Monday, 26 May 2025

Qistina Harith

Geram pulak aku pada dua orang pelajar ini, boleh pulak dia sidai je mesej aku yang berjela ini . Memang aku tengah geram, sambil menaip sambil membebel, terus aku membuat panggilan kepada mentor mereka Dr Nurin Fadlina merangkap Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan. 

"Dr, anak doktor ini tidak memberikan respon, sepatutnya mereka perlu buat pembentangan akhir untuk projek ekonomi," adu Puan Salwa sejurus Dr Nurin mengangkat telefon.

"Macam mana kedatangan mereka ke kelas?" Tanya Dr Nurin lembut.

"Kelas pagi liat sangat mereka datang. Kalau datang pun dengan muka yang agak serabai. Pelbagai alasan kalau tidak datang kelas, sakit la, demam la, sakit perut period pain la, ntahlah saya sendiri pun tak ingat dah apa lagi alasan yang mereka berikan," luah kesal Puan Salwa.

"Nanti saya beritahu ibu mereka Datin Hamidah dan Puan Sri Salwani," Dr Nurin memberitahu.

"Oooo anak Datin dan Puan Sri. Apa kata kita kahwinkan mereka berdua ni," seloroh Puan Salwa yang menyebabkan mereka berdua tergelak 

Selepas kejadian itu aku selalu memanggil mereka Qistina Harith. Rakan sekelas mereka akan gelakkan aku kerana selalu tersasul. Macam manalah aku selalu tersasul, macam ada jodoh pulak mereka  berdua ini.

Qistina Adelia ini seorang yang pendiam, agak introvert, sehingga menyukarkan rakan-rakannya untuk berbincang tugasan yang diberikan. Katanya dia juga suka  bermain games. Manakalah Harith Zafran ini pun sama, agak pendiam, suka menyendiri, kurang memberikan perhatian dalam kelas, asyik mengantuk sahaja, mungkin suka bermain games pada waktu malam sehingga menyebabkan selalu lewat bangun. Namun begitu apa yang aku tahu mereka berdua ini berusaha menjaga solat. Minat mereka sama, entah-entah selalu terserempak dalam games. 

Aku berdoa semoga mereka berdua ada jodoh.