Saturday 23 July 2011

Bahagia itu bukan milikku

Sebak dada ini tatkala kau memberikan aku keputusan itu. Mana mungkin aku menerima jawapan sedemikian. bagaikan langit menimpa kepalaku, bagaikan ingin pecah dadaku menaham sebak.
Bahagia yang ku undang derita yang kau tawarkan. Harapan yang ku beri, kaca yang kau hulurkan, betapa pedihnya menerima dugaan yang hebat ini. Seandainya inilah kali terakhir kita ketemu, maafkanlah aku. Aku tahu amat susah untuk memadam kenangan dalam masa singkat dan aku kira agak mendalam luka itu untuk sembuh. Tak mungkin kita meneruskan lagi mimpi indah kita. Kita kena berani berdepan dengan realiti, itu titipmu yang terakhir. Aku hanya mampu memandang dengan pandangan yang kosong.
Mataku hanya memandang kegelapan walaupun ada cahaya yang cuba mencuri masuk kerana apa? Aku tidak dapat menerima takdir atau aku takut berdepan dengan realiti hidup.
Aku tidak pernah terbayang derita akan menghiasi kamar hatiku, pernah cuba ku usir tapi sekejap sahaja ia menghilang. Aku cuba mengundang bahagia bertamu di hati namun ia seakan tidak sudi menjenguk diri ini. Mahalnya bahagia bagi diriku ini. Bahagia bukan boleh dijual beli kalau tidak sudah lama aku akan membelinya. Siapa yang ingin mengecapi derita?

Masih terhenti di sini

Sedang aku cuba membaca garisan di wajahmu. Aku melihat kau mengukir senyum yang indah bagaikan kau menggambarkan sesuatu yang indah sedang berlaku.
Jika kau fahami isi hatiku,aku tak ingin waktu rehat tanpamu menemaniku.
Dirimu bagaikan obor yang menyala menerangi kegelapan hati ini. Dan aku terus menanti dirimu memayungi diri ini. Tapi diriku masih terhenti di sini tetap menunggu dan menunggu walau bayangmu tidak lagi kelibat. Dan jalanku masih belum dapat ku pasti

Andai kau dapat memahami bahawa ku menangung semua ini, rasa derita, rasa sepi, rasa sakit, rasa kecewa, rasa pedih dan rasa kabur, kau jua akan memahami kerana bukan niatku ingin kau pergi tapi kita telah sepakat. Kita punyai cita yang perlu diteruskan. Kita ingin bungai kejayaan yang telah kita kecapi. Dan aku masih masih terhenti di sini.
Tiada daya untuk ku lakukannya kerana kau telah berpaling pergi walaupun di waktu ini aku masih punyai cinta. Hanya lambaian luka ku berikan padamu, agar dapat kau memahami cinta ini masih tersisa.

Sunday 17 July 2011

Aku, hari ini dan esok

Aku sudah temui jawapannya. Takdir yang diberikan mempunyai pelbagai hikmah. Arus yang deras sudah berani ku tempuhi. Pperjalanan seorang diri mengajar aku erti ketabahan dalam mengharungi luka ini. Walau tiada tangan yang menghulurkan pada diri ini, aku mengerti erti kehidupan ini. Tapi sekarang aku ingin merasa kemanisan setelah ku telan segala kepahitan. Akan ku petik bintang untuk ku hiasi dalam dada ini, biar terang menyuluh. Bulan menemaniku tersenyum melihat aku mampu mengukir senyum. Mungkin esok aku akan mampu mengorak langkah dengan bergaya. Kebangkitan aku akan diiringi doa semoga aku tabah selamanya.
Kini aku akan kembali, berakhir musim duka dan pahatan pahit luka. Aku mahu rasa kemanisan hidup ini

Cuba akhiri

Aku cuba akhiri derita ini dengan cuba menghiasi dengan pelbagai wajah suka dalam memoriku sekarang ini. Seperti kata ibu, kita mesti hidup gembira dan menggembirakan orang baru hidup kita tenang.