Friday 10 March 2017

Rindu

Betul ke rindu ini boleh membunuh? Adakah hidup dalam kenangan boleh menyebabkan penderitaan terus berlarutan? Kenapa persoalan demi persoalan datang membuak pada hari ini.  Hingga aku jadi tak berdaya untuk mengatur langkah dengan teratur. Adakah aku tiada jawapan yang pasti? 

Memang semenangnya aku akui ingin dan idamkan pada perkara yang dinamakan cinta. Cinta membentuk dari dua hati tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak aku buktikan rasa itu? Setiap kali angin bayu membawa rasa itu, hingga aku rasa sukar untuk melepaskannya membuatkan aku nanar mencarinya. Sukarnya untuk aku melupakan saat dan kenangan yang pernah bertakhta di hati ini. Dan persoalan lagi, adakah ia masih kekal kenangan atau boleh berubah menjadi sebuah realiti?


Tiada saat yang tidak mahu aku kenangkan, semuanya indah pada pandangan mata ini. 

Persoalan sekarang, bagaimana mahu aku buktikan rasa ini? 
Image result for rindu

Terimaku Seadanya

Berlarutan rindu ini membunuhku
Hingga aku jadi tak daya begini
Mekar lagi bunga yang engkau berikan
Apakah masih ada jawapannya

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Segalanya kembali segar semula
Hingga aku sukar melupakan semua
Berlarutan wajahmu sering di mata
Apakah kau masih seperti dulu

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Ku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula
Hati ini
Hati ini

Moga kita berdua kan mengerti
Segala yang telah terjadi

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Aku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar Tuhan bukakan semula

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Hati ini
Hati ini

Lagu & Lirik: Ajai

Sunday 5 March 2017

Gelagat Pelajar


Situasi 1
“Miss Mazni, ingat saya tak?” Suara garau lelaki kerbaju seragam hijau mengejutkan Mazni yang sedang merenung ke muka pintu lif. Semasa dia memasuki lif, dia menyedari lelaki yang berbaju seragam tetapi dia tidak mengendahkannya.
‘“Bua apa kat sini?” Cuba memulakan bicara singkat.
“Saya datang menziarahi, saja bertanya khabar,” jawapannya ringkas.
Lif sudah sampai ke tingkat Sembilan dan Mazni terpaksa meminta diri terlebih dahulu. Pamitan tanda perpisahan.
Di luar lif menuju ke pintu masuk, Mazni tersenyum sendirian mengenangkan apabila bekas pelajar masih lagi mengingati dirinya. Sememangnya dia terkenal dengan garang dan tegas di kalangan pelajar. Bangga apabila masih ada yang mampu mengingatinya. Terima kasih ucapannya di hati.

Situasi 2
Sebelum tidur telefon bimbit Mariani bergetar tanda ada mesej whatsapp masuk. Tangan Mariani mencapainya dan membuka telefon tersebut. Ucapan selamat malam daripada bekas pelajarnya, Shamini yang sentiasa menemani malam nya sejak akhir-akhir ini.
“Selamat malam Cik Mariani, semoga mimpi yang indah-indah,” ucapannya yang tidak pernah gagal masuk ke peti pesanannya.
“Terima kasih Shamini, awak sentiasa menceriakan saya,” balas Cik Mariani sambil tersenyum menaipnya.
Selalu Mariani sedang dalam berduka, dia akan menerima kiriman kata-kata yang indah. Rupanya ada yang sentiasa menceriakan hidupnya. Baginya Shamini menghargai dirinya adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya.

Situasi 3
“Kumar, awak dah dapat result?” tanya Cik Maizan kepada bekas pelajarnya.
“Miss, terkejut saya sebab miss tanya,” balasnya ringkas sambil meletakkan beberapa emoji yang berbentuk tanda tanya.
“Bukan apa, saya tengok awak tak update tentang result. Selalunya awak akan update dalam facebook dan berkongsi dengan kenalan awak,” balas Cik Maizan.
“Hahaha…miss pun perasan. Miss ni pemerhati yang baik,” balas Kumar.
“Saya selalu mengikuti perkembangan awak, selalu berjalan dan makan-makan,” pantas tangan Maizan mengusik pelajarnya.
“Miss, result saya belum keluar. Katanya hari khamis ini. Doakan saya mendapat Dean List lagi ye Miss. Saya ingin membuktika kepada kedua ibu bapa saya, yang saya tidak mengecewakan harapan mereka,” panjang pula penerangannya.
“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk pelajar saya. Semga terus cemerlang ye” kata-kata penamat untuk hari tersebut.



 Image result for mahasiswa