Sunday 15 May 2016

Lewat


“Malini, kenapa awak selalu datang lambat ke kelas sekarang ni?” tanya Cik Mastura pensyarah Ekonomi selaku mentornya.
“Cik, saya tinggal di Pelabuhan Klang. Saya naik bas dan perjalanan saya mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke kolej ni,” terang Malini.
“Kalau ada peperiksaan jam 9 pagi, jam berapa awak akan turun dari rumah awak?” Cik Mastura masih belum berpuas hati dengan penjelasan yang ringkas.
“Saya selalunya akan ambil jam yang paling awal iaitu jam 7 pagi. Tapi jalan raya ni kan tak boleh diagak, adakalanya berlaku kesesakan, adakalanya lancar sahaja,” terangnya lagi dengan teragak-agak.
“Kenapa tak sewa rumah berdekatan kolej?” Cik Mastura masih lagi menyoal Malini.
“Mak saya memerlukan saya Cik Mas. Saya selalu kena balik tolong mak saya jaga adik-adik saya. Saya dah taka da ayah,” sayu sahaja Malini menuturnya.
Dalam keadaan sekarang, semua orang berkereta ataupun lebih tepat berkenderaan datang ke kolej tapi dia dengan penuh semangat masih lagi menaiki bas ataupun menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke kolej. Apabila dia lambat sampai di kolej dan tidak berkesempatan masuk ke kelas, dia akan mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh dan bertanyakan kawannya jika ada tugasan ataupun kerjarumah yang perlu dilakukan. Baginya pembelajaran penting dan tidak boleh disiakan dengan apa yang telah dikorbankan oleh ibunya.




Saturday 14 May 2016

Sakit itu Ujian 2

Kisah 2
“Ustazah, Fara minta maaf kerana tidak dapat lagi meneruskan kelas tajwid tu,” tutur Fara ketika terserempak di CafĂ© Town.
“Fara ada masalah ker?” Ustazah Solehah menanya lembut.
“Ustazah ingat tak yang saya pernah ceritakan pada ustazah yang saya pernah jalani pembedahan disebabkan kanser?” Fara bersuara perlahan, cuba menahan rasa sedihnya.
“Kanser apa ye, lupa pula saya?”
“Kanser dibahagian muka ni, saya pun tak pasti namanya. Yang pastinya kanser itu menyerang kembali setelah dua tahun. Sekarang ini saya kena jalani kimoterapi untuk mematikan kembali kuman tersebut. Saya takut ustazah,”jelas suara Fara semakin bergetar menahan sendu.
“Ustazah doakan semoga Fara kembali sembuh seperti sediakala. Setiap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah kepada hambaNya. Fara kena kuatkan semangat dan jadikan itu sebagai cabaran dalam kehidupan. Allah sangat sayangkan Fara kerana memilih Fara untuk menjalani ujian ini,” nasihat Ustazah Solehah sambil memegang erat jari Fara, cuba mendamaikan rasa di hati Fara.
“Terima kasih ustazah. Doakan saya panjang umur ye,” Fara menamatkan bicara dan terus bergegas pergi setelah menyalami ustazah Solehah.

Ustazah Solehah memandang sehingga hilang kelibat Fara dari pandangannya. Betapa tabahnya hidupnya menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Fara merupakan pelajar yang cemerlang dan selalu bertanyakan persoalan agama dengan Ustazah Solehah. Ustazah Solehah terbayang-bayang gelagat Fara di dalam kelas yang suka menolong rakan-rakannya yang mempunyai masalah. Sememangnya Fara dikenali sebagai pelajar yang peramah dan disenangi oleh semua yang mengenalinya. 

SAKIT ITU UJIAN


Kisah 1
“Kenapa awak nak berhenti?”Tanya Puan Amalina kepada pelajarnya.
“Saya….saya….,”Matanya berkaca dan menangis.
Jari Amalina terhenti menaip selepas melihat Hanani pelajarnya menyeka airmata yang mengalir. Amalina menunggu sahaja Hanani menyambung kata-katanya itu.
“Saya sebenarnya telah disahkan mengidap Kanser Kolon tahap 2, puan,” selepas beberapa minit Hanani menyeka air matanya akhirnya dia memberitahu dengan lajunya. Airmatanya makin lebat membasahi pipinya.
Amalina kehilangan kata, dia sendiri tidak tahu apakah yang patut diperkatakan.
“Sabarlah Hanani, setiap ujian yang mendatang kita perlu tabah menghadapinya. Hanani ada anak kecil kan?” Amalina cuba mententeramkan keadaan yang semakin hiba.
“Ya puan. Anak saya baru berusia 8 bulan,” jelas Hanani.
“Ayah saya mahu membawa saya berubat ke luar negara, sebab itu saya terpaksa berhenti dulu. Sekiranya diizinkan oleh Allah, apabila sihat nanti saya mahu sambung belajar kembali,” suaranya sudah bersemangat kembali, seperti mana yang Amalina kenal dulu.
“Betul tu, saya sokong. Yang penting teruskan berdoa semoga disembuhkan penyakit tersebut dan awak boleh kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” Amalina terus memberikan semangat.
Amalina nampak muka Hanani kembali bercahaya, bagaikan mendapat suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan. Amalina mendoakan agar Hanani kembali pulih seperti sediakala.


Monday 2 May 2016

Mahu ku bermimpi

Sedang aku mahu mengangankan kehidupan yang bahagia namun aku masih belum mampu menggapainya, selalu aku mengkhayalkan sahaja kehidupan itu, yang mampu memberikan aku sinar bahagianya. Aku bayangkan kau yang cukup sempurna dan mampu membimbingku aku ke jalan yang lurus dan benar.

Mengapa masih belum kau menghadirkan dalam diri ini walau cuma dalam mimpi. Aku selalu menjeritkan kerinduan dalam saat aku kesedihan. Pedihnya menahan dari rasa itu. Cukuplah aku rasa kalau kau dapat hadir dalam mimpiku seketika cuma. 

Image result for mimpi