Saturday 2 March 2019

Jawapan

Telah lama Azman tidak menghantar mesej Whatsapp. Tiada lagi ucapan selamat pagi yang diterima oleh Ayuni. Terasa pula kehilangan pula katanya. Walaupun niat utama Ayuni sekadar berkawan, katanya friend zone sahaja kerana banyak halangan antara mereka.

Apa yang membuatkan Ayuni terkilan kerana Azman menceritakan secara panjang lebar tetapi tiba-tiba mendiamkan diri seolah ada kesalahan yang dilakukan. Kebetulan pula Ayuni agak sibuk sepanjang minggu dan tidak sedar yang sudah lama Azman mendiamkan diri.

Pada pagi yang hening, Ayuni tergerak hati mahu menghantar mesej kepada Azman. Apa yang membuatkan dia tersentak, apabila melihat gambar profil telah ditukar dan gambar kemesraan dia bersama bekas isterinya. Alangkah terkejutnya Ayuni memandangkan bahawa macam-macam cerita yang telah diberitahu. Tentang hubungan terlarang bekas isternya bersama seorang pengawal keselamatan, lari dari rumah meninggalkan anak-anak mereka, tidak mempedulikan keadaan anak. Dan katanya Azman telah memfailkan nusyuz kerana lari daripada rumah. Semua ini berlaku dengan sekelip mata sahaja.

Ayuni terkilan sebab Azman tidak berterus terang, diamkan dan membiarkan Ayuni mengetahui sendiri. Dalam keadaan sedih, Ayuni sempat menghantar ucapan tahniah dan memohon maaf sepanjang persahabatan mereka. Itulah yang terbaik buat mereka. Jawapan daripada doa yang dia pohonkan selama ini.

Apapun Ayuni memang merasa agak mustahil untuk mereka bersatu disebabkan seorang di selatan dan seorang di utara. Keadaan kerja mereka berdua memerlukan komitmen dan sukar untuk melakukan pengorbanan. Manakah masa yang sesuai untuk mereka bersama nanti, tambahan pula Azman mempunyai tanggungjawab menjaga empat orang anaknya yang sedang membesar. Azman selalu mendapat peluang pekerjaan pada hujung minggu sedangkan Ayuni pun selalu ditugaskan pada hujung minggu. Mana peluang mereka untuk berjumpa. Dan mustahil untuk Ayuni berkorban dan mengikut Azman selepas berkahwin. Dan agak mustahil Azman mahu mengikut Ayuni, bagaimana dengan anak-anak dia? Semua itu memang telah difikirkan oleh Ayuni tetapi Ayuni tetap mengharapkan keajaiban yang berlaku memandangkan Azman bersungguh menerima dirinya yang kurang sempurna ini. Ayuni cuba menafikan segala kekurangan dan apa yang berlaku namun apa yang Ayuni dapat. Kekecewaan....semua ini pengajaran untuk Ayuni.
Image result for jawapan