Tuesday 3 December 2019

Saat ini

Saat ini waktu terus berputar, kisah cinta teruna dara belum berakhir lagi, masih baru permulaan.

Bagaimana mahu dikisahkan cerita cinta yang baru berputik ini tetapi agak tenggelam timbul, masih lagi samar-samar. Begini cerita antara Lah dan Mad, perkenalan mereka melalui apliksi Dating dalam facebook. Mulanya Mek Lah ini mengaut semua siapa yang mahu berkenalan dengan dia, ramai yang datang dan pergi meninggal apabila mengenalinya. Mek Lah pun macam putus asa dengan segala jala yang dia cuba, masuk Baitul Muslim dan Baitul Jannah tetapi belum berhasil. Panjang betul ujian yang dilaluinya, keluh kesah Mek Lah agak kedengaran.

Pada mulanya Mek Lah agak berat melayan kerana banyak lelaki yang tidak boleh dipakai dalam aplikasi tersebut, sekadar untuk memuaskan nafsu serakah mereka sahaja. Itu yang paling ditakuti oleh Mek Lah. Tetapi Mad ini agak lain, berani meminta nombor telefon dan mereka mula berwhatsapp, bertanya khabar dan ada kalanya bertelefon.

Pada suatu hari itu mereka bertekak atas perkara yang remeh sahaja, masing-masing mahu menang, tidak mahu mengalah. Dan yang lebih mengejutkan Mad menghantar mesej dengan tazkirah yang panjang berjela menyebabkan adrenalin Mek Lah naik dan terus memadam mesej dan memadamkan segala mesej yang ada. Mereka masing-masing menyepikan diri.

Dalam dua minggu kemudian, Mad kembali muncul dan memohon maaf dan menyebabkan Mek Lah cair dan sedia berkawan kembali. Hairan juga Mek Lah dengan sikapnya yang mudah menerima kembali, mungkin faktor utama kesunyian dan melihat ramai kawan di luar sana yang mempunyai teman.

Hubungan mereka berterusan sehingga Mek Lah menggariskan beberapa peraturan supaya mereka tidak hanyut dengan godaan dan syaitan dunia. Mek Lah berfikir panjang sebab dia bekerja gaji hari dan bergantung dengan kemampuan, berminat bermain karom, tidak pandai sangat mengaji tetapi sedang belajar, jaga solat berdasarkan penceritaannnya, anak yatim piatu dan ikatan kekeluargaan agak rapuh. Banyak juga yang perlu Mek Lah fikirkan.

Mek Lah perlu lakukan solat istikharah,di saat dia ingin kuat dan kejapkan ikatan tersebut, lalulah stalker dia dan dia stalker. itulah cabaran hidup Mek Lah, ujian demi ujian.