Sunday 19 August 2018

padam


Memadam kenangan silam bukan semudah memadam tulisan yang salah. Detik itu sentiasa berputar dalam memori itu. Seperti mana ia juga menjadi tetamu mimpi malam. Selagi gelisah itu bertamu, resah akan tetap bersemadi.
Sejarah itu tetap terpahat di minda ini selagi jantung terus bergetar. Mahu ditimbus dan dilempar namun ia tetap wujud bersemi.
Ternyata hakikatnya amat memedihkan pabila mengenangkan waktu-waktu indah bersama. Sudah puas ku tangiskan kekecewaan ini, mimpi indah yang tidak kesampaian.

Saturday 18 August 2018

masa yang berlalu


Biarlah masa yang berlalu ini terus berjalan, kerana lelah aku sampai di penghujungnya. Bagaikan aku mengayuh basikal mengelilingi kota ini dan lelah yang berpanjangan.
Tiada kata untuk aku kembali menanti episod-episod duka kian menghampiri. Biarlah waktu ini aku terus tersasar mencari arah, belum mahu aku pulang ke pangkuan itu. Harapan yang aku bayangkan hampir musnah dan
Sampai bila aku harus sembunyikan rasa ini, kepenatan yang bermaharajalela. Aku selalu memakai topeng gembira sedangkan hati aku selalu menahan rasa itu. Takdir yang menentukan aku masih lagi melangkah dan berjalan di sini. Takdir yang masih membuatkan aku menghimpun sayu di sanubariku ini. Aku masih terlantar di sini mengharapkan sinar matahari pada hari esok.
Ada hikmah di sebalik takdir yang belum aku mampu huraikan, belum mampu aku leraikan ia. Hanya mampu aku himpunkan dan lukiskan dalam kanvas hatiku ini. Belum mengerti hikmah di sebalik takdir dan tidak sekali aku salahkan takdir itu. Kerana aku percaya takdir itu hanya untuk aku yang gagah berani berlari dan terus berlari maju ke hadapan.
Mengapa harus terjadi? Persoalan mengapa tidak sepatutnya ada dan apa yang patut aku lakukan ialah reda dan menerima takdir yang telah tersurat.
Masih belum ke temukan sebuah jawapan. Haruskah aku simpan kan sahaja persoalan itu. Rahsia tetap menjadi rahsia….mungkin akhirnya akan terlerai.
Indahnya hidup ini pabila kita sendiri mencorakkan bahagia dalam kehidupan, jangan gundahkan ia. Saatnya pasti tiba, percayalah pada sebuah ketentuan.