Friday 31 July 2009

Alangkah susah memadamnya

Rawan dalam hatiku tiada siapa yang tahu, aku mohon agar kau mengerti hanya cintamu yang terbaik untukku. Menyebut namamu membuatkan aku terluka tapi itulah upaya aku untuk memadamkan namamu, menyapu ubat pada luka yang telah ditoreh

Aku berteleku lagi, mencari damai ku kira untuk hatiku yang semakin hancur ini. Dalam hati ini, aku semakin terdesak…bukan apa disebabkan aku merasakan aku semakin kesunyian yang cuba aku belahkan ia. Aku kira aku takut pada bayanganku sendiri.

Sejauh mana aku berlari, sejauh itu kenangan itu menghambat diriku ini, mengapa sukar aku melupakannya. Takkan hanya dia sahaja yang layak untukku. Berikanlah aku kekuatan melawan semua ini ya Allah! Sedarkan diriku yang kerdil ini, cinta kepada Allah lebih dari segala-galanya.

Alangkah susahnya perjalanan ini, semakin laluan sukar untuk kujumpai. Salahkah aku tetap menyayanginya, mengharap dia kembali ke sisiku walau aku rasakan ia mungkin sukar bagiku, kawanku dimanakah dikau sekarang.


Sepi adalah peneman setiaku, tapi aku tahu hanya kepada Allah tempat ku mengadu, mengapa aku masih mengelaknya, aku gagal dalam melaksanakannya.


Bagaimana aku akan aturkan hidupku jika aku belum mahu putus asa dalam meninggalkanmu, meminggirkan namamu dalam pahatan hati ini. Terkadang terdetik dalam hati mengapa cinta itu degil, mengapa cinta itu datang lagi mengapa cinta itu keras, atau aku yang sayang untuk melepaskan dia pergi. Kekadang hati aku sunyi dan sepi.

Thursday 30 July 2009

Hidup yang sepi

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Bukan kita yang menentukan jodoh kita walaupun mungkin hakikatnya kita merasakan kita telah berjumpa pasangan yang terbaik kerana Allah lebih mengetahui tentang hakikat kehidupan kita. Seolah-olah kita meminta dengan keras kepada Tuhan agar memakbulkan doa kita itu dalam setiap kita berdoa.
Ustaz pernah menyebut sekiranya Allah memberikan apa-apa nikmat, maka tak selalu itu yang terbaik. Mungkin Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita telah dikotori.
Tersentak aku dari lamunan panjangku apabila menghabiskan ayat yang terakhir. Kau telah menyedari hakikat kehidupan yang tidak semestinya kita yang memilihnya tetapi kita mesti menerima ketentuan Allah.



Teringat aku kepada sebuah puisi yang pernah ku baca dan ingin aku kirimkan untukmu.

TERISTIMEWA UNTUKMU


Sahabatku di jalan Allah
pertemuan ini bukan milikmu
bukan jua milikku
inilah perancangan Allah Tuhan yang maha kuasa
Maha mengetahui segala rahsia
kerna dialah jua
aku kini mengenalimu
mengasihimu
menyintaimu
kerana perjuangan kita satu
kerana tujuan kita satu
dan kerana dia telah menetapkan
aku mempelajari sesuatu daripada mu di sini

Sahabatku yang dikasihi Allah
di sini akan berakhirnya
suatu pertemuan
yang terisi di dalamnya
kasih dan sayang
kerana perpisahan ini
usahlah membuat dirimu
memandang ke belakang
maralah ke hadapan
teruskan perjuangan
kerana hakikat pertemuan pasti ada perpisahan
namuan perjuangan suci
tiada penghujungnya
jika kau berhenti di sini
kau akan tercicir
di jalan dakwah ini
semarakkanlah semangat
perjuangan ini
hingga bersua kembali
di negeri abadi
andai tiada lagi
tercipta pertemuan untuk kita
di pentas dunia ini.