dia rasa perkara ini amat memalukan dirinya. Sedangkan dia target untuk semester ini dia perlu mendapat A,” jelas Encik Mazlan.
“Dia pernah komplen hari tu, katanya ustazah pernah memalukan dia di depan rakan-rakannya. Dia sebenarnya daripada keluarga yang berpecah dan dia tidak pernah belajar quran sejak dari kecil lagi. Baru sekarang dia belajar solat dan bacaan dalam solat.Dia mahu belajar secara bersemuka,” Encik Mazlan menyambung bicara apabila melihat Ustazah Adni diam sahaja.
“Tapi memang tu cara pengajaran untuk kelas mengaji ini. Semua pelajar perlu buka mulut dan menyebutnya. Kalau tidak bagaimana mahu memperbetulkannya?” jelas ustazah Adni yang agak terkilan apabila dikatakan memalukan pelajar. Satu tanggapan yang salah dan perlu diperbetulkan.
“Sepatutnya kita membuat penerangan dengan lebih jelas kepada semua pelajar dan mentor semua supaya semua tahu bagaimana kelas ini dijalankan. Mula-mula para asatizah yang akan sebut dan akan diikuti dengan pelajar semua. Selepas itu pelajar akan menyebutkan satu persatu untuk proses mengetahui betul ataupun tidak sebutan itu,” terang ustazah hikmah selaku penyelarasa program ini.
“Nanti saya bawa dia jumpa kaunselor supaya tidak lagi berulang peristiwa ini,” janji Encik Mazlan merangkap menutup perbualan tersebut.