Friday 18 November 2016

Seperti

Seperti aku terlupa
Jalan pulang menanti
Seperti aku buta
Tidak nampak arah
Seperti aku bisu
Hanya diam kelu
Seperti aku pekak
Hanya memerhati
Sedang aku lihat
Jendela kehidupan
Makin berdarah

Sedang aku terlupa
Jalan pulang masih terbuka
Sedang aku terleka
Jalan itu hampir tertutup
Dan aku masih lagi di sini
Tiada puncak untuk ku daki
Tiada ruang untuk bercambah
Sesak nafasku di sini
Terkapai mencapai udara
Bagaimana mahu ku teruskan
Sedang aku tiada daya lagi









Lulus

Lulus
“Assalamualaikum! Ustazah saya nak jumpa kejap,” pangil pelajar lelaki yang agak takut-takut untuk bersuara.
“Waalaikumussalam,” jawab Ustazah Mazni sambil menunjukkan isyarat akan mendengar apa aduan yang akan di buat.
“Saya nak tanya betul ke saya dapat D dalam subjek pengajian Islam?” perlahan sahaja dia menuturkan, bimbang Ustazah Mazni memarahinya. Terkenal di kalangan pelajar, Ustazah Mazni seorang yang sangat garang.
“Saya nak tanya Nazri beberapa soalan, boleh?” Tanya Ustazah Mazni.
Pelajar tersebut yang dipanggil NAzri oleh Ustazah Mazni hanya mengangguk sahaja sambil matanya tidak lepas memandang ustazah.
“Praktikal solat dan hafazan buat tak?” Ustazah MAzni memulakan siasatan ringkasnya. Selalu benar pelajar datang mendakwa dia mendapat rendah, dia gagal dan hanya mendapat kosong sedangkan dia ada juga membuat kerja kursus, dia rasa dia boleh jawab tetapi mengapa gagal mendapat markah tinggi.
“Errr…..praktikal solat saya tak buat sebab saya ada hal. Saya kena pergi kursusu subjek Multimedia pada hri tersebut,” alasan yang mungkin telah disediakan sebelum ini.
“Tapi ustazah, hafazan saya buat dengan kawan-kawan sekumpulan saya,” suaranya ada sedikit tegas memandangkan ustazah seperti membuat sikap acuh tidak acuh sahaja melayannya.
“Tapi masa minggu akhir, ada tak NAzri datang jumpa saya dan perdengarkan bacaan dan hafazan di depan saya?” Tanya ustazah MAzni tegas.
“TIdak….tapi saya buat dengan kawan-kawan saya pada tiap-tiap minggu,” masih mahu mempertahankan diri.
“Macam ini saya akan terangkan dengan lebih jelas. Pertama, Nazri tak buat praktikal solat yang merangkumi 15 peratus tugasan, pembentangan untuk video juga tidak dilakukan iaitu 10 peratus, bacaan dan hafazan sebanyak 15 peratus. Boleh dikatakan 40 peratus tidak ada markah langsung. Sekarang hanya bergantung kepada 60 peratus iaitu kedatangan dan kutipan dana iaitu 20 peratus, video 10 peratus dan peperiksaan akhir 30 peratus.  Memang dengar 60 peratus tu banyak tapi kutipan dana hantar hari akhir di mana banyak markah telah di potong. Begitu juga dengan video yang tidak menepati apa yang telah diberikan dalam garis panduan, langsung tidak menepati objektif yang mana di situ tidak dapat memenuhi kriteria pemarkahan. Peperiksaan akhir memang semua pelajar menjawab tetapi tidak dapat memberikan pendapat yang kritikal dan pandangan yang bernas dalam setiap ulasan yang diberikan.” Panjang lebar ustazah Mazni menerangkan kepada NAzri.
Nampaknya Nazri boleh menerima dan mengangguk tanda setuju atas apa yang diberika oleh ustazah MAzni.


Tuesday 15 November 2016

Fahamkan aku

Fahamkan aku erti sebuah rindu
Bayangan yang selalu menjelma
Sukar untuk dilepaskan
Igauan menjadi hamparan
Dalam ulik mimpi setiap malam

Fahamkan aku makna cinta
Sukar untuk dimiliki
Mampu dilihat dari jauh

Ingin aku merdekakan rasa
Mahu ku tutupi ia
Tak mahu aku ulangi lagi

Ia tetap datang dan muncul
Tanpa isyarat