Di saat aku memerlukan rakan-rakan sebagai pendegar aku, tiada siapa kelibat yang kelihatan, mungkin jua sibuk seperti diriku. Aku tahu, masalah aku hanyalah kecil sahaja. Aku kalut dan takut dengan keputusanku ini. Cuma aku yang tidak berani mengambil risikonya. Aku sebenarnya faham bahawa akulah yang berdegil ingin terus mencuba sedangkan aku sudah ketahui jawapannya. Hanya hati ini yang enggan mengerti dengan keputusan yang kita telah ambil. Walau apapun yang terjadi kita tetap akan menjadi kawan, kata-kata itu sentiasa mencuri masuk ke dalam hatiku. Tapi kata-kata ini bagaikan angin lalu sahaja, aku hanya mengakui nya secara lisan tidak di dalam hatiku. Semangat untuk menghabiskan kerjaku terbengkalai begitu sahaja. Pandanganku terarah kepada emelnya, mengulangi lagi emelnya yang terakhir yang kuterima, sukar untuk melupakan tulisan yang dicatatnya.
Aku cuba memasuki YM mencari atie kawanku untuk mendengar komen darinya dan juga izan, namun agaknya mereka ada hal , tidak pula online disaat aku memerlukannya. Timbunan kertas kerja yang perlu kuhabiskan ku biarkan berselerak. Handphone ku genggam, ingin mendail nombornya tapi apa bualan yang ingin aku ketengahkan. Ish…kenapa ni? Hatiku mula cuak dengan diriku yang tidak memberikan jawapan.
No comments:
Post a Comment