Tuesday 25 August 2020

Peperiksaan Alaf Baru

 "Puan, saya sudah terkeluar daripada sistem," Aini menelefon pensyarah nya, panik kerana tidak sempat menjawab soalan yang dikemukakan. Risau jika terpaksa mengulang subjek tersebut.

"Ustaz, saya sudah tertekan butang Hantar dan telah terkeluar. Tidak dibenarkan masuk kembali," adu Idris kepada pensyarahnya. 

"Rumah saya terputus bekalan elektrik, komputer riba saya sudah hampir tiada bateri, apa saya perlu lakukan?" Nazmi menghantar mesej kepada pensyarahnya Encik Ahmad.

"Saya tidak dibenarkan masuk dalam sistem sedangkan saya sudah membuat pembayaran semalam. Saya cuba hububgi bahagian akaun tapi tiada apa-apa respon. Apa yang perlu saya lakukan Cik?" Tanya Lecthumy kepada Cik Hema. 

"Encik Majid, saya tukar jawapan tapi mengapa begini?" Mesej yang diterima oleh Encik Majid daripada pelajarnya. 

Begini lah antara dialog yang berlaku ketika musim peperiksaan alaf baru, secara atas talian. Banyak isu yang perlu diselesaikan. 

Sunday 16 August 2020

Ibu

 "Ustazah ada tak ibu bapa derhaka?" Tanya Mestika kepada Ustazah Diana yang dikenali dengan nama ustazah D.

"Pada suatu ketiak di zaman Umar Al-Khattab r.a. seseorang datang telah mengadu bahawa anaknya telah menderhaka kepadanya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Lalu anaknya menjawab bahawa anak juga mempunyai hak ke atas orang tuanya dan dia menceritakan bahawa ayahnya memberikan nama yang buruk kepadanya dan tidak pernah mengajarkannya al-Quran. Dan Umar memarahi lelaki itu dengan mengatakan bahawa dia terlebih dahulu menderhaka kepada anaknya sebelum anaknya menderhakainya," Jelas Ustazah D. 

"Ika penat ustazah. Ika sebenarnya tidak mahu buka aib ibu Ika tetapi dia selalu menyatakan bahawa kami ini menyusahkan dia, dia kata dia mahu doakan agar anak-anaknya mati sahaja supaya dia boleh hidup dengan tenang," luah Mestika lagi dengan teresak-esak. 

" Hati Ika hancur....Ika rasa mahu lari sahaja. Kadang kala Ika terfikir untuk menamatkan riwayat Ika ini," Ika mengelap air mata yang jatuh di pipinya.

"Ika, banyakkan bersabar. Istighfar banyak-banyak. Allah sedang menguji Ika," Ustazah D meneruskan bicara dengan lembut, cuba menenangkan Ika.

"Tapi kan ustazah, apabila Ika minta ibu istighfar, ibu tolak Ika. Ika takut ustazah," tangisannya semakin panjang. 

"Mungkin ibu Ika penat sebab dia seorang yang jaga anak-anak dan banyak karenah pula," Ustazah D memujuk Ika.

"Ika banyakkan bersabar ye, Allah sayang pada Ika. Allah kan Maha Pengasih dan Penyayang," sambung Ustazah D lagi.

"Ika tak kuat ustazah, dari semalam Ika menangis tak henti," Ika teresak-esak.

"Ibu Ika tengah tertekan dan dia tiada tempat untuk mengadu sebenarnya," Ustazah cuba menenangkan Ika.

"Ustazah, Allah akan kabulkan doa ibu Ika, walaupun apa yang dia doakan tu yang buruk-buruk?"Tanya Ika lagi.

"Ika balas dengan doa juga. Insya Allah, pegang kata-kata ustazah ini, Allah Maha Penyayang dan Pengasih," Ustazah memegang erat tangan Ika, menenangkan Ika.

"Terima kasih ustazah," ucap Ika.

Dalam keadaan sekarang, ramai ibu bapa yang tertekan terutama apabila rumahtangga bergolak dan berantakan, anak yang jadi mangsa. Walaupun mereka tidak berniat tetapi seolah melepaskan kemarahan kepada anak dapat melepaskan amarah kepada pasangan mereka. 

Semoga mereka semua dilindungi....




Pertanyaan

 Masa yang datang belum mampu mengubat lukaku ....

Ketika Aini balik kampung beraya, seperti biasa ayat yang tidak jemu di ulang

"Tiada sapa-sapa lagi ker?" Tanya sepupu sepapat Aini apabila ada peluang berbual.

Kaget Aini seketika walaupun sudah diduga persoalan tersebut. Namun apa jawapan yang terbaik patut diberikan.

"Tidak cuba berkenalan melalui internet ker?" Sambung mereka lagi yang membuatkan hilang rasa selera Aini terhadap makanan kegemarannya. 

"Belum ada jodoh kot" pendek sahaja Aini membalasnya, tidak mahu mengecilkan hati saudara maranya walaupun pertanyaan itu bagaikan pisau belati menoreh hatinya. 

"Abang long, abang ngah dan abang chik, tiada calon ke untuk adik awak ni?" sepupu Aini bertanyakan soalan kepada abang-abang Aini pula. 

Abang-abang Aini hanya saling pandang memandang sahaja, tiada jawapan yang terluah dari mulut mereka.

Pertanyaan itu pasti akan berlanjutan selagi Aini belum mendirikan rumahtangga. Begitulah adat manusia.