Monday 29 December 2014

Kuatkan aku

Tuhan
Kuatkan aku melaluinya
Saat diri diuji
Mehnah bertimpa

Saat ini mahu ku rebah
Rasa sangat lemah
DihadapanMu
Betapa kerdilnya diriku
Mengharunginya

Tuhan
Kuatkan hati ku ini
Walau pedih menimpa
Akan ku terus berlari
Walau sakitnya duri
Akan ku terus menyeberangi
Melangkah ke depan

Tuhan
Saat derita bertamu
Ada tangan dihulur
Ada tali dilemparkan
Persaudaraan tersemi
Sengketa terungkai
Buang segala kekeruhan

Mereka di sana
Turut sama memamah
Menghadam derita itu
Bersama merasai makna
Kelaparan
Kesejukan
Kedinginan
Ketakutan
Kegelapan

Mereka turut merasa
Mereka saling melangkah
Mengenal erti kesusahan bersama

Terima kasih semua

Sunday 28 December 2014

Rintihan hati

Bagaimana mahu ku telan
sedang di sana kelaparan
bagaimana mahu ke lelap
sedang di sana kesejukan
bagaimana mahu gembira
sedang di sana kedukaan
bagaimana mahu berlenang
sedang di sana bergundah

Mata yang memandang
tiada sama yang melihat
Berat mereka memikul
derita itu
kesakitan itu
kegelisahan itu

air yang dilihat tenang
semakin mengganas
semakin menggila
merobek segala harta
membawa  deras jiwa
arusnya tidak tertahan

hancur hati melihat
segala usaha dikumpul
pergi dibawa arus
nyawa hampir tergadai
kelaparan
kesejukan
kedinginan

Hanya padaMu
aku memohon
supaya menerima
musibah ini sebagai ujian
Tiada apa yang didunia
milik kita
semua ini pinjaman

28 disember 2014

Saturday 20 December 2014

Detik melangkah
Aku tetap tegar di sini
Melorek kenangan
Bagaimana aku mahu melangkah
Kakiku kaku
Sayapku patah

Airmata peneman pipi
Cintaku terbang tinggal
Kasihku berkecai lumat
Sayangku makin menipis
Tiada lagi tugu ketahanan
Untuk apa aku masih di sini
Renung rembulan dilangit
Cuba gapai bintang di awan tinggi

Ya Allah.....
Bantulah aku
Keluarkan aku dari
Daerah kegelisahan ini