Friday 7 October 2022

Penantian berakhir

 Penantian berakhir

“mila, awak tahu tak semalam Hairee telefon dan bercakap dengan mama,” beritahu Nani

“Wow perkembangan yang positif,” balas Mila dengan  senyuman

“Saya berdebar duduk sebelah mama, macam kena soal siadat,” adu Nani lagi

“Biasalah tu, seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya terutama anak tunggal perempuan,” Mila masih lagi tersenyum , menampakkan sebaris giginya.

“Tapi saya masih tidak yakin dengan dia,” Nani menunjukkan muka yang tidak puas hati

“Tik tok kata slow-slow,” gurau Mila sambal ketawa.

Permulaan yang baik, selepas empat tahun perkenalan Nani dan Hairee melalui kawan baik Nani, Fizah. Semasa awal perkenalan dulu, perhubungan mereka agak hambar. Hanya saling bertanya khabar dan ada kalanya senyap selama berminggu-minggu.

Masuk tahun kedua, perhubungan mereka agak rancak, mula membincangkan ke arah masa depan mereka. Bagaikan ternampak taman Bahagia mereka, dengan bau nasi minyak. Namun tiba-tiba pada tahun ketiga, Hairee seolah menarik diri, diam seribu Bahasa tidak memberikan kata putus, hilang seketika, tidak menghubungi Nani. Penghubung mereka hanyalah status yang dikemaskini oleh mereka.

Pada tahun ini mereka masing-masing menyertai laman sesawang pencarian jodoh, cuba untuk ‘move on’ seperti kata orang putih.

Nani berkenalan dengan Farid, seorang duda anak empat. Cuba mengenali hati budi tetapi banyak rahsia dan banyak benda disorokkan, hanya mampu bertahan selama  4 bulan sebelum mereka mengambil kata putus untuk membawa Haluan masing-masing.

Nani cuba pula berkenalan dengan seorang askar yang bertugas di Malaysia Timur. Seolah Nampak bagaikan tiada masa depan, perhubungan mereka sekadar bertanya khabar sahaja, tidak ada perbincangan ke arah membina mahligai impian.

Akhirnya genap setahun Hairee mendiamkan diri, tanpa Nani sangka dia menyapa melalui aplikasi whatsapp. Nani tersenyum gembira, bukan bangga kerana dia menang tetapi kerana orang yang dia harapkan Kembali kepadanya

Apa yang menyebabkan Nani tertarik padanya satu sahaja iaitu agama. Hairee orang yang menjaga solat dan perkara-perkara agama. Kelebihannya lagi ialah dia tidak merokok, dan menghormati kedua ibu bapanya. Dia mula mencari Langkah dengan memulakan perniagaan dengan kawan baiknya, cuba mengembangkan perniagaan banner mereka dengan mengadakan pelbagai promosi.

Keperibadian Hairee terserlah apabila dia melayan pelanggannya dan sentiasa di puji sebagai orang yang suka melakukan kebaikan. Hairee mula membincangkan perkara-perkara yang dianggap serius oleh Nani. Walaupun Nani cuba tidak meletakkan 100 peratus harapan supaya tidak lagi kecewa, namun Nani tidak mampu menafikan perasannya.