Thursday 25 February 2016

Kerja

Kerja
“Kenapa selalu datang lambat ni?” soal pensyarah bertalu-talu pada Azizi. Nampak lemah dan lesu sahaja dia.
Dia hanya diam menunduk sahaja, tidak membalas pertanyaan tersebut dan akhirnya dia melafazkan perkataan maaf, itu pun kedengaran agak kurang jelas.
Hari peperiksaan berlangsung dan seperti biasa Azizi lambat dating, terkocoh-kocoh dia berlari mengejar waktu yang hanya tinggal 5 minit sahaja lagi sebelum pelajar semua tidak dibenarkan masuk.
“Maria, dia selalu datang lambat? Hari tu masa Kem Kecemerlangan Diri, saya sudah bagi amaran kerana selalu lambat tetapi dia tidak pernah insaf,” luah Maisarah kepada Pengurus Program selaku mentor Azizi.
“Kak, dia ada masalah sebenarnya,”
“Apa masalah dia?” Maisarah mendesak
“Dia mempunyai enam beradik yang masih lagi belajar. Ayah dia baru sahaja di isytiharkan bankrap. Hutang dia dengan kolej ini semakin meningkat, nak tak nak dia terpaksa bekerja malam-malam, baiki computer untuk mencari duit poket,” akhirnya terjawab kenapa dia selalu bermata layu di dalam kelas.
Sedih pula Maisarah mendengar cerita pelajar tersebut, rasa bersalah kerana selalu memarahinya tanpa menyelidiki kenapa dia sedemikian rupa.